Skip to content

Penggunaan Earbuds & Headphone Semakin Meluas, Ini Amaran Pakar ENT

11 July 2025

3 minute read

Penggunaan Earbuds & Headphone Semakin Meluas, Ini Amaran Pakar ENT

Penggunaan earbuds, earphone dan headphone dalam kalangan generasi terkini, khususnya Gen Z, dilihat semakin meluas dan menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden. Peranti ini memberikan kebebasan kepada individu untuk bergerak sambil mendengar muzik, menonton kandungan digital atau menjawab panggilan tanpa gangguan wayar.

Namun, trend ini turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar perubatan.

Menurut doktor aktivis, Dr Malar Santhi Santherasegapan, beliau sering melihat golongan muda menggunakan alat ini di pusat membeli-belah, termasuk ketika berjalan atau sekadar bersantai. Situasi ini telah mencetuskan persoalan beliau mengenai kesan jangka panjang penggunaan peranti tersebut terhadap kesihatan telinga.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Dr Malar turut mendapatkan pandangan daripada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Dr Mohd Hazmi Mohamed dari Hospital Columbia Asia Cheras, bagi mengulas isu ini dengan lebih mendalam.

Risiko NIHL Lebih Tinggi Dengan Earbuds

Menurut Dr Hazmi, kedudukan earbuds yang lebih dekat dengan gegendang telinga berbanding headphone menjadikannya lebih berisiko menyebabkan Noise-Induced Hearing Loss (NIHL) atau kecederaan pendengaran akibat bunyi bising.

“Tapi ini tidak bermakna penggunaan headphone itu selamat,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan peranti ini secara berterusan dan berlebihan boleh menyebabkan gangguan pendengaran.

“Data menunjukkan, penggunaan melebihi tujuh jam sehari dalam kalangan pekerja khidmat pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia menyebabkan lebih 20% daripada mereka mengalami masalah pendengaran,” katanya.

Tanda-tanda Awal Masalah Pendengaran

Beliau juga menjelaskan tanda-tanda awal pendengaran terjejas akibat penggunaan alat peranti pendengaran yang berlebihan.

“Boleh menyebabkan kelembapan terperangkap disitu. Bila terperangkap,banyak kulat terjadi dan boleh menyebabkan keradangan pada telinga.

“Tanda awal pesakit mungkin akan mengalami masalah telinga berdengung atau tiba-tiba cakap kuat,” katanya.

Dr Hazmi juga menegaskan pentingnya mematuhi had selamat penggunaan audio, iaitu tidak melebihi 85 desibel (dB) secara berterusan selama lapan jam. Sebagai langkah pencegahan, beliau menyarankan “Formula 60-60”:

“Durasi penggunaan pula gunakan formula 60-60. Paling penting total volume paling maksimum 60% sahaja.

“Bila dah sampai 60 minit guna earphone, silalah rehat,” tambahnya.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan agar menggunakan peranti pendengaran audio dengan cara yang betul dan selamat bagi mengelakkan risiko kerosakan telinga serta gangguan pendengaran di masa akan datang.

This article first appeared in TheReporter.my, 1 July 2025.

Was this article helpful?

11 July 2025

3 minute read

Penggunaan Earbuds & Headphone Semakin Meluas, Ini Amaran Pakar ENT

Dr. Mohd Hazmi Bin Mohamed

Ear Nose And Throat

Learn more about Ear Nose And Throat in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital