Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda

Langkau ke kandungan

Bahaya Sinaran UV Pada Kulit

02 November 2023

•

Minit 5 dibaca

Bahaya Sinaran UV Pada Kulit

Krim pelindung matahari biasanya dipanggil sunscreen atau sunblock sudah tentu bukan produk asing buat sebahagian besar kaum wanita.

Malah, Mama Siti percaya meskipun ada kaum Hawa yang tidak gemar memakai alat solek, tetapi penggunaan sunscreen tidak boleh diabaikan.

Ia umpama produk wajib yang perlu dipakai setiap hari terutama sebelum keluar dari rumah.

Ini sekaligus membuktikan peranan sunscreen lebih besar berbanding set make up yang tak semua orang perempuan suka memakainya.

Kalau ditanya apa tujuan menggunakan sunscreen? Mesti rata-rata menjawab sebab tak nak kulit sunburn kan?

Namun, adakah Mama yakin dengan hanya mengaplikasikan sunscreen pada kulit semata-mata, tubuh luaran ini dah mampu elak daripada sebarang side effect yang disebabkan oleh sinaran UV?

Apa pula kesannya jika kulit kita terdedah dengan sinaran itu?

Bagi menjawab kekeliruan ini, Kelab Mama berpeluang menemubual seorang individu hebat iaitu Pakar Dermatologi dari Hospital Columbia Asia – Puchong, Dr. Tee Shwu Hoon.

Beliau akan merungkai segala persoalan berhubung amalan penjagaan diri yang kini turut popular dikalangan kaum Adam Juga.

Jom lihat penerangan lanjut Dr. Tee tentang fungsi sunscreen dalam keupayaan mencegah pelbagai masalah hasil daripada terik matahari.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan UVA dan UVB?

Sinaran matahari yang melalui atmosfera bumi turut mengandungi sinar ultraviolet (UV) iaitu satu cahaya yang boleh dilihat (cahaya kelihatan) dan inframerah.

Sinaran UV ini terbahagi kepada dua jenis iaitu UVA dan UVB. UVA terdiri daripada 95 peratus sinaran UV manakala lima peratus lagi adalah UVB. Sinar UVA memiliki jumlah tenaga lebih rendah dan gelombang yang lebih panjang daripada UVB. UVA mampu menembusi awan, kaca, dan epidermis.

Penembusannya yang terlalu dalam ini juga berupaya untuk sampai ke dalam kulit dan mencapai sel-sel dermis (lapisan kulit yang lebih dalam). UVA boleh mengakibatkan kesan penuaan pada kulit, gangguan pigmentasi dan perkembangan kanser kulit untuk jangka masa panjang.

Manakala UVB yang merupakan lima peratus daripada sinaran UV ke bumi ini memiliki lebih banyak energi daripada sinar UVA tadi.

UVB memiliki gelombang pendek yang hanya dapat mencapai lapisan luar kulit manusia dinamakan epidermis. Namun, meskipun pendek, sinar UVB boleh menyebabkan pembakaran, keradangan dan pigmentasi pada kulit serta meninggikan risiko kanser kulit.

Bahasa mudahnya adalah, UVA mempunyai tenaga lebih rendah dan gelombang serta bahangnya mampu menembusi ke dalam tingkap yang membekalkan cahaya di bumi.

Ia boleh memberikan kesan buruk untuk kulit bagi jangka masa panjang. Manakala UVB pula boleh menyebabkan kulit sunburn, gatal-gatal dan sebagainya lantaran berjemur untuk tempoh seketika di bawah terik matahari.

Ia terjadi kerana tenaganya lebih kuat dan bahangnya lebih dirasai pada dasar kulit.

Jadi, kalau kulit anda nampak gelap disebabkan berjemur, itu berpunca daripada UVB. Manakala, kerosakan sel dalam kulit pula adalah disebabkan UVA.

2. Mengapa sinaran UV dianggap berbahaya pada kulit?

Sinaran UV dapat berkontribusi dalam masalah kulit seperti:
 

  • Luka bakar (sunburn) terutamanya kesan daripada UVB
  • Penggelapan warna kulit
  • Penuaan akibat sinar ultraviolet: struktur pendukung kulit (kolagen dan serat elastin) menjadi berubah sehingga menyebabkan munculnya kerutan
  • Intoleransi terhadap matahari, biasanya disebut alergi terhadap matahari (kemerahan, gatal, erupsi cahaya polimorfik)
  • Gangguan pigmentasi (menyebabkan masalah seperti melasma)
  • Meningkatkan risiko perkembangan kanser kulit

3. Adakah penggunaan sunscreen boleh membantu sepenuhnya melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV?

Tidak. Menurut The American Academy of Dermatology, selain daripada penggunaan sunscreen, langkah-langkah seperti berikut disarankan untuk melindungi kulit daripada sinaran UV:
 

  • Elakkan berjemur di tengah panas (sinaran paling kuat di antara pukul 10 pagi hingga 2 petang). Jika berada di luar, sebaiknya cari tempat berteduh daripada berjemur pada waktu tersebut
  • Pakai baju dan seluar panjang yang menutupi kulit
  • Pakai topi lebar untuk berikan anda perlindungan
  • Gunakan kaca mata hitam ketika panas terik

4. Bagaimana cara memilih sunscreen terbaik yang berpotensi melindungi kulit daripada sinaran UV?

American Academy of Dermatology menyarankan agar pengguna memakai pelindung matahari yang mempunyai perlindungan sun protection factor (SPF) sekurang-kurangnya 30 dan ke atas, mempunyai ciri broad spectrum (melindungi kulit dari paparan UVA dan UVB) dan water-resistant (tak luntur air untuk beberapa tempoh termasuk ketahanan sehingga 40 ke 80 minit).

