跳至内容

班吉的音乐

2024 年 12 月 27 日

-

4 分钟阅读

Penyakit Di Musim Banjir

Banjir sering berlaku di Malaysia terutama sekali ketika musim tengkujuh. Air banjir mengandungi pelbagai mikroorganisma dan parasit yang berisiko menyebabkan pelbagai penyakit sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga dari segi keselamatan dan kesihatan. Banjir meningkatkan risiko penyakit berjangkit melalui beberapa cara. Antaranya ialah melalui air yang tercemar semasa banjir kerana ia membawa najis, bahan kimia, dan sisa buangan ke dalam sumber air yang bersih. Bayangkan apa akan berlaku jika orang ramai terpaksa menggunakan air tercemar ini kerana tiada sumber air yang bersih. Sudah tentunya ini akan menjurus kepada penularan penyakit. Selain itu, bekalan makanan mungkin terdedah kepada air tercemar disebabkan oleh kesukaran menguruskan makanan ketika banjir. Air yang bertakung pula menjadi tempat pembiakan nyamuk yang dapat meningkatkan kes denggi, chikungunya dan malaria. Di samping itu, keadaan yang sesak dan padat dengan manusia di pusat pemindahan pula memudahkan penyebaran penyakit bawaan udara yang seringkali menjadi sebab masalah pernafasan.

Penyakit-Penyakit yang Biasanya Berlaku Ketika Banjir

1. Penyakit Bawaan Air:

Penyakit bawaan air adalah disebabkan air yang bercampur dengan lumpur atau tanah yang tercemar. Makanan sangat berisiko untuk dicemari dan ini boleh menyebabkan keracunan makanan yang membawa kepada muntah dan cirit-birit. Antara penyebab penyakit bawaan air adalah:

  • Bakteria Vibrio cholerae atau E. coli yang menyebabkan keracunan makanan
  • Bakteria Salmonella typhi yang menyebabkan demam kepialu (Typhoid)
  • Virus Hepatitis A yang menyebabkan penyakit Hepatitis A melalui makanan yang tercemar
  • Bakteria Burkholderia pseudomallei yang menyebabkan Meliodosis dan kuman ini boleh merebak ke semua organ. Pesakit memerlukan rawatan antibiotik untuk jangka masa panjang.

2. Penyakit Bawaan Vektor:

Vektor adalah pembawa penyakit yang dapat memindahkan patogen berjangkit kepada organisma lain dan menyebabkan penularan penyakit tesebut. Nyamuk dan tikus merupakan antara vektor yang aktif menyebarkan penyakit ketika banjir melalui gigitan (nyamuk) atau sentuhan langsung dengan air kencing haiwan (seperti tikus). Antara penyakit bawaan vektor adalah:

  • Leptospirosis yang disebabkan oleh bakteria Laptospira melalui air atau tanah yang dicemari air kencing haiwan seperti tikus. Jangkitan kuman Leptospira boleh menyebabkan demam berdarah dan boleh mengancam nyawa jika tidak dikesan dan dirawat seawal yang boleh.
  • Denggi, Chikungunya dan Malaria yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes yang membiak di kawasan air bertakung.

3. Penyakit Kulit:

Jangkitan kulat atau bakteria akibat kulit terdedah kepada air tercemar dalam tempoh yang lama. Oleh sebab itu, orang ramai sangat tidak digalakkan untuk bermain, bermandi-manda mahupun berada dalam air banjir untuk empoh yang lama kerana ini dapat meningkatkan risiko penyakit kulit.

4. Penyakit Saluran Pernafasan:

Mangsa-mangsa banjir selalunya akan ditempatkan di dalam tempat pemindahan sementara dan ini boleh menyebabkan kesesakan terutamanya di kawasan yang terlibat dengan bencana banjir yang teruk. Keadaan ini boleh menyebabkan penularan jangkitan pernafasan akut (ARI) dan jangkitan pernafasan kronik. Antaranya:

  • Jangkitan bakteria seperti Klebsiella pneumonia dan Streptococcus pneumonia yang boleh menyebabkan pneumonia iaitu sejenis gangguan pernafasan yang akut.
  • Jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit Tuberkulosis.

Rawatan bagi Penyakit Berjangkit Semasa Banjir

Sekiranya terdapat penularan jangkitan ini, pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera dan rawatan bergantung kepada jenis penyakit tersebut.

  • Leptospirosis: Antibiotik seperti doxycycline atau penicillin akan diberikan.
  • Kolera dan cirit-birit: Rehidrasi dengan oral rehydration salts (ORS) dan antibiotik tertentu.
  • Keracunan makanan: Penghidratan dan rawatan simptomatik dan kadangkala memerlukan antibiotik.
  • Meliodosis: Rawatan antibiotik intravena dan ubat antibiotik oral untuk jangka masa dua hingga empat minggu atau lebih lama.
  • Denggi dan malaria: Denggi dirawat secara simptomatik, manakala malaria dirawat dengan ubat antimalaria seperti chloroquine.
  • Jangkitan kulit: Krim antikulat atau / dan ubat antikulat untuk jangkitan kulat yang teruk pada kulit.
  • Sindrom respiratori akut: Antibiotik jika jangkitan bakteria disyaki, berserta ubat demam dan batuk. Kadangkala, pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan oksigen di hospital.

Cara Melindungi Diri daripada Penyakit Berjangkit Semasa Banjir

Masyarakat harus mempunyai kesedaran tentang penyakit – penyakit berjangkit ini dan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan air bersih dengan merebus air minuman atau menggunakan penapis air. Mereka juga perlu mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan sabun sebelum makan atau selepas menggunakan tandas.

Orang ramai juga seharusnya mengelakkan dan mengurangkan persentuhan dengan air banjir contohnya dengan mengunakan kasut getah atau sarung tangan jika perlu. Selain itu, elakkan daripada memakan makanan basi atau tercemar untuk mengurangkan risiko keracunan makanan. Gunakan ubat nyamuk dan tidur di bawah kelambu untuk mengelakkan diri daripada terkena gigitan nyamuk.

Di samping itu, kebersihan pusat pemindahan harus dijaga dengan memastikan pengudaraan dan kebersihan yang mencukupi.

Nasihat Kepada Mangsa Banjir

Mangsa banjir harus sentiasa mengutamakan kebersihan. Pastikan air yang diminum adalah bersih dan cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas. Mangsa banjir juga perlu diingatkan untuk mendapatkan rawatan yang segera jika mengalami simptom seperti demam, cirit-birit, atau ruam. Tambahan pula, aktiviti di kawasan air bertakung / lopak air perlu dikurangkan untuk mengelakkan jangkitan.

Penjagaan pemakanan juga penting untuk menguatkan imuniti dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Selain daripada itu, masyarakat yang tinggal di kawasan yang sering mengalami banjir amat digalakkan untuk mendapatkan vaksin seperti vaksin tetanus atau kolera. Kesihatan adalah keutamaan dan kita hendaklah sentiasa berwaspada serta bertindak segera apabila berasa kurang sihat dalam situasi banjir.

Artikel ini disiarkan oleh HelloDoctor pada Disember 27, 2024.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2024 年 12 月 27 日

-

4 分钟阅读

Penyakit Di Musim Banjir

Dr. Shanthini A/p K Muthusamy

Internal Medicine

了解更多 内科在Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院