28 December 2024
•2 minute read
Penyakit Berjangkit di Musim Banjir
Boleh Dr. terangkan apakah jenis-jenis penyakit berjangkit yang biasa berlaku semasa banjir dan bagaimana cara penyakit ini menular?
Leptospirosis lebih dikenali sebagai penyakit kencing tikus. Penyakit ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, jaundis dan pendarahan paru paru.
Melioidosis – Melioidosis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh baketria Burkholderia pseudomallei. Kuman ini boleh menyebabkan bakteremia (bakteria dalam darah), jangkitan paru-paru, hati dan limpa. Kuman ini kerap menjangkiti pesakit yang mengalami sistem imun rendah seperti mereka yang mempunyai kencing manis yang tidak terkawal
Hepatitis A – Hepatitis A merupakan satu virus yang merebak melalui kontaminasi makanan atau minuman oleh virus ini. Jangkitan yang teruk boleh menyebabkan kegagalan hati.
AGE (Jangkitan usus) – AGE merupakan masalah yang kerap sewaktu masalah banjir. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai kuman, antaranya E.coli, Shigella, Salmonella, Norovirus
Cellulitis – Jangkitan kulit yang menyebabkan keradangan. Risiko meningkat jika seseorang itu meradah air atau berjalan kaki ayam di tempat terjejas oleh banjir. Kuman yang boleh menyebabkan celulitis adalah Staphylococcus aureus, Streptococcus pyoges, Pseudomonas sp, Aeromonas sp. Dan kulat.
Pneumonia – Jangkitan paru-paru boleh berlaku pada masa banjir. Risiko meningkat jika seseorang itu terpaksa berada di ‘shelter’ yang padat dengan orang lain. Kuman yang kerap menyebabkan masalah pneumonia adalah
Scrub typhus – Ini adalah jangkitan yang disebabkan oleh kuman genus Rickettsia. Kuman ini memasuki badan manusia melalui gigitan pijat. Pijat akan membiak dan merebak dengan kadar yang lebih tinggi pada waktu hujan dan banjir. Scrub typhus akan meyebabkan demam dan juga kegagalan hati dan buah pinggang
Denggi – Denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh virus denggi. Virus ini dibawa oleh nyamuk aedes. Sewaktu musim hujan lebat dan banjir, pembiakan nyamuk ini akan meningkat, ini akan meningkatkan kes denggi. Kes denggi yang teruk akan menyebabkan ‘plasma leakage’. Ini boleh menyebabkan kematian, terutamanya jika rawatan lewat.

Mengapa banjir meningkatkan penularan penyakit berjangkit?
Banjir boleh menyebabkan penyakit diatsa melalui beberapa cara. Pertamanya, air minuman dan makanan mungkin tercemar denagn kuman kuman ini. Jangkitan akan bermula jika makanan atua minuman ini dimakan.
Keduanya, Sewaktu meradah air bah, kuman kuman seperti leptospirosis dan melioidosis boleh memasuki kulit melalui kecederaan mikroskopik .
Ketiga, untuk orang terpaksa dipindahkan ke tempat pelindungan banjir yang padat, risiko untuk mendapat penyakit pneumonia meningkat. Kuman seperti influenza boleh merebak melalui ‘respiratory droplet’ semasa seseorang bersin atau batuk.
Sewaktu banjir, perubahan pada persekitaran boleh meningkatkan riskio penyakit. Anatranya semasa banjir vektor penyakit seperti nyamuk yang membawa penyakit denggi atau pun tikus yang menyebabkan leptospirosis dan thypus akan meningkat.
Pada waktu banjir, ramai pesakit yang mempunyai penyakit chronic mungkin tidak dapat menggunakan ubat mereka. Ini mungkin disebabkan oleh, ubat hilang sewaktu banjir, ataupun tidak dapat mengisi semula ubat yang kehabisan. Risiko penyakit akan meningkat khususnya pada mereka yang mempunyai kencing manis dengan gula yang tinggi.

Bagaimana penyakit berjangkit ini dirawat?
Rawatan penyakit adalah bergantung kepada jenis infeksi yang dialami pesakit. Contohnya penyakit leptospirosis dirawat menggunakan antibiotik dan juga sokongan pernafasan dan buah pinggang. Penyakit seperti denggi mungkin memerlukan rawatan air intervena dan pemerhatian pesakit dalam. Jangkitan oleh kuman melioidosis biasanya memerlukan rawatan antibiotik intravena sehingga 4 minggu, diikuti oleh antibiotik makan untuk 3 hingga 6 bulan seterusnya.

Bagaimana cara untuk melindungi diri daripada penyakit berjangkit sewaktu banjir?
Cara untuk melindungi diri seaktu banjir.
Jangan meredah atau main didalam air banjir, jika perlu meredah iar banjir ketempat yang selamat, pastikan anda memakai kasut untuk melindungi diri.
Jangan minum air banjir. Cuba dapatkan air yang bersih. Jika anda mempunyai pemanas air pastikan air itu dididihkan sebelum diminum. makan yang tercemar oleh air banjir juga kurang selamat untuk dimakan.
Untuk pesakit yang menghidapi penyakit kronik, pastikan anda memberitahu pegawai tempat lindungan. Pastikan anda mempunyai ubat yang secukupnya.
Jika anda mempunyai topeng muka sewaktu di tempat perlindungan, anda boleh menggunakannya.
Jika anda berasa tidak sihat, pastikan anda mendapat rawatan perubatan. Jangan tunggu sehingga keadaan kritikal.
Apakah nasihat Dr. kepada mangsa-mangsa banjir dalam menjaga kesihatan masing-masing?
This article first appeared in Kosmo! on December 28, 2024.
Share:
Was this article helpful?
28 December 2024
•2 minute read
Penyakit Berjangkit di Musim Banjir
Learn more about Internal Medicine And Infectious Diseases in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.