跳至内容

Covid-19:Kuman Tak Akan Merebak Selagi Tangan Kita Tak Sentuh Muka

2021 年 6 月 02 日

-

2 分钟阅读

Covid-19: Kuman Tak Akan Merebak Selagi Tangan Kita Tak Sentuh Muka

SEJAK kebelakangan ini, kita dapat melihat wabak pandemik Covid-19 kian kembali mengganas dan sangat menakutkan lebih-lebih lagi dengan kemunculan varian-varian baharu.

Setiap hari kes positif yang dicatatkan sangat membimbangkan. Sudah beberapa hari menjangkau angka empat digit.

Buktinya, semalam sahaja, Malaysia telah mencatat 6,976 kes. Hari ini tak tahu lagi berapa jumlah kesnya.

Jika diamati, data-data tersebut sangat menggusarkan semua orang dan tidak mustahil akan meningkat saban hari.

Pun demikian, apa yang pasti pematuhan kepada prosedur operasi standard yang disarankan seperti memakai pelitup muka dan menjaga jarak mampu memutuskan rantaiannya.

Namun, ada aspek penting yang perlu diberi perhatian terutamanya ketika berada di kawasan sesak dan memerlukan anda memakai pelitup muka.

Baru-baru ini, doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan melalui Facebooknya memberi saranan kepada orang ramai agar tidak menyentuh kawasan muka kerana ia boleh menjadi laluan kepada penularan virus Covid-19.

Bagi mengelakkan hal itu, beliau turut menggesa orang ramai agar sama sekali tidak memandang mudah aspek kebersihan tangan terutamanya selepas mendapatkan barangan keperluan asas di pasar raya atau kedai-kedai lain.

“Ingat, jangan sesekali menyentuh muka atau betulkan pelitup muka selepas menyentuh barang-barang yang dibeli di pasar raya tersebut.

“Ia kerana kuman yang terdapat pada tangan itu sangat mudah merebak di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Pada masa sama, Dr Malar turut memberitahu kuman wabak pandemik itu yang berada pada tangan tidak akan memberi penyakit selagi ia tidak mendekati mana-mana laluan termasuk pada permukaan muka.

“Ada sesetengah orang, mereka sangat takut untuk duduk di atas kerusi atau bimbang menyentuh meja.

“Sebenarnya, jika terkena dekat belakang badan mahupun bahu sekalipun, ia (kuman) masih kekal di situ. Lama-kelamaan ia akan mati,” beritahunya lagi.

Oleh itu, pesan Dr Malar, selagi tidak mencuci tangan dengan bersih atau menggunakan cecair pembasmi kuman, jangan sesekali menyentuh permukaan muka masing-masing. Bahaya!

“Sebab itu saya juga memang tidak akan sentuh muka saya selagi tidak cuci tangan.”

“Jadi, sangat penting informasi ini untuk disebarkan kepada orang ramai,” tambah beliau lagi.

Namun, jika kebarangkalian untuk menyentuh permukaan muka itu masih tinggi, nasihat Dr Malar, pakailah pelindung muka (face shield).

“Ingat, pastikan tangan dibasuh dengan bersih terlebih dahulu sebelum menyentuh permukaan muka tau!,” katanya menerusi satu sesi live tersebut.

Artikel ini disiarkan oleh SinarPlus, 24 Mei 2021.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2021 年 6 月 02 日

-

2 分钟阅读

Covid-19: Kuman Tak Akan Merebak Selagi Tangan Kita Tak Sentuh Muka

了解有关 的更多信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院