跳至内容

Penghadaman & Nafas Berbau

05 May 2025

-

3 分钟阅读

Penghadaman & Nafas Berbau

Pada sekilas pandang, topik mengenai penghadaman dan nafas berbau mungkin kelihatan tidak berkait rapat. Satu merujuk kepada proses penguraian dan penyerapan makanan dalam tubuh kita, sementara lagi satu pula sering dikaitkan dengan rasa malu dan ketidakselesaan apabila bersosial. Namun begitu, sebenarnya terdapat kaitan antara kedua-dua perkara ini yang tidak disangka dan sering diabaikan.

Nafas berbau atau halitosis biasanya dianggap sebagai ketidakselesaan kecil. Namun, ia juga boleh menjadi tanda amaran bagi masalah kesihatan. Memahami hubungan antara penghadaman dan nafas berbau boleh membantu anda mengawal kesihatan usus dan membantu agar nafas lebih segar.

Hubungan antara nafas dan perut

Penghadaman dan nafas berbau saling berkait rapat. “Proses penghadaman bermula di mulut, di mana enzim dalam air liur mula memecahkan partikel makanan. Ia diteruskan di perut, di mana makanan diproses lebih lanjut menjadi partikel lebih kecil dan seterusnya ke usus kecil,” jelas Dr. Ruhi Fadzlyana Jailani, Pakar Perunding Am dan Pakar Bedah Kolorektal dari Columbia Asia Hospital – Bukit Jalil.

“Di dalam usus kecil, zat-zat makanan diserap ke dalam salur darah, manakala serat yang tidak dihadam terus bergerak ke usus besar dan akhirnya dibuang sebagai najis. Jika proses penghadaman terganggu pada mana-mana peringkat, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam usus dan rongga mulut, dan seterusnya menghasilkan nafas berbau,” tambah Dr. Ruhi.

Bila nafas berbau menandakan masalah penghadaman

Nafas berbau boleh menjadi petanda masalah penghadaman yang tersembunyi. Apabila sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan masalah seperti refluks asid, sembelit, atau pertumbuhan bakteria berlebihan dalam usus, dan semuanya boleh menyumbang kepada halitosis.

Tanda-tanda bahawa nafas berbau mungkin berkait dengan masalah penghadaman termasuk bau busuk yang berterusan walaupun kebersihan mulut dijaga dengan baik, disertai gejala lain seperti perut kembung atau ketidakselesaan perut, dan sejarah masalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, atau tabiat membuang air besar yang tidak tetap.

Menurut Dr. Ruhi, beberapa masalah penghadaman biasa yang berkaitan dengan nafas berbau termasuk:

  1. Refluks asid (GERD): Keadaan dimana asid perut mengalir balik ke dalam esofagus, menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan.
  2. Akalasia: Keadaan yang menyebabkan penyempitan di bahagian hujung bawah esofagus, menghalang makanan daripada masuk ke perut.
  3. Kanser esofagus atau perut.
  4. Gastroparesis: Keadaan di mana perut lambat kosong, yang boleh disebabkan oleh pelbagai masalah perubatan seperti diabetes, penyakit Parkinson, atau masalah neurologi lain.
  5. Kesukaran menghadam makanan tertentu, seperti bawang putih atau bawang.

“Jika anda mengesyaki nafas berbau anda berkaitan dengan masalah penghadaman, maka penting untuk anda berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan. Mereka boleh menilai simptom anda, melakukan ujian diagnostik jika perlu, dan mencadangkan rawatan yang sesuai,” nasihat Dr. Ruhi.

Faktor yang mempengaruhi penghadaman dan nafas berbau

“Dehidrasi boleh mengganggu penghadaman dengan mengurangkan pengeluaran air liur, menyebabkan mulut kering dan pembiakan bakteria penyebab bau. Dalam keadaan cukup hidrasi, air liur membantu membersihkan mulut daripada bakteria dan serpihan makanan, mencegah pengumpulan sebatian penyebab bau,” jelas Dr. Ruhi.

Namun, apabila tubuh kekurangan air dan menghasilkan air liur yang sedikit, bakteria akan membiak dengan cepat pada lidah, gusi, dan gigi. Bakteria ini mengurai zarah makanan dan mengeluarkan sebatian sulfur mudah meruap (VSC) seperti hidrogen sulfida dan metil merkaptan, yang menyebabkan bau tidak menyenangkan pada nafas.

“Merokok juga mempunyai kesan buruk pada penghadaman,” kata Dr. Ruhi. “Merokok melemahkan sfinkter esofagus bawah, yang boleh menyebabkan refluks asid. Ia juga mengurangkan pengeluaran air liur, yang sering mengakibatkan nafas berbau.”

Dr. Ruhi juga menambah bahawa tabiat pemakanan tertentu, seperti pengambilan makanan manis atau diproses yang berlebihan, boleh mengganggu flora usus dan menyumbang kepada nafas berbau. Selain itu, memakan makanan yang diketahui boleh menyebabkan gas atau kembung perut seperti susu, kafein dan minuman berkarbonat juga boleh menerukkan masalah penghadaman dan nafas berbau.

Mencapai kesihatan penghadaman dan mulut

Memahami kaitan antara penghadaman dan nafas berbau adalah penting untuk mengatasi halitosis dengan berkesan. Dengan mengenal pasti tanda-tanda nafas berbau berkaitan penghadaman, melakukan perubahan gaya hidup, dan mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai, individu boleh memperbaiki kesihatan penghadaman dan bau nafas mereka.

Ingat, menjaga sistem penghadaman yang sihat bukan sahaja memberi manfaat kepada kesejahteraan keseluruhan, tetapi juga memastikan nafas segar dan meningkatkan keyakinan dalam interaksi sosial.

5 CARA BAIKI PENGHADAMAN & NAFAS BERBAU

1. Amalkan pemakanan seimbang

Utamakan diet seimbang yang mengandungi banyak serat, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Serat membantu dalam proses penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar yang teratur, sementara vitamin dan mineral dalam buah-buahan dan sayur-sayuran menyokong kesihatan penghadaman secara keseluruhan.

2. Pastikan penghidratan yang cukup

Pastikan anda kekal terhidrat dengan meminum banyak air sepanjang hari. Penghidratan yang baik menyokong pengeluaran air liur yang penting untuk mengekalkan kesihatan mulut dan memudahkan penghadaman.

3. Amalkan kebersihan mulut yang baik

Bina rutin kebersihan mulut yang lengkap, termasuk memberus gigi dan lidah secara berkala, menggunakan flos untuk mengeluarkan serpihan makanan di celah gigi, dan menggunakan pencuci mulut antimikrobial untuk mengurangkan bakteria di dalam mulut.

4. Atasi tekanan

Tekanan kronik boleh mengganggu proses penghadaman dan menyebabkan ketidakselesaan gastrousus serta nafas berbau. Lakukan aktiviti yang dapat merangsang ketenangan dan kesejahteraan mental, seperti meluangkan masa di luar, melakukan hobi, atau bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan.

5. Dapatkan nasihat profesional

Berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan untuk nasihat peribadi dan pilihan rawatan yang sesuai dengan keperluan anda. Amalkan sikap proaktif dalam menangani sebarang masalah penghadaman atau kesihatan mulut yang berterusan dengan mendapatkan penilaian dan campur tangan pakar perubatan pada masa yang betul.

Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro, April 6, 2024.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

05 May 2025

-

3 分钟阅读

Penghadaman & Nafas Berbau

Dr. Ruhi Fadzlyana Binti Jailani

General Surgery And Colorectal Surgery

了解有关普通外科和结直肠手术的更多信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院