跳至内容

我的父亲是个泥人,而我的母亲是古巴人。

2019 年 8 月 28 日

-

3 分钟阅读

Nak Mengandung Anak Pertama Mudah Tapi Anak Kedua Bertahun Cuba Susah Pula Nak Lekat

Kesukaran Untuk Anak Kedua Atau Seterusnya Sering Dihadapi Sesetengah Pasangan. Anak Pertama Berupaya Hamil Dengan Mudah, Tetapi Bila Anak Kedua, Ketiga Atau Seterusnya, Mama Jadi Sukar Untuk Hamil. Kenapa Ye?

Ada yang mengadu kitaran haid tidak menentu walhal sebelum ini tiada masalah. Ada kala tiada haid, haid yang singkat dan ada waktunya haid keluar berketul-ketul. persoalannya adakah masalah kitaran haid ini yang menjadi punca sukar untuk mendapatkan cahaya mata?

“Secondary Infertility” Atau Masalah Kesuburan Sekunder

Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Seremban, keadaan ini sebagai “secondary infertility” atau masalah kesuburan sekunder. Ia berlaku apabila seseorang wanita mendapati dirinya sukar untuk hamil semula setelah mengalami satu atau lebih kehamilan atau keguguran.

Bagi mengesan punca, pasangan suami isteri perlu hadir sendiri ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan yang melibatkan ujian asas sebelum memberi ubat subur kepada pasangan yang bermasalah.

“Saya ingin menekankan bahawa haid yang tidak teratur bukan bermakna seseorang wanita itu tidak menghasilkan telur atau benih.

“Tetapi haid yang tidak teratur mungkin bererti telur atau benih yang dihasilkan adalah secara rambang sehingga menyebabkan pasangan sukar untuk menentukan bilakah waktu subur untuk mengadakan hubungan intim bersama suami,” kata Dr Norintan.

Sebanyak 33% Pasangan Lulus Ujian Kesuburan Tetapi Masih Belum Hamil Dikenali Sebagai Unexplained Infertility.

Gunakan Kit Ovulasi
Wanita yang menghadapi masalah untuk mengira atau menentukan hari subur bolehlah menentukan waktu subur menggunakan kit ovulasi yang asli untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat!

Jika kit menunjukkan anda tidak mempunyai ovulasi (waktu subur), doktor boleh melakukan pemeriksaan imbasan atau “transvaginal ultrasound” untuk memeriksa keadaan ovari dan memantau pengeluaran telur (dominant follicle). Pemeriksaan mungkin kerap jika doktor ingin memastikan telur tadi berkembang dan seterusnya matang.

Perlu Jalani Pemeriksaan Darah
Kegagalan untuk menghasilkan sebiji dominant follicle memerlukan pemeriksaan darah yang dikenali sebagai hormonal assay untuk memastikan pesakit sebegini tidak mengalami masalah-masalah seperti;

  • Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
  • Hyper atau hypo-thyroidism
  • Hyperprolactinemia.

Doktor Akan Juga Memastikan Wanita Terbabit Tidak Menghidap Kencing Manis. Jika Ada, Ia Wajib Dirawat Dan Distabilkan Sebelum Cuba Untuk Hamil.

Fibroid, Cyst & Polyp Penghalang Hamil

Selain itu, masalah fibroid dan ovarian cyst selalunya menjadi penghalang kehamilan. Lebih-lebih lagi jika ovarian cyst tadi merupakan endometrioma atau endometriosis kerana ianya menurunkan kadar kesuburan kepada 20 hingga 30%!

Manakala endometrial polyp pula menyebabkan dinding rahim tidak sesuai untuk kehamilan. Ujian hysterosalphingogram (HSG) untuk memeriksa salur Fallopian.

Jika kedua -dua salur Fallopian didapati tersumbat, pesakit akan dirujuk ke Unit IVF di Hospital yang mempunyai Unit Infertiliti. Namun sekiranya kedua-dua atau salah satu salur Fallopian normal tersumbat, ujian air maninya akan dilakukan kepada suami.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 24 Ogos 2019

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2019 年 8 月 28 日

-

3 分钟阅读

Nak Mengandung Anak Pertama Mudah Tapi Anak Kedua Bertahun Cuba Susah Pula Nak Lekat

Dr. Norintan Binti Zainal Shah

Obstetrics And Gynecology

了解更多关于妇产科的信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院