Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda

Langkau ke kandungan

Simposium OSH Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Di Tempat Kerja

22 Februari 2024

Minit 1 dibaca

Simposium OSH Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Di Tempat Kerja

BINTULU – Simposium Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) akan memastikan setiap undang-undang berkaitan keselamatan di tempat kerja sentiasa dipraktikkan oleh semua penggiat pekerjaan dalam pelbagai sektor di bahagian ini, kata Pengerusi OSH 2024 anjuran Hospital Columbia Asia Bintulu Hazlim Sham Ibrahim.

Menurut beliau, sebagai penganjur utama simposium ia menghimpunkan para profesional, pakar dan pihak berkepentingan dalam bidang keselamatan, perubatan dan kesihatan pekerjaan.

“Pada masa sama, ia menjadi platform utama semua penggiat industri bagi membincangkan dan berkongsi pandangan tentang perkembangan terkini, cabaran, pengetahuan baharu dan amalan terbaik tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Simposium OSH 2024 anjuran Hospital Columbia Asia Bintulu di sini, malam Rabu.

Beliau berkata, simposium yang turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ini antara lain membolehkan semua agensi berkaitan dan klien Hospital Columbia Asia untuk berkongsi peraturan kesihatan pekerjaan semasa termasuk piawaian pematuhan dan kesan ke atas operasi pihak hospital dan klien secara keseluruhannya.

Pada masa sama jelas Hazlim, ia akan memberikan pandangan ke dalam menavigasi keperluan kawal selia dan melaksanakan strategi yang berkesan untuk memastikan pematuhan kesihatan pekerjaan.

Katanya, sesuai dengan tema simposium kali ini iaitu keselamatan dan kesihatan dan perubatan berganding bahu adalah bidang berkait rapat yang sering bersilang untuk mewujudkan pendekatan holistik terhadap aspek keselamatan dan Kesihatan pekerjaan.

Ini menurut beliau, bertujuan mencegah kecederaan dan penyakit, menggalakkan kesihatan keseluruhan dan memastikan keselamatan pekerja dalam pelbagai tetapan pekerjaan.

Dengan itu, beliau percaya bahawa simposium ini akan menjadi peluang berharga untuk bertukar idea, belajar antara satu sama lain dan membina perkongsian yang akan memacu inovasi dan kemajuan dalam industri keselamatan dan kesihatan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak pengurusan hospital turut mengadakan simbolik pelancaran Klinik Pergigian Hospital Columbia Asia yang sudah mulai beroperasi.

Click for Online Article:

Berkongsi: