跳至内容

有关手足口病的信息 - 手足口病的预防与治疗

2022 年 6 月 10 日

-

3 分钟阅读

Kecoh Tentang HFMD - Kenali Penyakit Ini Dan Cara Mencegahnya

“Masa tu anak saya asyik menangis,” kata Puan Aishah Aljuned, ibu kepada Amal yang berusia tiga tahun ketika anaknya dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD atau Hand, Foot and Mouth Disease).

“Dalam mulut dia terasa pedih disebabkan ulser. Walaupun lapar, susah dia nak kunyah makanan. Terpaksalah saya berikan dia bubur. Aiskrim pun saya bagi sebab kesian saya tengok dia, asyik merengek. Di punggung pula banyak lepuh, macam chicken pox. Kita sebagai ibu tengok dia pun, kita sedih.”

Ibu bapa pastinya terkesan melihat keadaan anak yang payah makan, lesu dan berasa gatal serta pedih khususnya di kawasan tangan, kaki and mulut.

Tambahan pula bila terbaca penyakit HFMD ini boleh mendatangkan kematian, pasti ibu bapa risau dan tidak keruan dibuatnya.

Namun, tahukah anda bahawa kematian disebabkan HFMD jarang sekali berlaku?

Mari kita dengarkan fakta dari Pakar Kanak-Kanak dari Hospital Columbia Asia – Cheras, Dr Kenneth Looi, tentang HFMD supaya tidak panik apabila ahli keluarga dijangkiti.

“Mula-mula tu ‘suspen’ juga”

“Penyakit HFMD ialah suatu penyakit berjangkit yang biasanya terjadi dalam kalangan bayi serta kanak-kanak,” kata Dr Kenneth.

“Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh merebak sehingga menjadi wabak walaupun kadar jangkitan di tahap sederhana. Dalam kes-kes yang amat serious, ia boleh mendatangkan maut tetapi ini sangat jarang berlaku. Sekiranya berlaku, ia adalah HFMD varian Enterovirus 71 atau EV71,” tambahnya.

Menurut Dr Kenneth, penyakit HFMD disebabkan jangkitan sistemik dengan Enterovirus manusia.

Enterovirus manusia terdiri dari satu genus dari kumpulan gene Picornavaridae. Antara ‘ahli keluarga’ gen enterovirus yang menjangkiti manusia termasuklah virus polio dan virus Coxsackie.

Sebuah badan kesihatan awam di Amerika Syarikat, Centre of Disease Control and Prevention, membayangkan ia sebagai suatu penyakit yang walaupun tidak ‘serius’ tetapi kadar jangkitannya sangat cepat.

Jika hilang kawalan dan menjadi wabak, ini yang akan mendatangkan lebih banyak masalah pada peringkat penjagaan kesihatan.

Isolasi satu tanggungjawab

Sekiranya ada kes HFMD di sekolah, besar kemungkinan ia akan merebak. Satu kes pun sudah cukup untuk sekolah mengambil tindakan menutup sekolah sekurang-kurangnya selama seminggu.

Menurut Dr Kenneth, simptom boleh bertahan sehingga tujuh atau 10 hari. Oleh sebab itu, ibu bapa yang bertanggungjawab akan mengasingkan anak mereka di rumah supaya tidak bercampur dengan kanak-kanak lain.

Puan Aishah berkongsi, “Mula-mula tu ‘suspen’ juga tapi di sekolah Amal tu, asalkan satu kes HFMD, sekolah akan ditutup selama seminggu. Kemudian bila semua sudah ok, datang pulak satu lagi kes HFMD. Sekali lagi sekolah tutup.

“Begitulah seterusnya. Tutup buka tutup buka. Sebagai ibu bapa, itu yang sebaiknya, asal kesihatan anak-anak didahulukan.”

“Doktor lihat ada cacar pada tangan anak saya”

Ulser HFMD kebiasaannya tumbuh di lelangit, lidah serta bahagian dalam pipi dan bibir (mukosa bukal).

