跳至内容

Buat 6 Perkara Ini Kalau Doktor Suruh Kawal Kencing Manis Semasa Hamil

2019 年 1 月 15 日

-

2 分钟阅读

Buat 6 Perkara Ini Kalau Doktor Suruh Kawal Kencing Manis Semasa Hamil

Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya.

Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari. Namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta. Tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.

PERLU SENAMAN SEDERHANA

Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula.

Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil. Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.

Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!

5 TIP KAWAL SELERA

Soalan-soalan yang juga sering ditanya ialah bagaimana caranya untuk mengawal pemakanan ketika mengalami gestational diabetes ini? Bagaimana cara untuk mengekang selera?

Terdapat pelbagai tips yang boleh dicuba tetapi langkah yang pertama adalah untuk berjumpa dengan pakar pemakanan di hospital. Setelah mendapat taklimat tentang diet/pemakanan daripada beliau, anda bolehlah mencuba tip di bawah.

  1. Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah. Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.
  2. Ganti beras/mi/mihun/pasta/roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi (complex carbohydrates). Beras putih boleh digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh digantikan dengan roti “grain bread” atau “wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati daripada pasaran.
  3. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap. Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.
  4. Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda.
  5. Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu. Justeru Dr Norintan mencadangkan supaya makan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwic telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.

Dr Norintan merayu kepada semua wanita yang mempunyai tahap glukos yang tinggi dan wanita yang mengalami kencing manis supaya tidak hamil sebelum tahap glukos & selera dapat dikawal. Katanya, tahap glukos yang tinggi dan tidak terkawal boleh menyebabkan masalah jantung di dalam janin yang di kandung.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 15 Januari 2019

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2019 年 1 月 15 日

-

2 分钟阅读

Buat 6 Perkara Ini Kalau Doktor Suruh Kawal Kencing Manis Semasa Hamil

Dr. Norintan Binti Zainal Shah

Obstetrics And Gynecology

了解更多关于妇产科的信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院