Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda

Langkau ke kandungan

Larian Amal Sokong Kesedaran Kanser Payudara

17 November 2023

Minit 1 dibaca

Larian Amal Sokong Kesedaran Kanser Payudara

Selangor, 17 November 2023 – Kanser payudara merupakan salah satu penyakit yang paling ditakuti oleh kaum wanita.

Di Malaysia, kanser payudara mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus berbanding kanser lain dalam kalangan wanita.

Ini menunjukkan kadar penyakit kanser payudara di Malaysia adalah 34.1 kes bagi setiap 100,000 populasi wanita.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang masalah itu, Hospital Columbia Asia Bukit Rimau telah mengadakan satu larian amal, Columbia Asia Pink October Run 2023 sempena bulan kesedaran kanser payudara.

Larian santai sejauh 5 kilometer (km) itu melalui jalan serta taman di kawasan Bukit Rimau, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Seramai 600 peserta daripada pelbagai lapisan umur telah mengambil bahagian dalam larian itu.

Hasil daripada larian itu, sejumlah RM10,000 telah dikumpul dan dibahagi sama rata kepada dua penerima iaitu Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) dan Pertubuhan Hospis Klang.

Pengurus Besar Rantauan Columbia Asia cawangan Bukit Rimau, Petaling Jaya and Seremban, Lee Hui Chuen telah menyampaikan replika cek bernilai RM5,000 kepada wakil BCWA, Nathalie Khoo dan wakil Pertubuhan Hospis Klang, Teh Chin Nie.

Hui Chuen dalam ucapannya sempena program berkenaan berkata, dia sangat menggalakkan semua orang mengambil bahagian dan bersorak kepada rakan serta keluarga bagi menyokong kesedaran kanser payudara.

“Kami juga menghargai segala usaha BCWA di atas komitmen yang konsisten dan padu dalam sokongan kanser payudara.

“Begitu juga buat Pertubuhan Hospis Klang yang begitu berdedikasi dalam menyediakan penjagaan dan keselesaan diperlukan oleh pesakit kanser payudara,” katanya.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik diatur sempena program tersebut.

Antaranya, zumba, cabutan bertuah, jualan ‘pink merchandise’ oleh BCWA serta demonstrasi dan pendidikan fisioterapi.

Selain itu, ‘Van Murni’ berwarna merah jambu telah disediakan bagi membolehkan peserta wanita mendapatkan pemeriksaan payudara secara percuma.

Click for Online Article:

Larian Amal Sokong Kesedaran Kanser Payudara – Kosmo Online, 17 November 2023

Berkongsi: