跳至内容

阅读美容成分标签

2017 年 2 月 15 日

-

1 分钟阅读

Reading the Beauty Ingredient Labels

Article credit : KOSMO!

KULIT merupakan organ terbesar tubuh yang berfungsi untuk melindungi, mengawal keseimbangan cecair, mengatur suhu badan, pembentukan vitamin D dan menyerap cahaya matahari. Bahan kimia dan toksin yang meresap masuk ke dalam salur darah menerusi kulit lebih berbahaya berbanding masuk melalui mulut kerana tidak melalui proses detoks oleh hati serta buah pinggang. Sehubungan itu, ramai wanita memilih produk-produk kecantikan wajah organik dan bebas bahan kimia berbahaya.

Menurut Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Columbia Asia – Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Priya Gill, produk kecantikan yang 100 peratus organik sepatutnya tidak mengandungi bahan terlarang seperti Genetically Modified Organism, paraben, pewangi tiruan dan silikon. Paraben adalah bahan pengawet yang digunakan dalam produk kosmetik dan farmaseutikal. “Bagi memastikan ia benar-benar organik, bahan itu perlu melepasi piawaian yang ketat dan mendapat persijilan daripada badanbadan yang diiktiraf seperti Skin Organik Malaysia, Pertubuhan Pergerakan Pertanian Organik dan Japanese Organic Association.

“Pemantauan dan kawalan terhadap produk organik di pasaran sangat penting bagi memastikan ia tidak dimanipulasi oleh pengusaha yang hanya ingin mengaut keuntungan kerana produk semula jadi dijual pada harga lebih mahal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Tambah Priya, pengguna perlu mengenali jenis kulit masing-masing bagi mengelakkan berlakunya alahan. Namun begitu, penggunaan bahan kecantikan bebas kandungan kimia adalah lebih baik. Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan membaca dan memahami label produk, kandungan, pengilang, syarikat pengeluar serta badan yang mengeluarkan sijil.

Baca Label, Kandungan Produk Kecantikan Sebelum Membeli – KOSMO! Issue 31 Jan 2016 .

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2017 年 2 月 15 日

-

1 分钟阅读

Reading the Beauty Ingredient Labels

Dr. Priya Gill

Dermatology

了解更多 皮肤科在Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院