The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Puasa Ibu Hamil

24 May 2019

•

2 minute read

Puasa Ibu Hamil

Setiap kali tibanya Ramadan timbul kebimbangan dalam kalangan ibu hamil untuk berpuasa kerana memikirkan tentang kemudaratan yang bakal dialami terhadap bayi dikandung jika mereka melaksanakan ibadah tersebut.

Menurut Pegawai Dietitik Hospital Columbia Asia Cheras, Nurul Atilia Abdullah, berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada bayi jika ibunya mengamalkan pemakanan yang mengandungi nutrisi mencukupi. Makanan yang diambil ibu hamil perlu mempunyai tiga elemen penting iaitu karbohidrat kompleks, protein dan fiber yang mesti diambil semasa bersahur, berbuka puasa dan sebelum tidur atau ketika moreh.

“Lazimnya saya cadangkan mereka mengambil karbohidrat kompleks seperti nasi putih, nasi perang atau makanan yang mempunyai fiber tinggi seperti oat untuk memberi tenaga berpanjangan sepanjang berpuasa,’’ katanya.

Nurul Atilia juga mewajibkan ibu hamil yang hendak berpuasa agar bersahur kerana dibimbangi jika tidak berbuat demikian akan memudaratkan bayi kerana tidak memperoleh tenaga dan nutrisi mencukupi.

Oleh itu, ibu hamil yang sukar menjamah nasi atau makanan berat ketika bersahur digalakkan mengambil susu kurma kerana minuman ini mempunyai zat pemakanan yang seimbang iaitu fiber dan karbohidrat daripada oat dan kurma serta protein daripada susu.

“Sama ada bersahur atau berbuka puasa, susu kurma boleh diambil oleh ibu hamil normal atau yang menghidap diabetik cuma jangan ditambah gula,’’ katanya.

Beliau juga menasihatkan ibu hamil bersahur dalam tempoh setengah jam atau satu jam sebelum imsak bagi membina ketahanan diri semasa berpuasa selain tidak terlalu aktif.

“Tidak bersahur akan menyebabkan mereka cepat penat dan memberi kesan bukan sahaja pada diri mereka juga ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan. Apapun jika mereka tidak boleh meneruskan berpuasa lebih baik mereka berbuka. Jangan memaksa diri kerana mereka telah diberi kelonggaran dalam melaksanakan ibadah ini,’’ katanya.

Nurul Atilia tidak menggalakkan ibu hamil minum kopi dan teh atau apa-apa minuman berkafein ketika bersahur kerana akan menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi.

“Minuman berkafein menyebabkan ibu hamil kerap membuang air kecil sekali gus mengurangkan air dalam badan,’’ katanya.

Beliau juga menggalakkan ibu hamil di peringkat trimester kedua (15-29 minggu) dan ketiga (30 minggu ke atas) agar mengambil juadah lengkap terutama juadah utama selain susu kerana semasa tempoh tersebut bayi sedang membesar dan memerlukan tambahan kalori.

Kalori yang perlu ditambah pada kehamilan peringkat trimester pertama ialah 90 kalori dan sebanyak 270 kalori semasa trimester kedua manakala trimester ketiga, ibu hamil perlu menambah sebanyak 470 kalori. Ibu hamil yang menghidap kencing manis digalakkan mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan namun tidak digalakkan mengambil buah-buahan lain jika telah mengambil tiga biji kurma semasa berbuka puasa.

Kata Nurul Atilia, tiada halangan bagi ibu-ibu berkenaan mengambil air kosong bercampur madu ketika berbuka puasa namun tidak dibenarkan ditambah kurma sebaliknya mereka boleh memilih salah satu daripada manisan tersebut untuk berbuka puasa.

“Ada ibu hamil yang mengalami kencing manis tidak dibenarkan untuk makan kerana bimbang paras gula naik namun mereka lupa bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi daripada ibu mereka. Sebab itu ibu-ibu ini perlu makan, tidak boleh ditinggalkan,’’ kata beliau.

Artikel ini disiarkan oleh Utusan Melayu, 12 May 2019

Was this article helpful?

24 May 2019

•

2 minute read

Puasa Ibu Hamil

Nurul Atilia Abdullah

Learn more about in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips