Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda

Langkau ke kandungan

Kenali Jenis Bakteria Penyebab Keracunan Makanan, Ketahui Cara Mengelaknya

07 Oktober 2022

•

Minit 4 dibaca

Kenali Jenis Bakteria Penyebab Keracunan Makanan, Ketahui Cara Mengelaknya

Makan itu satu nikmat yang tidak terkata, tetapi cara penyediaan yang tidak bersih boleh menyebabkan kemudaratan. Tiada yang nikmat bila perut mula sakit, mulut terasa loya, muntah-muntah dan badan terasa lemah lesu. 

Ini bukan sahaja boleh berlaku di gerai atau restoran. Malahan, di dapur rumah juga ia boleh berlaku sekiranya tatatertib kebersihan tidak diberatkan. 

Mungkin ada di antara anda yang tidak sedar bahawa terdapat beberapa jenis bakteria yang menjadi penyebab kepada keracunan makanan. Bakteria-bakteria ini tercetus daripada jenis makanan-makanan tertentu. 

Pakar Pemakanan, Siti Sarah Juzup dari Hospital Columbia Asia, Setapak akan membawa anda mengenali bakteria-bakteria yang menjadi penyebab keracunan makanan. 

Bahkan, Siti Sarah juga turut membantu untuk memberikan tip mengenai bagaimana kita mahu mengelak daripada diserang keracunan makanan dan diet yang diharuskan seandainya kita mengalami keracunan makanan. 

Diet yang diharuskan ini termasuk mengelakkan beberapa jenis makanan atau minuman yang tertentu jika kita ingin pastikan kondisi kita sewaktu mengalami keracunan makanan itu tidak menjadi semakin teruk. 

Kenali bakteria penyebab keracunan makanan

Salmonella
Selalunya salmonella berkaitan dengan produk haiwan seperti telur, ayam, ikan dan susu. Sayur mentah dan air juga boleh mengandungi salmonella. Salmonella boleh terdapat semasa mengendalikan makanan atau semasa kilang pemprosesan.

E.coli
E.coli selalu berkaitan dengan daging yang kurang masak. E.coli juga terdapat dalam pelbagai jenis makanan termasuk produk segar, daging, kekacang dan air. Simptom sekiranya termakan makanan yang tercemar dengan E.coli adalah loya, muntah, cirit-birit bergantung kepada jenis E.coli.

Shigella 
Shigella boleh dipindahkan melalui pengendali makanan yang dijangkiti, dan seterusnya menjangkiti orang lain dan ianya disebabkan oleh amalan kebersihan yang kurang baik. Selain daripada manusia, serangga perosak seperti lalat juga boleh memindahkan bakteria ini. Simptomnya adalah kejang perut dan najis berdarah. 

Botulism
Ini ialah salah satu bakteria yang menjadi penyebab keracunan makanan yang teruk. Botulism terdapat di dalam makanan bertin atau khinzir dan ham. Bakteria ini boleh menghasilkan neurotoksin yang boleh menyebabkan lumpuh. Simptom yang lain termasuk sakit badan, loya, muntah, lemah dan hilang kebolehan untuk menelan.

Listeria
Jangkitan bakteria ini berlaku dengan mengambil makanan yang tercemar dan tidak diproses dengan betul seperti makanan mentah atau diproses seperti sayur-sayuran,buah-buahan, daging, susu atau produk tenusu yg tidak dipasturkan. 

Jangkitan listeria boleh menyebabkan cirit-birit dan demam. Jangkitan ini sangat berbahaya kepada wanita hamil dan boleh menyebabkan gugur, kelahiran pra-matang dan kematian kepada bayi yang baru lahir.

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan

Penyebab keracunan makanan adalah berbeza dan ini adalah sebahagian cadangan untuk mengelakkan keracunan makanan:

  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas menyediakan makanan. Selain itu, anda juga perlu basuh tangan selepas mengendalikan pelbagai jenis makanan.
  • Pastikan makanan masak dengan betul dan tidak lagi mentah atau kemerah-merahan. Makanan mentah pula harus disimpan berasingan. Contohnya, jangan letak sebekas ayam mentah sebelah buahan-buahan. 
  • Gunakan papan pemotong dan pisau yang berlainan untuk mengendalikan sayuran-sayuran dan makanan/daging mentah. Sekiranya memotong salad atas papan yang dipotong daging mentah, dikhuatiri bekas daging akan melekat ke salad yang bakal dimakan tanpa dimasak. 
  • Suhu makanan panas hendaklah dikekalkan pada 60 darjah celcius ke atas dan makanan beku dalam -18 darjah celcius. Sentiasa pastikan peti sejuk anda berfungsi dengan baik supaya makanan di dalamnya selamat dimakan. 
  • Pastikan semua makanan yang terdedah ditutup kemas. Jangan biarkan sebarang makanan pada suhu bilik selama lebih dari dua jam. 

Diet yang harus sewaktu keracunan makanan

Semasa anda mengalami keracunan makanan, anda perlu minum banyak air untuk menggantikan elektrolit dan air yang hilang, contohnya minuman sukan. Selepas episod keracunan makanan, disyorkan pesakit untuk mengambil makanan yang mudah dihadam seperti nasi, pisang, sup kosong, ubi dan ayam panggang tanpa kulit. 

Nasi dan pisang memberi faedah terutamanya kepada kanak-kanak yang mengalami cirit birit. Kandungan nutrien dan kanji amat sesuai bagi individu yang baru pulih dari keracunan makanan. Selepas satu atau dua hari, bolehlah mengambil makanan yang normal.

Makanan yang perlu dielakkan semasa mengalami simptom keracunan makanan adalah:

  • Minuman berkafein seperti teh dan kopi serta minuman berkarbonat.
  • Makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng, dan makanan berproses, contohnya makanan segera.
  • Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi seperti kek, donut atau air manis.
  • Susu dan produk tenusu yang mengandungi laktosa seperti keju dan yogurt.
  • Makanan yang pedas, dan mengandungi cili atau herba yang berasa pedas.

Artikel ini disiarkan oleh Getaran, 24 September 2022.

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

07 Oktober 2022

•

Minit 4 dibaca

Kenali Jenis Bakteria Penyebab Keracunan Makanan, Ketahui Cara Mengelaknya

Siti Sarah Binti Mohd Juzup

Dietary Consultation

Ketahui lebih lanjut tentang Perundingan Pemakanan di Columbia Asia

Ketahui lebih lanjut

Perlukan bantuan lanjut?

Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.

Hubungi Kami

Tanya pakar

Lorem ipsum dolor duduk amet, consectetuer dipiscing elit.

Tanya Sekarang

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

Langgan buletin kami untuk lebih banyak Petua Penjagaan Kesihatan.

Medan ini adalah untuk tujuan pengesahan dan harus dibiarkan tidak berubah.

Ikuti kami untuk Tips Kesihatan terkini