最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院

跳至内容

Cepat Cergas, Cepat Letih

2024 年 3 月 20 日

-

2 分钟阅读

Cepat Cergas, Cepat Letih

Sering kali bercakap soal menjaga pemakanan, pengambilan gula yang seimbang menjadi topik perbualan.

Ini kerana pengambilan gula yang berlebihan memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan.

Pakar Diet Columbia Asia Hospital – Cheras, Nur Syahirah Binti Azizi berkata, pengeluar makanan sering menyembunyikan jumlah kandungan gula dalam produk mereka dengan menukar perkataan gula dan menggantikannya dengan beberapa nama lain.

Jelasnya, sangat penting bagi masyarakat merujuk kepada bahan dan maklumat pemakanan produk sebelum membuat sesuatu pembelian. Mengenal pasti nama lain bagi gula dapat membantu untuk memilih produk dengan lebih cermat.

“Antara nama lain bagi gula termasuklah bahan-bahan yang mempunyai perkataan gula atau sirap seperti gula tebu, gula perang, sirap jagung dan sirap maple.”

“Perkataan berakhir dengan ‘osa’ juga membawa maksud ia mengandungi gula. Contohnya, fruktosa, glukosa, dekstrosa, laktosa, maltosa, sukrosa dan galaktosa. Selain itu, produk mengandungi kandungan gula yang tinggi termasuk jus buah-buahan pekat dan produk seperti caramel, madu, malt barli, maltodekstrin dan molasses,” katanya.

Tambahnya, gula tersembunyi sering kali dapat ditemukan dalam makanan atau bahan makanan yang mungkin tidak dapat anda jangka. Sebagai contoh, ada banyak produk seperti sos salad, kicap, berbagai jenis sos, bijirin, yogurt, oat, buah-buahan dalam tin, buah-buahan kering seperti aprikot dan kurma, minuman tenaga, serta susu yang mengandungi gula tersembunyi.

“Meskipun beberapa produk mungkin menunjukkan ia tidak mengandungi gula, anda perlu memeriksa bahan dan maklumat pemakanan tertera pada produk untuk memastikan tiada gula tersembunyi di dalamnya.”

“Berhati-hati ketika membeli produk terutama produk yang tidak menunjukkan maklumat pemakanan jelas,” katanya.

Tambahnya, tiada istilah gula baik atau gula jahat. Ketika bercakap mengenai gula, baik dari segi nama mahupun kategori, kandungan dan hasilnya tetap sama. Perbezaannya cuma terletak pada sumbernya.

“Gula tidak dikategorikan sebagai sumber makanan yang tidak baik selagi mana kuantiti diambil masih terkawal. Sebagai contoh, pengambilan air manis sekali seminggu dikira terkawal dan dibenarkan.”

“Bagi penggemar minuman manis yang ingin mencari alternatif bagi gula, ada alternatif seperti sweetener dan stevia. Bagaimanapun, tahap pengambilan tetap perlu dikawal,” katanya.

Jelasnya, beberapa contoh bahan pemanis lain yang boleh menggantikan rasa manis gula seperti stevia, aspartam, sukralosa, eritritol dan ekstrak buah monk yang rendah kalori bahkan ada juga yang tanpa kalori.

Katanya lagi, bahan pemanis ini sesuai untuk membenarkan pesakit kencing manis menikmati rasa manis tanpa perlu risau kandungan gula dalam darah.

“Dalam masyarakat kita hari ini, pengambilan gula sering menjadi titik tumpuan perbincangan kerana kesannya terhadap kesihatan. Terlalu banyak gula dalam makanan dan minuman kita boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius.”

“Antara masalah kesihatan serius akibat pengambilan gula berlebihan adalah masalah obesiti. Hal ini kerana makanan atau minuman mempunyai gula kebiasaannya mengandungi kalori tinggi.”

“Kemudian, ia menyebabkan kenaikan berat badan yang membawa kepada masalah obesiti. Gula juga memberi kesan buruk kepada kesihatan gigi. Kerosakan gigi kerana gula bukan masalah yang hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Golongan dewasa juga rentan kepada masalah ini terutama jika mereka kurang memberi perhatian terhadap penjagaan gigi,” katanya.

Tambahnya, selain itu, risiko kepada kesihatan paling serius akibat pengambilan gula berlebihan adalah risiko kencing manis.

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah lantas membawa kepada risiko kencing manis yang lebih tinggi.

“Berdasarkan satu kajian disiarkan di dalam Jurnal Psikologi Personaliti dan Sosial, pengambilan gula dikaitkan dengan peningkatan tenaga pada jam pertama namun disusuli penurunan tenaga secara mendadak pada jam seterusnya.”

“Kandungan gula dalam darah meningkat secara cepat dan mencetuskan pengeluaran insulin yang tinggi. Kemudian, ia menurunkan kadar gula dalam darah dengan cepat, menjadikan seseorang itu kurang tenaga dan cepat letih.”

“Oleh itu, lebih baik dapatkan tenaga daripada sumber karbohidrat kompleks seperti nasi, mi dan kentang bersama sumber protein dan serat yang membantu mengekalkan paras gula secara stabil. Dengan cara ini, ia dapat mengelak penurunan gula dalam badan secara mendadak,” katanya.

Katanya, penggunaan gula tambahan boleh mengakibatkan pengeluaran insulin berlebihan. Ini menyebabkan seseorang cepat hilang tenaga dan tercetus rasa lapar yang kuat.

“Di sisi lain, gula semula dalam buah-buahan dan susu juga memberi kesan sama. Tetapi, kadar peningkatan gula lebih perlahan berbanding gula tambahan.”

“Tambahan pula, gula semula jadi dalam buah-buahan ada serat yang melambatkan lagi proses kenaikan gula. Serat ini juga memberikan kelebihan kepada proses penghadaman dan membantu mengehadkan pengambilan gula,” katanya.

Enam cara mengawal pengambilan gula berlebihan bagi orang dewasa:

  1. Kurangkan stok makanan dan minuman mengandungi gula yang tinggi sama ada di rumah mahupun di pejabat.
  2. Pilih makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan berbanding pencuci mulut.
  3. Kurangkan gula dalam diet harian secara beransur-ansur.
  4. Kurangkan gula tambahan dalam masakan sendiri.
  5. Buat catatan pengambilan gula harian.
  6. Cari sokongan rakan atau keluarga untuk membantu anda mempertahankan komitmen kepada perubahan gaya hidup lebih sihat

Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro, 28 Januari 2024.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2024 年 3 月 20 日

-

2 分钟阅读

Cepat Cergas, Cepat Letih

Nur Syahirah Binti Azizi

Dietary Consultation

了解有关饮食咨询的更多信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士