最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院

跳至内容

疱疹, Alat Sulit

2022 年 1 月 25 日

-

3 分钟阅读

疱疹, Alat Sulit

Meskipun dikategorikan sebagai jangkitan yang tidak berbahaya, penghidap Herpes Virus Simplex Type 1 (HSV-1) dan Type 2 (HSV-2), perlu sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian berikutan jangkitan virus itu kerana ia mudah menjangkiti orang lain serta terdapatnya risiko pengaktifan semula.

HSV-1 dikenali sebagai herpes mulut dan menjangkiti bahagian mulut serta muka.

HSV-2 pula dikenali sebagai herpes genital dan menjangkiti bahagian faraj, zakar, kerandut zakar, punggung dan dubur.

Perunding Dermatologi Hospital Columbia Asia, Dr. Teeba, berkata HSV-1 adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perkongsian rembesan cecair mulut.

Katanya, menyebabkan virus ini tersebar pada individu sihat melalui perkongsian peralatan makanan seperti sudu, penyedut minum atau cawan.

Selain itu, ia juga boleh tersebar melalui aktiviti yang membabitkan perkongsian cecair mulut termasuk ciuman.

“Jika penghidap mengamalkan seks oral, ia juga boleh tersebar pada bahagian genital.

“Selepas dijangkiti, virus ini akan tinggal kekal di dalam saraf ganglia individu dan jangkitan semula (pengaktifan semula virus) boleh berlaku walaupun individu tersebut sudah sembuh.

“Risiko jangkitan adalah tinggi jika virus itu sedang aktif atau penghidap sedang sakit,” katanya.

Simptom penyakit

Dr. Teeba berkata, simptom bagi HSV-1 pada lapisan mukosa dalam mulut menyebabkan rekahan kulit (ulser) yang sakit.

Katanya, bagi jangkitan di bahagian luar mulut seperti bibir, penghidap akan mengalami ruam atau kudis berisi air yang kemudiannya akan pecah dan menjadi luka.

“Pada tahap ini, penghidap akan berasa sangat sakit hingga tidak boleh menelan atau mengunyah,” katanya.

Bagi HSV-2, penghidap akan berasa gatal atau sakit di kawasan terbabit diikuti ruam yang mula timbul menyebabkan sakit semasa kencing (sekiranya pada zakar).

Selain itu, ruam juga boleh menyebabkan lelehan cecair atau berdarah.

“Simptom lain yang mungkin dialami seseorang individu yang dijangkiti virus ini ialah demam, lemah badan dan bengkak kelenjar leher,” katanya.

Rawatan mengelak jangkitan

Dr. Teeba berkata, bagi mengelakkan jangkitan daripada menjadi teruk dan untuk mengurangkan komplikasi, penghidap perlu mendapatkan rawatan segera atau sekurang-kurangnya dalam tempoh 48 jam.

Katanya, walaupun tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit itu, namun ubatan antivirus oral seperti acyclovir (Zovirax), famciclovir (Famvir) dan valacyclovir (Valtrex), boleh membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan.

“Bagaimanapun, bagi kes yang tidak teruk atau jika tahap imuniti penghidap itu kuat, jangkitan ini mampu sembuh sendiri tanpa sebarang ubat,” katanya.

Tempoh pulih daripada penyakit itu antara tujuh sehingga 14 hari.

Bagi penghidap HSV-2 yang mengalami ulser pada bahagian genital, mereka akan diberikan ubat antibiotik untuk mengelakkan jangkitan bakteria (secondary bacterial infection).

Mereka juga boleh membuat rawatan di rumah dengan merendam bahagian yang mengalami ruam dan ulser di dalam besen yang diisi air dan garam selama 10 minit untuk mengeringkan dengan lebih cepat tempat terkena penyakit itu.

“Pesakit HSV-2 yang mengalami jangkitan bakteria perlu mendapatkan rawatan di hospital. Ini adalah kerana apabila berlaku jangkitan kuman bakteria, luka akan lambat sembuh, bengkak serta penghidap mungkin memerlukan ‘dressing’ pada alat sulit,” katanya.

Jangkitan berulang

Dr. Teeba berkata, jika penghidap terutama yang imuniti rendah mendapat jangkitan berulang, mereka akan mengalami komplikasi serius seperti radang hati (hepatitis), masalah saraf (terutama di bahagian lapisan otak dan saraf tunjang) dan masalah respiratori.

Antara faktor menyebabkan jangkitan berulang ialah tekanan, menstruasi (perubahan hormon), pendedahan cahaya matahari dan penyakit seperti penyakit seperti kencing manis, kanser, dan HIV.

“Bagaimanapun, punca jangkitan berulang kadangkala tidak dapat dikenali pasti manakala kekerapan berlaku jangkitan berulang adalah bergantung kepada individu.

“Sesetengah penghidap mengalami pengaktifan jangkitan kerap; lebih enam kali dalam setahun dan ada yang mengalaminya hanya sekali seumur hidup,” katanya.

Pencegahan kawal penyakit

Beliau berkata, bagi penghidap yang mendapat semula penyakit itu lebih enam kali setahun, mereka akan disyorkan ubat antivirus berterusan untuk jangka masa panjang (prophylactic antibiotics).

“Namun, sebagai permulaan mereka akan mengambil ubat antivirus ini untuk tempoh setahun dan kemudiannya menjalani pemeriksaan untuk menentukan sama ada perlu menyambung ubat atau sebaliknya,” katanya.

Oleh kerana HSV-1 disebarkan melalui perkongsian rembesan cecair mulut, jangkitan dapat dikurangkan dengan mengelakkan perkongsian peralatan makanan.

Penghidap juga perlu mengelak daripada mencium sesiapa termasuk pasangannya.

“Bagi penghidap HSV-2, amalkan aktiviti seks selamat dengan menggunakan alat perlindungan (kondom) bagi mengelakkan jangkitan pada pasangan,” katanya.

Bukan semua ulser disebabkan oleh virus penyakit herpes.

Terdapat banyak faktor lain yang boleh enyebabkan ulser mulut seperti penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD), penyakit inflammasi, penyakit autoimmune dan jangkitan kuman atau kanser mulut.

Info:

HSV-1

  • Dikenali herpes mulut
  • Menyebabkan luka, lepuh di sekitar oral, mulut, bibir, gusi dan lidah

HSV-2

  • Dikenali herpes kelamin
  • Menyebabkan luka, lepuh di sekitar alat sulit

Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian Online, 19 December 2021.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2022 年 1 月 25 日

-

3 分钟阅读

Herpes Serang Mulut, Alat Sulit

Dr. Teeba A/p Raja

Dermatology

了解更多 皮肤科在Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

该字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士