Selain daripada sinaran UV, kajian terbaru menunjukkan bahawa visible light turut menyebabkan pigmentasi pada kulit terutamanya pada orang yang berkulit gelap.

Oleh itu, pelindung matahari berwarna yang mengandungi titanium dioksida pigmen dan zinc oxide dapat melindungi sinaran UVA dan UVB serta cahaya yang boleh dilihat.

Kandungan ini juga disarankan untuk mereka yang mempunyai penyakit kulit pigmentasi seperti melasma.

Yang penting, anda perlu memilih pelindung matahari yang diluluskan oleh FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah AS). Sebaiknya, cari pembungkusan yang diluluskan oleh FDA tertera.

5. Kaedah penggunaan sunscreen yang betul terutamanya bagi negara yang sentiasa panas terik seperti di Malaysia.

  • Memakai pelindung matahari yang mencukupi pada semua bahagian kulit terdedah kepada sinaran cahaya dengan sukatan "teaspoon rule". Gunakan dalam jumlah satu sudu kecil sunscreen untuk bahagian muka dan leher. Secara umumnya, seorang dewasa memerlukan sejumlah enam hingga sembilan sudu kecil untuk melindungi seluruh bahagian kulit terdedah kepada sinaran cahaya semasa beristirehat di tepi pantai.
  • Disarankan memakai sunscreen 15 minit sebelum keluar rumah.
  • Memohon semula setiap dua jam, selepas berenang atau berpeluh.
  • Gunakan sunscreen mengikut jenis aktiviti anda.

6. Adakah sunscreen turut sesuai dipakai oleh bayi atau kanak-kanak? Jika ya, seawal usia berapakah produk ini boleh diperkenalkan kepada kulit mereka?

Menurut saranan The Academy American of Dermatology dan The American Academy of Paediatrics, sunscreen tidak disarankan untuk bayi yang berusia bawah 6 bulan.

Cara terbaik melindungi bayi di pada usia berkenaan daripada sinaran UV adalah mengambil langkah pencegahan seperti mengelakkan bayi daripada pendedahan kepada sinaran UV, duduk di tempat yang teduh, memakai pakaian lengan panjang dan topi untuk melindungi kulitnya.

Menurut American Academy of Paediatrics, jika langkah pencegahan tidak dapat dilakukan, pelindung matahari boleh digunakan untuk bayi berusia bawah enam bulan pada bahagian kulit yang kecil seperti muka.

Bagaimanapun, sunscreen selamat dipakai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

7. Adakah penggunaan sunscreen turut mengandungi kesan sampingan dikemudian hari?

Sunscreen yang diluluskan oleh FDA adalah selamat untuk digunakan. Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan kesan sampingan serius pada tubuh akibat penggunaan sunscreen yang mendapat kelulusan FDA.

Namun, ada kumpulan individu yang boleh menghadapi masalah kulit seperti dermatitis kontak, phototoxic, photo alergi reaksi dan gegata selepas menggunakan sunscreen.

8. Apakah penggunaan sunscreen boleh menjadi salah satu faktor yang membawa kepada ekzema?

Ya. Sesetengah orang boleh mendapat allergic atau irritant contact eczema akibat oleh iritasi sunscreen pada kulit.

9. Apakah pendapat doktor mengenai skincare untuk kanak-kanak yang turut dijual di pasaran sekarang?

Kini, terdapat pelbagai produk skincare untuk kanak-kanak di pasaran. Kulit kanak-kanak adalah lebih cenderung kepada iritasi dan alergi. Oleh sebab itu, disarankan memilih produk dengan berwaspada.

Produk yang berformula lembut, hypoallergenic, mengandungi minimum bahan kimia dan pewangi adalah disarankan.

10. Adakah bahaya jika pelindung matahari tidak dicuci dengan betul? Sekiranya ya, bagaimana cara mencuci sunscreen yang mudah dan disarankan oleh pakar?

Terdapat sesetengah orang yang mungkin mengalami masalah kulit seperti dermatitis kontak akibat daripada iritasi, kulit berminyak dan jerawat akibat tersumbatnya pori-pori kulit akibat kotoran, debu, serta sisa pelindung matahari jika bahan itu tidak dicuci dengan betul.

Sunscreen boleh dicuci dengan pencuci muka yang mengandungi formula yang lembut sesuai dengan kulit anda. Bagi produk pelindung matahari water resistant pula disarankan mencuci dengan cleansing oil. Cuci dan bilas dengan air yang secukupnya. Yang penting, anda harus memastikan bahawa wajah anda bersih lepas cuci.

Artikel ini disiarkan oleh Kosmo, 27 Oktober 2023.

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

02 November 2023

•

Minit 5 dibaca

Bahaya Sinaran UV Pada Kulit

Dr. Tee Shwu Hoon

Dermatologi

Ketahui lebih lanjut tentang Dermatologi dalam Columbia Asia

Ketahui lebih lanjut

Perlukan bantuan lanjut?

Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.

Hubungi Kami

Tanya pakar

Lorem ipsum dolor duduk amet, consectetuer dipiscing elit.

Tanya Sekarang

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

Langgan buletin kami untuk lebih banyak Petua Penjagaan Kesihatan.

Medan ini adalah untuk tujuan pengesahan dan harus dibiarkan tidak berubah.

Ikuti kami untuk Tips Kesihatan terkini