跳至内容

苏苏配方

2022 年 1 月 28 日

-

3 分钟阅读

Usah Bergantung Susu Formula

Mengandung buat kali pertama? Tahniah saya ucapkan. Sebagai seorang kaunselor laktasi, ingin saya berkongsi tentang kebaikan susu ibu. Ianya dapat menjalinkan ikatan yang mesra antara ibu dan bayi. Sentuhan yang dirasai antara ibu dan bayi ini mendatangkan perasaan kasih sayang, belas dan manja. Namun ramai juga ibu-ibu baru yang belum maklum sepenuhnya tentang kebaikan susu ibu atau mendengar maklumat yang tidak benar, lantas terlalu cepat membuat keputusan untuk memberi bayi mereka susu formula. Nanti dulu. Mari saya senaraikan antara perkara-perkara yang sering dikhuatiri seorang ibu tentang menyusu badan serta fakta yang harus dipertimbangkan.

Susu formula pun lebih kurang sama

Sama sekali tidak. Tahukah anda betapa kuatnya antibodi dalam susu ibu? Ia boleh melindungi bayi dari sebarang jangkitan kuman. Susu ibu juga dapat merangsang penglihatan dan menggalakkan pertubuhan yang sihat. Susu formula mungkin mengenyangkan tetapi khasiatnya berbeza jika dibandingkan dengan khasiat susu ibu. Tambahan lagi, menyusu badan bukan sahaja baik untuk bayi, malahan ibu juga dapat manfaat. Dengan menyusu badan, si ibu dapat mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin, mengurangkan pendarahan dan membantu beliau untuk kembali ke bentuk badan sebelum mengandung.

Banyak belanja nak beli pam susu segala

Sebenarnya susu formulalah yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Susu formula bayi bukan susu tepung biasa. Formulanya amat khusus untuk bayi yang baru lahir jadi sudah tentu harga pun bersesuaian. Itu belum lagi botol susu, berus, sabun, puting dan alat menyahkuman. Bila dijumlahkan setiap bulan, memang belanjanya agak tinggi. Susu ibu pula, selain sedia ada, bersih dan segar, ia dapat meringankan beban kewangan keluarga kerana tiada perbelanjaan diperlukan KECUALI pam untuk ibu menyusu yang bekerja.

Sakit belakang kerana asyik membongkok

Posisi penyusuan yang betul juga memainkan peranan dalam proses pengeluaran susu ibu. Posisi yang betul bukan sahaja membuat bayi selesa, malah ibu juga akan merasa selesa. Keselesaan ibu dan anak amat penting untuk pengalaman menyusu yang positif. Pegang bayi anda rapat dengan anda supaya badan bertemu badan. Pastikan kepala, leher dan badan bayi selari menghadap payudara ibu. Ampu kepala dan bahu bayi dengan lengan anda. Pastikan hidung bayi menghadap ke arah puting ibu supaya bayi dapat menghidu bau payu dara. Ini membuatkan bayi membuka mulut dengan lebih luas dan mula menyusu dengan lebih mudah.

Bagaimana untuk memastikan mulut bayi melekap dengan betul di puting ibu dan bayi minum dengan puas atau tidak? Pastikan mulut bayi terbuka luas, bibir bawah bayi melengkup keluar, dagu bayi menyentuh payudara ibu, serta sebahagian besar areola ibu berada di dalam mulut bayi dan harusnya kelihatan lebih banyak areola di bahagian atas (areola adalah kawasan yang berwarna gelap di sekeliling puting ).

Menyusu badan pun kena mengikut jadual

Bayi yang baru lahir tidak faham istilah ‘jadual’. Asalkan dia lapar, dia akan perlukan ibunya pada bila-bila masa. Ibu yang menyusu badan memang harus mengikut rentak bayi dan bukan sebaliknya. Satu lagi perkara; tiada had masa untuk setiap sesi penyusuan. Ketika menyusu, biarkan bayi menghisap sebelah payudara ibu dalam satu sesi penyusuan sahaja sehingga kenyang dan tertidur. Untuk ketahui jika bayi minum dengan betul dan puas, bayi akan kelihatan menelan dengan perlahan dengan hisapan yang mendalam dan kadangkala berhenti seketika. Ibu juga dapat melihat pipi bayi kembang-kembung ketika menyusu.

Susu mak tak banyak keluar, nak

Ini banyak dipengaruhi oleh makan dan minum si ibu. Pengambilan makanan buat ibu semasa tempoh penyusuan amatlah penting untuk penghasilan susu ibu yang optimum. Ibu perlu mengambil hidangan yang seimbang berpandukan piramid makanan. Ibu perlu memperbanyakkan pengambilan air sekurang-kurangnya lapan hingga 12 gelas sehari. Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat dan lemak supaya dapat menghasilkan susu yang berkhasiat untuk bayi. Tiada suplemen tambahan untuk memperbanyakkan pengeluaran susu ibu. Ibu perlu tahu bahawa teknik penyusuan yang betul boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.

Kalau dah sedawa maksudnya dah kenyang

Tepat sekali! Lagi satu tanda kenyang ialah bayi akan melepaskan sendiri payudara ibunya. Kelihatan mata bayi tenang dan otot muka bayi mengendur. Dapat dilihat juga ton otot bayi akan mengendur, genggaman tangannya dibuka dan tangan serta kakinya dalam keadaan rehat. Bayi tersenyum dan mengeluarkan bunyi kepuasan. Bayi juga akan kelihatan mengantuk dan ingin tidur.

Ibu yang memahami dan mendalami ilmu penyusuan susu ibu terutamanya dengan pakar laktasi ketika hamil, akan dapat menikmati betapa indahnya pengalaman menyusu susu ibu. Bukan sahaja ini amat baik untuk kesihatan ibu dan anak, ia juga merapatkan ikatan ibu dan anak. Dan akhir sekali, jangan lupa – untuk menggalakkan pengeluaran susu, ibu hendaklah sentiasa berfikiran positif!

Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian, 14 Januari 2022.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2022 年 1 月 28 日

-

3 分钟阅读

Usah Bergantung Susu Formula

Siti Shazzeela Shereen Md Isa

了解有关 的更多信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院