2024 年 5 月 21 日
-3 分钟阅读
Bertugas Sepenuh Jiwa Urus Pesakit
Memantau keadaan pesakit, menyediakan ubat dan rawatan mengikut preskripsi doktor, memastikan keselesaan, kebersihan serta memberikan nasihat kesihatan kepada pesakit antara tugas jururawat dianggap pengorbanan yang bukan sedikit.
Fungsi mereka sebahagian daripada barisan hadapan sewajarnya diberi disanjung dan tidak harus dipandang remeh.
Bagi Jururawat kanan, Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Columbia Asia – Cheras, Juliana Rahmat, 48, mengakui peranan jururawat semakin mencabar dan perlu sentiasa bersedia setiap masa membantu memantau pesakit.
“Selepas masuk kolej kejururawatan di ibu kota pada 1994 dan tamat pengajian terus bertugas di sebuah hospital swasta pada 1998. Kini sudah 26 tahun bergelar jururawat.
Ibu kepada empat anak itu berkata, sepanjang bertugas kes paling tidak dapat dilupakan ialah ketika kes denggi berlaku secara besar-besaran pada 2001.
Kes demam denggi meningkat mendadak terutama di Lembah Klang dan dilaporkan ramai meninggal dunia akibat denggi berdarah. Suasana di hospital juga sangat sesak dengan pesakit.
“Bagaimanapun, syukur kerana keadaan itu tidak terlalu lama seperti pandemik COVID-19 pada 2020. Ketika itu hospital memang sesak dengan pesakit COVID-19.
“Pernah menjaga seorang pesakit COVID-19 dari Indonesia datang sendirian ke Malaysia untuk urusan perniagaan dan dimasukkan Unit Rawatan Kecemasan (ICU) hospital ini, namun kemudian dia diterbangkan balik negaranya,” katanya bersyukur suami dan lima anak memahami tugasannya tidak menentu masa.
Jika ingin menjadi jururawat lakukan kerja dengan seikhlas hati dan berani menghadapi setiap dugaan.
Jururawat kanan, R Devishree, 32, bertugas di Wad Multidisiplin di hospital sama, sudah 10 tahun sebagai jururawat juga tidak pernah terlintas memegang gelaran itu.
Berdepan pelbagai watak pesakit
Akuinya, hanya memohon menyambung pengajian di kolej kejururawatan kerana memikirkan bidang itu mempunyai masa depan yang baik.
“Dulu ibu sakit diabetes selalu puji saya pandai menjaganya dan dipuji kerana pandai menjaganya dan yakin satu hari nanti saya jadi jururawat. Sekarang sakit buah pinggang pula.
“Tidak sangka kata-kata ibu masin saya benar-benar jadi jururawat dan masih menjaganya,” katanya.
Pengalaman tidak dapat dilupakan ketika menjaga pesakit kritikal. Kita perlu menerima tugasan sepenuh jiwa dengan menjaga perlu menguruskan semua keadaan pesakit.
“Oleh kerana keadaan pesakit kritikal bukan mudah dan saya pula masih baru dalam bidang ini, namun perlu cepat belajar.
“Apa pun ia pengalaman baik dan menarik kerana sentiasa berdepan dengan pelbagai ‘watak’ pesakit.
“Kena marah pesakit adalah perkara biasa. Tapi selalunya mereka meminta maaf selepas mengakui begitu disebabkan tertekan kerana dalam kesakitan,” katanya memiliki
Ijazah Kejururawatan.
Jururawat kanan, Noor Safira Abd Razak, 31, juga ibu dua anak, berkata pengalaman terus kekal dalam memori ketika bertugas ketika pandemik COVID-19.
Perlu jaga emosi diri sendiri dan pesakit
tetapi emosi pesakit berada di ICU juga perlu dijaga terutama yang hanya boleh berkomunikasi dengan keluarga melalui panggilan video.
“Ramai pesakit yang keadaan mental mereka menurun dan sebagai jururawat sudah menjadi tugas kami untuk membantu mereka dalam apa juga situasi sekali pun.
“Ada pesakit yang hari ini dilihat gembira menelefon keluarga mereka tetapi esoknya, dia sudah tiada,” katanya.
Katanya, disebabkan terdedah kepada risiko mendapat COVID-19, keselamatan diutamakan.
Sebelum pulang ke rumah dan membuka pakaian perlindungan diri (PPE) beliau mandi terlebih dahulu di hospital dengan menggunakan sabun khas.
Katanya, sebaik sampai di rumah saya akan mandi sebelum mengambil anak-anak di rumah pengasuh bagi mengelak jangkitan.
“Ini adalah rutin dan cabaran kami sebagai jururawat selama beberapa tahun ini dan syukur, kita semua rakyat Malaysia berjaya mengharung dugaan ini dengan sebaiknya,” yang menganggap kerja secara berpasukan akan beri keputusan terbaik.
Click for Online Article:
Bertugas sepenuh jiwa urus pesakit – BH Online, 21 Mei 2024.
分享: