2025年12月23日
-2 分钟阅读
Lebih 700 Sertai Mask & Dash 5KM Fun Run
分享:
2025年12月23日
-2 分钟阅读
KUALA LUMPUR: Lebih 700 peserta menjayakan Mask & Dash 5KM Fun Run yang julung kali dianjurkan hasil kolaborasi Hospital Columbia Asia Cheras dengan AEON Cheras Selatan.
Acara itu bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan, mempromosikan gaya hidup sihat, serta memperkenalkan bangunan Hospital Columbia Asia Cheras yang baharu diperluaskan, kepada komuniti setempat.
Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Columbia Asia (Wilayah 1), Engku Marina Engku Hatim, berkata tema larian Decades of Care: Together We Are One mencerminkan komitmen jangka panjang organisasi itu dalam memperkukuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
“Tema ini amat bermakna kepada kami kerana ia selari mesej bahawa kemajuan sebenar dalam penjagaan kesihatan, lahir daripada usaha yang dibina dan disemai selama puluhan tahun.
“Kerjasama strategik bersama AEON Cheras Selatan serta peluasan fasiliti hospital itu bertujuan mendekatkan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada masyarakat.
“Melalui kerjasama dan usaha ini, kami berhasrat membawa penjagaan kesihatan lebih dekat kepada komuniti, sekali gus memudahkan keluarga dan individu mendapatkan perkhidmatan berkualiti dan pencegahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Acara itu disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk keluarga, kanak-kanak, remaja, golongan bekerja dan warga emas.
Program itu menandakan permulaan yang kukuh kepada tradisi komuniti tahunan yang ingin diteruskan oleh penganjur pada masa depan.
Acara itu adalah satu daripada sambutan bermakna berkait kesihatan, kebersamaan dan semangat komuniti.
Click for Online Article:
Lebih 700 Sertai Mask & Dash 5KM Fun Run – Berita Harian, 15 Disember 2025
分享: