跳至内容

Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut!我的朋友们

2019 年 1 月 19 日

-

2 分钟阅读

Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut! Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko


Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) ialah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika kelahiran. Ikuti penerangan Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau.

Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia adalah keadaan di mana kepala bayi yang telah lahir tetapi bahunya tersangkut pada tulang pubis ibu. Sekiranya berlaku, doktor perlu melakukan langkah kecemasan tambahan (additional manouvres) untuk membantu melepaskan bahu bayi yang tersangkut pada tulang pubis tersebut.

Kebanyakan masa bahu bayi boleh dilepaskan tanpa sebarang masalah tetapi dalam beberapa kes bahu tersangkut ini kadangkala boleh menyebabkan masalah kepada bayi seperti patah tulang bahu, kecederaan pada saraf dan kekurangan oksigen (birth asphyxia)

Masalah ini boleh berlaku dalam 1 dalam 150 kelahiran (0.7%) dan lebih kerap berlaku pada ibu-ibu yang menghidap penyakit kencing manis semasa mengandung. Hakikatnya ia sangat sukar diramal.

Golongan berisiko tinggi

Oleh sebab ia sukar diramal ketika hamil, ibu-ibu yang perlu memahami siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami bahu bayi tersendat ketika kelahiran. Dengan ini perlu mengambil langkah awal serta persediaan mental dan fizikal.

  • Sejarah bahu bayi tersendat ketika kelahiran sebelumnya
  • Ibu yang menghidap kencing manis
  • Bayi yang besar dan ibu menghidap kencing manis
  • Indeks jisim tubuh ibu lebih dari 30
  • Kelahiran secara paksa (induksi)
  • Proses bersalin yang sangat lama
  • Kelahiran menggunakan ventouse atau forseps

Kes kecemasan

Bagi kes kecemasan di mana ia terjadi tanpa jangkaan atau dikenali sebagai obstetric emergency, pakar sakit puan dan bidan yang bertugas akan memberikan rawatan segera. Sekiranya berlaku bahu bayi tersendat semasa proses kelahiran, red alert akan dimulakan untuk mendapat bantuan dari pasukan perubatan. Ibu akan diminta berhenti meneran untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk pada bayi.

  1. Doktor pakar perbidanan dan bidan akan meminta ibu membengkokkan paha dan lutut ke arah perut ibu bagi menambah ruang vagina supaya bahu bayi boleh dilepaskan dari tulang pubis ibu. Ini dipanggil Mc Roberts manouvre.
  2. Sekiranya manouvre pertama gagal, langkah seterusnya ialah doktor pakar akan menekan pada bahagian abdomen ibu iaitu pada atas tulang pubis bertujuan untuk menolak dan melepaskan bahu bayi yang tersangkut.
  3. Andai manouvre kedua gagal, doktor akan masukkan tangan dala vagina dan cuba menolak bahu bayi dan cuba melepaskan bahu bayi yang tersangkut. Guntingan episiotomi akan dilakukan sekiranya belum dibuat untuk memudahkan manouvre tersebut di atas.
  4. Akhir sekali sekiranya semua gagal ibu mungkin akan disuruh menelangkupkan badan (on all four hands and legs) kerana ini juga boleh membantu melepaskan bahu bayi.

Ibu menghidap kencing manis

Masalah bahu bayi tersangkut ini sukar dielakkan kerana sukar diramal. Cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya ialah dengan adalah ambil langkah berjaga-jaga jika ibu mempunyai risiko terutamanya ibu yang menghidap kencing manis. Bersalin secara induksi boleh mengelakkan masalah ini. Elakkan sama sekali kehamilan yang terlebih tempoh bagi ibu yang mempunyai kencing manis. Doktor selalunya akan mencadangkan bersalin melalui pembedahan Caesarean jika berat bayi melebihi berat normal iaitu 4kg. Walau bagaimanapun risiko bahu tersangkut masih boleh berlaku pada bayi yang mempunyai berat kurang dari 4kg lebih-lebih lagi jika ibu menghidap diabetes

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 19 Januari 2019

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2019 年 1 月 19 日

-

2 分钟阅读

Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut! Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

Dr. Sharina Binti Mohd Razali

Obstetrics And Gynecology

了解更多关于妇产科的信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院