The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Masalah Ekzema Si Manja

16 March 2020

•

4 minute read

Masalah Ekzema Si Manja

Masalah ekzema bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat kita. Sering kali kita melihat perkongsian ibu bapa tentang anak mereka yang mengalami ekzema. Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit la tidak berjangkit dan boleh dikawal dengan rawatan dan pengambilan ubat tertentu.

Setengah penghidap ekzema mungkin mengalaminya kerana keturunan. Sesetengah gen dalam tubuh akan menyebabkan kulit menjadi sensitif. Sistem imun yang terlalu aktif dan ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan kulit terjejas dan jangkitan kuman juga antara pencetus ekzema. Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang ekzema, Pa&Ma mendapatkan penerangan daripada Dr Azura Mohd Affandi, Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Columbia Asia, Petaling Jaya.

Jenis-jenis Ekzema

Terdapat beberapa jenis ekzema yang boleh dihidapi oleh pesakit. Atopic Dermatitis, Seborrhoeic Dermatitis dan Contact Dermatitis adalah antara jenis-jenis ekzema yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak.

Ekzema yang menyerang orang dewasa dan bayi adalah tidak sama walaupun kelihatan serupa. Bahagian yang diserang ekzema juga boleh terjadi di tempat-tempat yang berbeza.

Atopic Dermatitis

Ekzema yang sering terjadi dalam kalangan bayi atau kanak-kanak adalah jenis Atopic Dermatitis (AD). Biasanya ia berlaku pada enam bulan pertama usia bayi. Bayi atau kanak-kanak yang mengalami ekzema kebiasaannya mempunyai sejarah keluarga menghidap asma dan resdung. Risiko mereka untuk mendapat penyakit tersebut juga adalah lebih tinggi.

Simptom untuk ekzema jenis ini adalah kulit mengalami kekeringan, bersisik kemerahan dan penghidapnya akan merasa gatal-gatal pada bahagian tertentu seperti di pipi, pergelangan tangan dan kaki.

 

Ekzema yang menyerang orang dewasa dan bayi adalah tidak sama walaupun kelihatan serupa. Bahagian yang diserang ekzema juga boleh terjadi di tempat-tempat yang berbeza.

Seborrheic Dermatitis

Ia sering ada pada kulit kepala dan kelihatan berkuping seperti kelemumur. Kulit kepala juga berminyak dan kemerahan.

Ekzema jenis ini turut dipanggil sebagai Cradle Cap dan tidak semestinya berlaku pada kulit kepala. la juga boleh menyerang bahagian lain pada tubuh seperti muka, atas dada dan belakang.

Ekzema sebenarnya boleh menjejaskan kehidupan penghidapnya kerana ia menyebabkan kegatalan pada kulit dan menimbulkan rasa kurang selesa. Selain itu, masalah ekzema juga mengganggu pola tidur, pergaulan serta menggugat emosi si manja (apabila mereka semakin membesar).

Ia tidak boleh hilang begitu sahaja kerana berkait dengan gen dalam badan. Pun begitu, kita boleh mengawalnya agar tidak menjadi lebih teruk.

Apa yang boleh dibuat?

  1. Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk.
  2. Elakkan permaidani.
  3. Elakkan memelihara binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah buat sementara waktu sehingga ekzema anak hilang.
  4. Kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  5. Tuaman menggunakan pek ais mengurangkan kegatalan.
  6. Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian Jika ekzema sedang aktif di bahagian mukanya, boleh pakaikan bayi dengan sarung tangan untuk mengelakkan mereka dari menggaru muka yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  7. Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan. Jangan digaru!
  8. Amalkan penyusuan susu ibu Tapi ibu perlu elakkan dari memakan makanan yang pencetus alergi.
  9. Bila anak mula makanan pejal, elakkan kekacang, telur dan makanan laut yang boleh menimbulkan alergi dan kegatalan. Pendedahan kepada bahan ini mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus.
  10. Segera mencuci mulut anak setiap kali selepas makan kerana ia juga boleh menjadi punca ekzema menjadi teruk.
  11. Jangan berlengah menukar lampin untuk mengelakkan kerengsaan akibat ekzema semakin teruk.
  12. Selepas mandi, elakkan mengelap dengan cara menggosok, sebaliknya hanya menekan lembut sahaja kulit anak dengan tuala untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulitnya hilang.
  13. Sapukan bayi dengan krim pelembap setiap kali selepas mandi terutama sekali pada bahagian yang terbabit ekzema. Pelembap kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
  14. Pakaikan bayi dengan pakaian yang tidak menyebabkannya panas dan berpeluh. Pakaian yang berpotongan longgar, nipis dan menyerap peluh seperti kain kapas amat disarankan.
Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa & Ma, 1 Mac 2020

Was this article helpful?

16 March 2020

•

4 minute read

Masalah Ekzema Si Manja

Dr. Azura Binti Mohd Affandi

Dermatology

Learn more about Dermatology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips