The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Bahana Tekanan Perasaan

01 December 2020

•

4 minute read

Bahana Tekanan Perasaan

KEMARAHAN membuak secara tidak berkala (intermittent explosive disorder) atau tekanan perasaan boleh berlaku jika tidak memberikan perhatian awal dalam mengawal pengurusan marah dan kurang keyakinan diri dengan sempurna.

Lebih membimbangkan ialah ia boleh mendorong individu bertindak agresif hingga membunuh, meskipun berpunca daripada perkara kecil seperti ejek-mengejek.

Jika ia berlaku (membunuh), kemungkinan besar si pelaku menghidap masalah mental seperti penyakit bipolar membabitkan perubahan mood atau perasaan secara melampau dan bertindak agresif.

Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia Dr S Malar Santhi berkata, ada kemungkinan individu atau remaja yang mempunyai kecenderungan tingkah laku bertindak agresif ini, boleh dikenal pasti oleh orang terdekat seperti keluarga atau guru.

Menurutnya, satu daripada gejala yang boleh dikenal pasti dengan mudah ialah masalah kemarahan yang tidak normal.

“Sama ada individu ini mengalami kemarahan melampau dalam satu tempoh hingga tidak sedar tindakan yang dilakukannya.

“Biasanya individu ini mengatakan dia tidak dapat mengawal kemarahan dan tindakannya, seterusnya menyesali perbuatan yang dilakukan.

EJEK-MENGEJEK boleh mendorong individu bertindak agresif.

“Atau pun individu terbabit mengalami kemarahan melampau kerana kerap dibandingkan dengan rakan sebaya. Golongan ini (ada masalah kemarahan) mempunyai kecenderungan bertindak agresif sehingga membunuh,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, remaja yang mempunyai masalah keyakinan diri sentiasa menjauhkan diri daripada rakan sebaya, tidak ceria, tidak aktif dan sebagainya juga berkemungkinan mempunyai masalah kemurungan atau tekanan perasaan.

“Mereka juga boleh dikategorikan sebagai golongan yang mungkin boleh bertindak lebih agresif jika diejek atau diprovokosi

“Kajian Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendapati remaja yang mempunyai masalah keluarga seperti ibu bapa sering bertengkar, bercerai atau masalah kewangan, mempunyai kecenderungan tinggi bertindak ganas dan agresif.

“Mereka perlu diberi tumpuan serta perhatian daripada awal sebelum masalah mental bermula,” katanya.

Dr S Malar berkata, selain itu, penagih dadah atau individu ketagihan alkohol juga cenderung bertindak sedemikian.

TINDAKAN agresif seperti membunuh dirasakan penyelesaian masalah.

Mereka perlu dirujuk ke pusat rehabilitasi dan rawatan ketagihan seawal mungkin bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, media elektronik atau media sosial yang memaparkan keganasan boleh memberi pengaruh besar terhadap sikap dan tingkah laku individu atau remaja.

“Walaupun mereka tidak bertindak segera selepas menonton aksi itu, tetapi mereka menyimpannya dalam ingatan.

“Apabila ada situasi yang mencetuskan kemarahan, mereka menggunakan keganasan sebagai penyelesaian masalah.

“Tambahan pula, remaja lebih cenderung meniru dan melakukan perkara yang dilihat berbanding mendengar nasihat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kurang kesedaran nilai moral dan harmoni juga antara sebab utama remaja bertindak sedemikian.

IBU bapa perlu mewujudkan hubungan akrab bersama anak-anak.

“Sekitar 1980-an hingga awal 2000, nilai moral serta harmoni sangat diterapkan dalam diri remaja melalui aktiviti badan beruniform seperti Pandu Puteri, Pengakap dan sebagainya.

“Namun sejak kebelakangan ini, penerapan nilai murni sukar dilaksanakan, impak daripada pengaruh media sosial tanpa sempadan,” katanya.

Menurut Dr S Malar, peranan institusi kekeluargaan sangat penting untuk menghalang remaja bertindak ganas atau agresif sehingga boleh membunuh.

“Saya pasti remaja yang berfikiran waras tidak akan terfikir untuk membunuh, terutama rakan sendiri.

“Ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam membina keyakinan diri anak-anak sejak kecil.

“Elakkan anak-anak daripada diejek dan dicemuh rakan-rakan,” katanya.

IBU perlu menjadi pendengar setia masalah anak.

Jelasnya, ibu bapa perlu diberikan pendedahan mengenai perlindungan undang-undang seperti Sekysen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang mana memalukan orang lain dengan mengejek atau memberi komen terhadap bentuk dan saiz badan individu adalah kesalahan jenayah.

“Individu terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Ibu bapa perlu cakna dengan undang-undang ini dan ia perlu diterapkan kepada anak-anak. Jangan terima serta tahan ejekan kerana ia boleh mengganggu kesihatan minda jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu menjadi rakan baik kepada anak sendiri.

Sentiasa dampingi mereka kerana mudah untuk mengesan sebarang perubahan sikap dan tingkah laku anak remaja.

“Ibu bapa jadi pendengar yang baik, tanya perasaan dan emosi anak-anak. Bincang masalah mereka secara matang serta didik cara untuk menangani masalah dihadapi.

“Perkara paling penting ialah ibu bapa perlu elak bertengkar di depan anak-anak. Sikap ibu bapa yang bercakap kasar atau nada tinggi di hadapan anak, boleh memberi impak negatif terhadap minda mereka,” katanya.

Di samping itu, katanya, institusi keluarga perlu memastikan tiada tindakan agresif fizikal berlaku dalam keluarga.

Ibu bapa atau ahli keluarga yang bertindak ganas seperti memukul di hadapan anak-anak juga boleh memberi kesan tidak baik kepada mereka.

Mengenai rawatan yang diberikan kepada remaja bertindak agresif, ia bergantung kepada tahap masalah yang dikesan dan kesihatan individu secara menyeluruh.

“Mereka wajar dirujuk kepada pakar kesihatan keluarga atau pakar psikologi untuk mengenal pasti masalah, ujian pengesahan seperti ujian darah, air kencing, imbasan dan diagnosis.

“Jika dikesan ada masalah mental, maka doktor yang merawat akan berbincang mengenai jenis dan bentuk rawatan seperti terapi, kaunseling, senaman dan ubat jika perlu,” katanya.

Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro, 22 November 2020

Was this article helpful?

01 December 2020

•

4 minute read

Bahana Tekanan Perasaan

Dr. Malar Santhi A/p Santherasegapan

Cardiology

Learn more about Cardiology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips