Langkau ke kandungan

Suami Merokok Jejaskan Peluang Isteri Untuk Hamilv

18 Disember 2018

•

1 bacaan minit

Suami Merokok Jejaskan Peluang Isteri Untuk Hamil

Bagi yang sedang merancang untuk hamil atau trying to conceive, tabiat merokok perlu dihindari. Ia boleh menyebabkan ketidaksuburan kepada lelaki dan menyebabkan pasangan sukar untuk hamil.

Merokok menggugat peluang isteri untuk hamil. Menurut Dr Norintan Binti Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Hospital Seremban, wanita yang berusaha untuk hamil tetapi mempunyai suami yang merupakan perokok tegar boleh menggugat peluang mereka untuk hamil. Ia memberikan besar kepada kepada kualiti dan kuantiti air mani.

8 kesan merokok kepada kesuburan lelaki

  • Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang sebanyak 20 peratus.
  • Mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang ke arah ovum wanita sebanyak 10 peratus.
  • Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang lalu menyebabkan sperma menjadi ‘lembap’.
  • Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal!
  • Kecacatan sperma bertambah. Hal ini termasuk insiden coiled sperm (ekor sperma tersimpul antara satu sama lain) di samping bermacam kecacatan lain.
  • Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.
  • Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
  • Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.

Second Hand smoker membahayakan orang sekeliling

Selain daripada itu, Dr Norintan juga memberitahu bahawa asap rokok yang disedut oleh isteri (yang tidak merokok) adalah sama bahayanya dengan bahaya terhadap si perokok.

Ada juga laporan yang mendapati bahawa ia LEBIH merbahaya jika disedut oleh isteri dan orang sekeliling yang tidak merokok. Tahap kesuburan isteri juga boleh berkurangan akibat secondhand smoking ini!

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 18 December 2018

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

18 Disember 2018

•

1 bacaan minit

Suami Merokok Jejaskan Peluang Isteri Untuk Hamil

Dr. Sharina Binti Mohd Razali

Obstetrics And Gynecology

Ketahui lebih lanjut tentang Obstetrik Dan Ginekologi dalam Columbia Asia

Ketahui lebih lanjut

Perlukan bantuan lanjut?

Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.

Hubungi Kami

Tanya pakar

Lorem ipsum dolor duduk amet, consectetuer dipiscing elit.

Tanya Sekarang

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

Langgan buletin kami untuk lebih banyak Petua Penjagaan Kesihatan.

Medan ini adalah untuk tujuan pengesahan dan harus dibiarkan tidak berubah.

Ikuti kami untuk Tips Kesihatan terkini

Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda