分享:
这篇文章对您有帮助吗?
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
Masalah ekzema bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat kita. Sering kali kita melihat perkongsian ibu bapa tentang anak mereka yang mengalami ekzema. Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit la tidak berjangkit dan boleh dikawal dengan rawatan dan pengambilan ubat tertentu.
Setengah penghidap ekzema mungkin mengalaminya kerana keturunan. Sesetengah gen dalam tubuh akan menyebabkan kulit menjadi sensitif. Sistem imun yang terlalu aktif dan ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan kulit terjejas dan jangkitan kuman juga antara pencetus ekzema. Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang ekzema, Pa&Ma mendapatkan penerangan daripada Dr Azura Mohd Affandi, Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Columbia Asia, Petaling Jaya.
Terdapat beberapa jenis ekzema yang boleh dihidapi oleh pesakit. Atopic Dermatitis, Seborrhoeic Dermatitis dan Contact Dermatitis adalah antara jenis-jenis ekzema yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak.
Ekzema yang menyerang orang dewasa dan bayi adalah tidak sama walaupun kelihatan serupa. Bahagian yang diserang ekzema juga boleh terjadi di tempat-tempat yang berbeza.
Ekzema yang sering terjadi dalam kalangan bayi atau kanak-kanak adalah jenis Atopic Dermatitis (AD). Biasanya ia berlaku pada enam bulan pertama usia bayi. Bayi atau kanak-kanak yang mengalami ekzema kebiasaannya mempunyai sejarah keluarga menghidap asma dan resdung. Risiko mereka untuk mendapat penyakit tersebut juga adalah lebih tinggi.
Simptom untuk ekzema jenis ini adalah kulit mengalami kekeringan, bersisik kemerahan dan penghidapnya akan merasa gatal-gatal pada bahagian tertentu seperti di pipi, pergelangan tangan dan kaki.
Ekzema yang menyerang orang dewasa dan bayi adalah tidak sama walaupun kelihatan serupa. Bahagian yang diserang ekzema juga boleh terjadi di tempat-tempat yang berbeza.
Ia sering ada pada kulit kepala dan kelihatan berkuping seperti kelemumur. Kulit kepala juga berminyak dan kemerahan.
Ekzema jenis ini turut dipanggil sebagai Cradle Cap dan tidak semestinya berlaku pada kulit kepala. la juga boleh menyerang bahagian lain pada tubuh seperti muka, atas dada dan belakang.
Ekzema sebenarnya boleh menjejaskan kehidupan penghidapnya kerana ia menyebabkan kegatalan pada kulit dan menimbulkan rasa kurang selesa. Selain itu, masalah ekzema juga mengganggu pola tidur, pergaulan serta menggugat emosi si manja (apabila mereka semakin membesar).
Ia tidak boleh hilang begitu sahaja kerana berkait dengan gen dalam badan. Pun begitu, kita boleh mengawalnya agar tidak menjadi lebih teruk.
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
分享:
这篇文章对您有帮助吗?