跳至内容

Kanser Hati Sukar Dikesan

2019 年 2 月 02 日

-

1 分钟阅读

Kanser Hati Sukar Dikesan

Keluarga pesakit hepatitis kronik dinasihatkan jalani pemeriksaan

Peringkat awalnya kanser hati sukar dikesan dan amat penting bagi mereka yang berisiko menjalani ujian saringan terperinci bagi mengenal pasti jika ada tanda penyakit” Dr Khairul Izan.

Walaupun kanser hati sukar dikesan pada peringkat permulaan kecuali mereka yang berisiko menjalani ujian saringan secara menyeluruh, tanda awal boleh dilihat menerusi kesan muntah darah, sakti perut dan sakit bahagian abdomen. Tanda lain kanser yang dikenali sebagai hepatoma ini termasuk kekuningan pada mata dan kulit (jaundis), manakala gejala ketara tahap kritikal, pesakit koma disebabkan kegagalan fungsi hati atau hepatic encephalopathy.

Perunding Pembedahan Am, Hospital Columbia Asia Malaysia, Dr Khairul Izan Mohd Ghani @ Mamat, berkata muntah darah disebabkan oleh pendarahan varices pada saluran makan (Oesophagus). Katanya, keadaan itu juga berpunca daripada sirosis atau penyebaran hepatoma ke dalam saluran darah. Akibat pendarahan dalaman hepatoma pesakit akan mengalami sakit perut, pada masa sama tidak selesa pada bahagian abdomen (rusuk kanan).

“Kesan kesakitan disebabkan berlakunya pembesaran hepatoma dan memberi tekanan kepada struktur atau organ berdekatan.

“Manakala jaundis pada mata dan kulit akibat tahap bilirubin tinggi hingga menyebabkan pesakit koma disebabkan organ hati gagal berfungsi,” katanya kepada BH.

Jalani ujian darah

Dr Khairul Izan berkata, peringkat awalnya kanser hati sukar dikesan dan amat penting bagi mereka yang berisiko menjalani ujian saringan terperinci bagi mengenal pasti jika ada tanda penyakit. Katanya, simptom hanya dapat dirasai apabila kanser hepatoma sudah membesar.

“Mereka berisiko (penghidap hepatitis kronik dan sirosis hati daripada punca lain) dinasihat menjalani ujian saringan dengan ujian ultra bunyi dan ujian darah alpha feto protein (tumour marker). Seterusnya mereka dinasihat menjalani saringan CT scan atau Pengimbas Imej Magnetik (MRI) bertujuan sebagai pengesahan diagnosis hepatoma dan dijadikan rujukan perubatan kemudian,” katanya.

Dr Khairul Izan berkata, penghidap juga akan mengalami kesan keletihan teruk, hilang berat badan dan kerap demam. “Pesakit rasa pembengkakan hati di bahagian abdomen, sakit tulang akibat penyebaran kanser ke tulang dan Ascites (pengumpulan cecair akibat sirosis di bahagian abdomen,” katanya.

Katanya, punca utama hepatoma disebabkan jangkitan kronik Hepatitis B dan C, iaitu dianggarkan 80 peratus daripada keseluruhan kes hepatoma. “Hepatoma juga dikenal pasti penyebab kematian kepada 250,000 hingga sejuta individu setiap tahun di seluruh dunia. “Kajian menunjukkan hepatoma menduduki tangga ketiga kematian berpunca daripada kanser secara keseluruhannya,” katanya.

Katanya, Asia Timur seperti China, Taiwan dan Hong Kong, manakala Malaysia, Indonesia dan Thailand termasuk dalam kawasan pertengahan. “Malah, perangkaan National Cancer Registry, menunjukkan kanser hati dikesan pada 2.8 bagi setiap 100,000 penduduk di Semenanjung dan seorang daripada 10 kanser utama membabitkan lelaki. Dianggarkan 5.24 peratus daripada populasi negara ini menghidap Hepatitis B kronik dan dua peratus menghidap Hepatitis C kronik. Kedua-dua kategori ini berisiko mendapat hepatoma,” katanya.

Buang sebahagian hati

Dr Khairul Izan berkata, hepatoma boleh sembuh jika mendapat rawatan awal, namun sekiranya lewat, hanya rawatan palliatif sahaja diberikan bagi meringankan sakit. Rawatan lain termasuk menjalani prosedur pembedahan hepatektomi, iaitu membuang sebahagian hati yang diserang sel kanser. Kaedah ini mempunyai kadar sembuh yang tinggi bagi pesakit hepatoma, bergantung pada peringkat hepatoma dan keadaan keseluruhan pesakit serta kepakaran yang ada.

“Pemindahan hati perlu dipertimbangkan sekiranya dikesan ada tanda kanser hati berukuran kurang lima sentimeter. Radiofrequency ablation, iaitu penggunaan haba secara radio frekuensi terus kepada sel kanser di hati yang dijalankan pakar radiologi. Begitu juga suntikan ethanol secara terus kepada sel kanser yang dijalankan pakar radiologi. Suntikan kemoterapi kepada sel tumor melalui salur darah pesakit oleh pakar radiologi atau dikenali juga dengan istilah TACE (Transarterial chemoembolisation),” katanya.

Beliau berkata, pencegahan lebih baik daripada merawat, hepatoma sering dikaitkan dengan pengambilan alkohol. “Justeru, ahli keluarga pesakit Hepatitis B atau C kronik, perlu menjalani saringan untuk penyakit Hepatitis B atau C itu,” katanya.

Kanser hati atau hepatoma

  • Penyebab kematian 250,000 hingga sejuta setahun.
  • Hepatoma menduduki tempat ketiga bagi kematian berpunca daripada kanser.
  • Sukar dikesan, pesakit hanya mengetahui selepas kanser berada pada tahap kritikal.
  • Penyakit kuning atau jaundis bagi orang dewasa antara simptom nyata.
  • Pesakit hepatoma dikesan berpunca daripada jangkitan Hepatitis B kronik.
  • China, Taiwan dan Hong Kong merekodkan kes hepatoma tertinggi di Asia.
  • Malaysia, Indonesia dan Thailand kawasan pertengahan penghidap hepatoma.

Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian, 2 Februari 2019

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2019 年 2 月 02 日

-

1 分钟阅读

Kanser Hati Sukar Dikesan

Dr. Khairul Izan Mohd Ghani

General Surgery

了解更多关于普通外科的信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院