Kadangkala ulser ini kecil dan tidak banyak. Kadangkala ulsernya besar sehingga menjadi stomatitis (radang di dalam mulut). Lebih banyak ulser, lebih pedih rasa sakitnya.

Kepala pening, badan lesu, rasa lemah dan senak di bahagian perut serta ruam gatal di tangan dan kaki.

“Di klinik, doktor cuma sekali lalu tengok tapak tangan Amal,” kata Puan Aishah. “Dia nampak ada beberapa ‘boils’. Dari situ doktor kata ini macam HFDM ni.”

“Memang salah satu gejala yang paling ketara penyakit HFMD ini adalah ulser di tapak tangan, tapak kaki dan dalam mulut, serta demam,” kata Dr Kenneth. Menurutnya gejala-gejala ini mungkin tidak akan kelihatan pada hari jangkitan tetapi pada hari berikutnya.

Umumnya kanak-kanak dalam lingkungan bawah lima tahun akan menunjukkan kesan HFMD yang lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih tua. Ini kerana sakit ulser di mulut membuat mereka sangat tidak selesa dan susah untuk makan.

Air liur terkumpul di dalam mulut kerana kanak-kanak tersebut berasa sakit apabila menelan. Tabiat ini akan menyebabkan stomatitis atau gingivitis (penyakit gusi). Ramai pesakit HFMD dimasukkan ke hospital dan disambung dengan titisan IV sehinggalah mereka boleh menelan air dengan selesa.

Jangan dekat-dekat

“Walaupun penyakit ini umum terjadi di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun kebawah, sesiapa sahaja boleh dijangkiti sebenarnya,” kata Dr Kenneth.

“Virus ini menjangkiti apabila pesakit berdekatan dengan orang lain. Oleh itu penyakit ini sering tersebar di sekolah-sekolah dan tadika. Jika ada adik-beradik lain di rumah, mereka pun mungkin turut dijangkiti.”

“Penyakit HFMD ialah suatu penyakit yang terhad rawatannya kerana kebiasaannya ia akan sembuh dengan sendirinya. Apa yang kita boleh lakukan ialah memberi bantuan untuk membuat pesakit lebih selesa.

“Jumpa dengan doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan ubat demam. Pastikan anak anda boleh minum dengan betul sekurang-kurangnya air suam atau susu supaya dia tidak mengalami dehidrasi, Minuman sejuk juga boleh mengurangkan rasa pedih ulser.

“Jika ke klinik, kemungkinan doktor akan mengesyorkan gel untuk ulser atau pun ubat semburan atau lozenge bagi mengurangkan rasa pedih ulser.

“Sekiranya ada tanda-tanda HFMD semakin serious, bawa pesakit berjumpa dengan pakar kanak-kanak dengan segera,” ujar Dr Kenneth lagi.

Tanda-tanda HFMD semakin serius

  • Sakit dada
  • Sakit tengkuk
  • Nanah atau bengkak di ulser atau lepuh
  • Dehidrasi
  • Mulut kering
  • Kurang/Tidak buang air kecil
  • Mata cengkung
  • Demam tinggi
  • Sawan
  • Sangat penat dan lesu

Kurangkan risiko jangkitan HFMD

  1. Biasakan cuci tangan selalu dengan air dan sabun atau penyahkuman (sanitiser).

  2. Cuci dan nyahkuman permukaan yang sering disentuh dan dikongsi seperti permainan kanak-kanak dan tombol pintu.

  3. Jangan sentuh mata, hidung dan mulut.

  4. Jangan hampiri mereka yang tidak sihat.

  5. Jangan kongsi gelas atau cawan, sudu garfu, sapu tangan serta barangan peribadi seperti tuala dan berus-berus.

Artikel ini disiarkan oleh Getaran, 4 Jun 2022.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2022 年 6 月 10 日

-

3 分钟阅读

Kecoh Tentang HFMD - Kenali Penyakit Ini Dan Cara Mencegahnya

Dr. Kenneth Looi Chia Chuin

Pediatrics

了解更多关于儿科的信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院