Langkau ke kandungan

Demi Mahu Melakukan Perubahan Hannah Pilih Jadi Jururawat

18 Februari 2020

•

Minit 4 dibaca

Demi Mahu Melakukan Perubahan Hannah Pilih Jadi Jururawat

Hannah Fong suka berinteraksi dan bertemu dengan orang ramai. Malah ketika kecil, apabila cikgu bertanya apakah cita-citanya, jawapan Hannah sudah pastilah jururawat, kerjaya yang diimpikan.

Sebab itu, setelah tamat pengajian peringkat sekolah menengah, Hannah telah memilih kerjaya sebagai jururawat. Siapa sangka kerjaya pilihannya ini bukan sahaja mendekatkan Hannah dengan masyarakat tetapi ia turut membantunya cemerlang dalam pekerjaannya.

Wanita berusia 45 tahun ini berpengalaman luas dalam bidang kejururawatan. Kerjaya dalam bidang kejururawatan juga telah membawanya berkhidmat ke serata hospital swasta di Kuala Lumpur dan Singapura. Jawatan yang dipegangnya ketika di hospital-hospital tersebut juga tidak kurang hebatnya.

Bermula sebagai seorang jururawat biasa, kerjayanya telah berkembang, antaranya pernah menjadi Pengajar Jururawat, Jururawat Perbidanan dan Pengurus Jururawat. Di hospital tempatnya berkhidmat kini, iaitu Columbia Asia Puchong, Hannah berjawatan Chief of Nursing atau Ketua Kejururawatan.

Tanggungjawabnya amat berat namun Hannah tidak pernah merasakan itu satu beban. Dia seronok dengan tugasyang diamanahkan kepadanya itu.

“Tugas saya kini merangkumi segala-galanya berkaitan perkhidmatan dan penjagaan yang diberikan oleh jururawat kepada pesakit yang mendapat rawatan di hospital ini.

“Walaupun saya tidak lagi dapat melakukan tugasan sebagai jururawat kerana dengan jawatan yang diberikan ini, saya tidak ada lagi masa untuk mengurus dan merawat pesakit. Namun begitu saya masih boleh melawat dan melihat pesakit yang ada di hospital ini.

“Saya berpuas hati dengan jawatan yang saya pegang sekarang kerana saya boleh melakukan perubahan. Kuasa untuk mengubah itu amat besar. Saya boleh melakukan perubahan bagi memastikan pesakit dapat dirawat dengan baik. Paling penting, saya boleh menambah baiksesetengah hal berkaitan penjagaan pesakit oleh jururawat. Ujarnya.

Dengan jawatan yang dipegang itu juga telah membolehkan Hannah untuk mengetuai pasukan di bawah seliaanya.

Kebolehan untuk mengetuai adalah amat bermakna dan memberi kepuasan dalam diri saya terutamanya apabila semua orang dalam arah yang sama dengan saya dalam memastikan penjagaan pesakit dapat dilakukan dengan baik.” Tambahnya lagi.

Berpegang Pada Janji

Untuk menjadi seorang jururawat yang cemerlang, seseorang itu perlu berpegang pada janji. Ini adalah pesan Hannah kepada semua jururawat di mana sahaja mereka berada.

“Kalau janji hendak buat, kena buat. Tak kira apa pun. Kadangkala apabila kita mahu melakukan sesuatu tetapi menjangkaui kebolehan diri, kita perlu cari jalan melakukannya. Cuba dekatkan diri dengan orang yang ada pengalaman untuk belajar mencari jalan penyelesaian.

“Dalam bidang kejururawatan, ia memerlukan kerjasama berpasukan yang mantap. Ini kerana di hospital bukan hanya jururawat sahaja yang ada, malah pelbagai bidang kerja ada di hospital. Oleh itu jururawat perlu berkerjasama dengan semua pihak.” Jelas Hannah.

Pesannya lagi, kalau seseorang itu tidak ada sikap suka kepada orang ramai, janganlah pilih kerjaya sebagai jururawat.

Jururawat perlu ada sikap suka membantu orang lain dan perlu banyak berkorban demi mahu membantu pesakit yang memerlukan. Sekali lagi saya ingatkan, salah satu perkara penting mengenai kerjaya jururawat ini adalah diri perlu bersedia untuk berkhidmat kepada orang ramai.” Tegasnya.

Tambah Hannah lagi, sikap sabar juga perlu ada dalam diri seorang jururawat kerana setiap hari mereka akan berjumpa dengan pelbagai perangai dan kerenah orang sakit. Tanpa kesabaran sudah pasti akan menyukarkan lagi kerja jururawat itu setiap hari.

Sasaran Hannah dalam kerjayanya adalah untuk membina pasukan yang mampu melakukan kerja sebaik mungkin.

Pengalaman dan ilmu dalam bidang kejururawatan sentiasa dijadikan panduan ketika berkhidmat.

“Saya berpuas hati dengan jawatan yang saya pegang ini kerana saya boleh melakukan perubahan. Kuasa untuk mengubah itu amat besar. Saya boleh melakukan perubahan bagi memastikan pesakit dapat dirawat dengan baik…” Hannah sentiasa memastikan setiap jururawat di bawah seliaannya melakukan kerja dengan baik.

“Peranan saya sudah lain kerana saya berada di barisan kepimpinan. Saya tidak boleh kerja 24 jam seminggu. Oleh itu saya perlu membentuk satu pasukan pertengahan yang kuat untuk membantu saya menguruskan perkhidmatan kejururawatan di sini.” Ulasnya.

Walau sibuk dengan kerja dan tanggungjawab di hospital, Hannah tidak pernah lupa untuk menjaga dirinya sendiri.

“Rehat dan tidur adalah cara saya menghilangkan stres. Saya cuba mengamalkan gaya hidup seimbang dalam hidup bagi memastikan diri saya sentiasa sihat dan bertenaga untuk melakukan kerja yang saya suka ini.” Akhiri Hannah.

Artikel ini disiarkan oleh Srikandi, 1 Februari 2020.

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

18 Februari 2020

•

Minit 4 dibaca

Demi Mahu Melakukan Perubahan Hannah Pilih Jadi Jururawat

Datin Dr. Angela Loo Voon Pei

Ophthalmology

Ketahui lebih lanjut tentang Oftalmologi dalam Columbia Asia

Ketahui lebih lanjut

Perlukan bantuan lanjut?

Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.

Hubungi Kami

Tanya pakar

Lorem ipsum dolor duduk amet, consectetuer dipiscing elit.

Tanya Sekarang

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

Langgan buletin kami untuk lebih banyak Petua Penjagaan Kesihatan.

Medan ini adalah untuk tujuan pengesahan dan harus dibiarkan tidak berubah.

Ikuti kami untuk Tips Kesihatan terkini

Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda