分享:
这篇文章对您有帮助吗?
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
“Kajian juga membuktikan batu karang hempedu adalah penyakit yang diwarisi dan tidak bolen dihalang pembentukannya”
Dr Khairul Izan Mohd Ghani @ Mamat, Perunding Pembedahan Am
Amalan diet dengan mengambil makanan berka-lori rendah untuk meng-hilangkan berat badan dengan cepat akan meng-ganggu sistem kimia dalam badan.
Ini menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut, sekali gus mendedahkan risiko menghidap batu karang hempedu.
Perunding Pembedahan Am, sebuah hospital swasta, Dr Khairul Izan Mohd Ghani @ Mamat, berkata kebanya-kan orang terutamawanita terlalu obses untuk mem-peroleh bentuk badan yang cantik dengan mengamalkan diet makanan rendah kalori.
Beliau berkata, pengam-bilan kalori yang rendah daripada sepatutnya boleh mengundang padah dan mudah dijangkiti batu karang hempedu.
Katanya, walaupun penyakit ini sering dihidapi wanita berusia dan memiliki tubuh yang berisi, namun terdapat wanita seusia 20 ta-hun pernah menghidapinya. Malah, wanita lebih berisiko dua kali ganda berbanding lelaki.
“Kajian juga membuktikan batu karang hempedu adalah penyakit yang diwarisi dan tidak dihalang pembentukan-nya,” katanya kepada BH.
Terdapat laporan di Amerika Syarikat, mengatakan banyak enam peratus dalam kalangan lelaki dan sembilan peratus daripada kalangan wanita ber-hadapan masalah berkenaan.
Manakala di Itali pula, kajian mendapati banyak 18 peratus daripada kalangan wanita dan 9.5 peratus lelaki mengalami batu hempedu.
Dr Khairul Izan berkata, ada ketikanya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu lalu masuk ke pankreas melalui duktus yang boleh mengakibatkan komplikasi pankreatitis, sekali gus mengancam nyawa.
“Simptom duktus hempedu tersumbat ialah kulit kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam berlarutan dengan keadaan pesakit menjadi panas dan sejuk berpanjangan.
“Kesan ini boleh dilihat dan dirasai secarajelas, pesakit perlu mendapatkan rawatan segera jika gejala berkenaan berterusan hingga menjejaskan keselesaan mereka,” katanya.
Beliau berkata, memandang-kan batu karang hempedu sukar dikesan menerusi simptom awal, ia boleh dike-tahui menerusi ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer.
“Ketika pemeriksaan jaundis, pesakit akan menjalani ujian darah bagi mengesan sebarang jangkitan, tahap en-zim pankreatik atau hati yang tidak normal serta bilirubin berlebihan,” katanya.
Katanya, bagi merekayang menghidapnya, mereka boleh mendapat rawatan menerusi prosedur pembedahan lapa-roskopik kolesistektomi atau pembedahan terbuka bagi mengeluarkan pundi hempedu.
“Manakala rawatan bukan pembedahan, pesakit di-berikan pil garam hempedu (ubat ursodial – Actigall) bagi melarutkan batu kolesterol.
“Begitu juga dengan terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal), bertujuan meme-cahkan batu-batu berkenaan. Bagaimanapun, keadaan itu dikhuatiri boleh kembali ter–bentuk, melainkan menerusi pengambilan ursodial,” katanya.
Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian, 27 Julai 2019
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
分享:
这篇文章对您有帮助吗?