25 Mei 2024
•Minit 3 dibaca
Makan ‘Pasta Straw Zus’, Pakar Diet Columbia Asia Hospital Bagi Pendapat
Oleh Yap Pau Lin
Kewujudan platform media sosial ternyata membuatkan ramai orang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih perhatian agar menjadi ‘bintang’ ikutan ramai.
Bagaimanapun, sebagai pengguna sosial media anda seharusnya bijak menapis kandungan video yang ditonton. Anda juga harus lebih bertanggungjawab apabila berkongsi sebarang kandungan.
Bimbang nanti gara-gara video yang dikongsi, orang lain yang mendapat bahana. Baru-baru ini tular sebuah video di Tiktok yang dikongsi oleh seorang pengguna yang memperlihatkan dirinya memasak ‘Pasta Straw Zus’ yang kononnya untuk dinikmati pada hujung bulan.
“Sape ade lebih straw boleh ler sedekah kat aku, hujung bulan boleh ler makan,” tulis @nosuganowori di akaun Tiktoknya.
Video yang meraih lebih dua juta tontonan itu walaupun mungkin hanya dianggap sebagai ‘content’ semata-mata, ia tidak mustahil menjadi ikutan untuk tujuan suka-suka.
Mengulas tentang perkongsian video ini, Pakar Diet Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri Johor, Yap Pau Lin menjelaskan bahawa, walaupun edible straw yang berlegar di dalam pasaran sekarang ini diperbuat daripada beras dan ubi kayu dan 100 peratus boleh dimakan dan mesra alam sekitar, namun begitu ia tidak dihasilkan untuk menjadi sumber makanan.
Ini kerana senarai bahan yang sempurna termasuk bahan tambahan dan maklumat nutrisi yang menunjukkan jumlah tenaga, protein, lemak dan nutrient mikro lain-lain dalam setiap 100 gram edible straw tidak dipaparkan dalam pembungkusan produk.
“Bahan tambahan jika ada seperti pewarna, pengstabil makanan, pengawet dan sebagainya juga perlu dibuktikan tidak melebihi had yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, keselamatan untuk menikmati straw jenis ini dalam kuantiti satu hidangan makanan adalah tidak diketahui.
“Tambahan lagi, untuk golongan Muslim, sijil Halal dan logo Halal untuk edible straw ia sendiri perlu ditunjukkan dan dipastikan pengiktirafan oleh JAKIM supaya dijamin selamat untuk dimakan,” jelas Pau Lin.
Tegas Pau Lin lagi, bahan-bahan utama untuk pembuatan straw iaitu tepung beras and kanji ubi kayu secara umumnya tidak mendatangkan risiko kesihatan, namun bahan-bahan tersebut ialah sumber makanan untuk karbohidrat yang akan meningkatkan tahap gula darah jika dimakan dalam kuantiti berlebihan.
Selain itu, risiko kesihatan adalah tidak diketahui jika jenama dan kandungan yang lengkap untuk edible straw tidak dipaparkan.
“Kanak-kanak atau wanita hamil digalakkan untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diiktiraf sebagai sumber makanan. Nasihat saya ialah, jangan menjadikan edible straw sebagai makanan. Carilah sumber makanan yang mempunyai maklumat pemakanan yang lengkap untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini,” nasihat Pau Lin.
Berkongsi:
Adakah artikel ini membantu?
25 Mei 2024
•Minit 3 dibaca
Makan ‘Pasta Straw Zus’, Pakar Diet Columbia Asia Hospital Bagi Pendapat
Oleh Yap Pau Lin
Artikel dan Video
Ketahui lebih lanjut tentang Perundingan Pemakanan di Columbia Asia
Ketahui lebih lanjutPerlukan bantuan lanjut?
Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.
Hubungi KamiBerkongsi:
Adakah artikel ini membantu?
Pakej Kesihatan
Meningkatkan kesihatan anda dengan pakej kesihatan yang disesuaikan di Columbia Asia Hospital. Jaga perjalanan kesihatan anda hari ini.