跳至内容

15 巴宜岛肥胖妇女的风险

2018 年 11 月 16 日

-

2 分钟阅读

Doktor Kongsi 12 Tips Meneran Masa Bersalin

Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan.

Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, wanita obes yang merancang untuk hamil boleh berjumpa pakar sakit puan atau primary care physician untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan berat badan optimum dan cara hidup sihat yang perlu diamalkan.

Kajian yang dibuat di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurangnya 4.5kg boleh menurunkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil sebanyak 40% pada kandungan yang seterusnya.

Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9) BMI adalah berat dibahagi dengan ketinggian kuasa dua .

BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 ke atas adalah ‘obes’. Terdapat tiga kategori obesiti iaitu Kelas 1 (BMI 30-34.9), Kelas 2 (BMI 35-39.9) dan Kelas 3 atau morbid obese (BMI lebih 40).

PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Selain mencapai berat badan optimum dan mengikuti saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil juga perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.

  1. Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga trimester pertama.
  2. Mengambil Vitamin D sekurang-kurangnya 10microgram sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran bayi dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu.
  3. Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya 5-7% dari berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko.

BAHAYA OBESITI SEMASA HAMIL

Obesiti berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Justeru ia perlu dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.

RISIKO KEPADA IBU

  • Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
  • Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
  • Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
  • Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang bolehmengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
  • Kelahiran secara induksi.
  • Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
  • Komplikasi bius.
  • Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
  • Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.

RISIKO KEPADA BAYI

  • Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
  • Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
  • Kelahiran secara pramatang.
  • Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
  • Kematian neonatal.
  • Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 16 November 2018

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2018 年 11 月 16 日

-

2 分钟阅读

Doktor Kongsi 12 Tips Meneran Masa Bersalin

Dr. Sharina Binti Mohd Razali

Obstetrics And Gynecology

了解更多关于妇产科的信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院