Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda

Langkau ke kandungan

6 Cara Kawal Bacaan Gula Normal Buat Ibu Hamil Yang GDM, Bolehlah Cuba Makan Kuih Raya Nanti!

02 Jun 2021

•

Minit 3 dibaca

6 Cara Kawal Bacaan Gula Normal Buat Ibu Hamil Yang GDM, Bolehlah Cuba Makan Kuih Raya Nanti!

Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil. Bila raya ni, mesti ada yang teringin makan kuih raya kan? Kami kongsikan cara anda kekalkan bacaan gula normal untuk elak GDM.

Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya.

Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan sehari-hari. Namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk.

Terutama kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta.
 

Bacaan gula normal ibu hamil boleh dikawal dengan cara ini

Menurut Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, Dr Norintan Zainal Abidin Shah, tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan pelbagai masalah di dalam janin misalnya, masalah jantung pada bayi dalam kandungan.

Jadi ini enam cara yang dikongsikan doktor ini mungkin boleh kekalkan bacaan gula normal buat ibu hamil terutama yang menghidap GDM.

Senaman Ringan

Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi serta pastikan bacaan gula normal ibu hamil.

Dalam kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik.

Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitues (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.

Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.

Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!

Elak simpan makanan ringan di rumah

Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah.

Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.

Makan makanan berserat tinggi

Ganti beras, mi, mihun, pasta, roti biasa dengan bahan-bahan karbohidrat berserat tinggi. Beras putih boleh digantikan dengan beras perang.

Roti putih boleh digantikan dengan roti wholemeal. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat daripada tepung wholemeal juga mudah didapati daripada pasaran.

Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap

Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

Amalkan diet disaran pakar pemakanan

Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda. Hafal piramid makanan dan pastikan anda ikut.

Ia penting bagi memastikan anda makan ikut kuantiti yang sepatutnya. Hamil bukan bermakna anda perlu makan untuk dua orang, ia adalah tanggapan yang salah sama sekali.

Makan makanan yang anda suka tetapi pada kuantiti bersesuaian

Kegagalan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan akan berlaku jika diet dan jenis makanan tidak menepati selera seseorang pesakit itu.

Jadi, makanan makanan yang anda suka. Misalnya, jika sarapan yang dicadangkan ialah sandwich telur tetapi anda tidak suka makan ini bolehlah tukar kepada sekeping capati atau secawan mihun goreng. Tapi pastikan kuantiti yang bersesuaian.

Pastikan makanan yang diambil adalah bersesuaian dengan kuantiti walaupun ia adalah makanan yang anda suka. Pastikan ia tidak berlebihan kerana ia mungkin boleh menganggu usaha untuk mengekalkan bacaan gula normal si ibu hamil.

Artikel ini disiarkan oleh Oh! Semput, 10 Mei 2021.

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

02 Jun 2021

•

Minit 3 dibaca

6 Cara Kawal Bacaan Gula Normal Buat Ibu Hamil Yang GDM, Bolehlah Cuba Makan Kuih Raya Nanti!

Dr. Norintan Binti Zainal Shah

Obstetrik Dan Ginekologi

Ketahui lebih lanjut tentang Obstetrik Dan Ginekologi dalam Columbia Asia

Ketahui lebih lanjut

Perlukan bantuan lanjut?

Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.

Hubungi Kami

Tanya pakar

Lorem ipsum dolor duduk amet, consectetuer dipiscing elit.

Tanya Sekarang

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

Langgan buletin kami untuk lebih banyak Petua Penjagaan Kesihatan.

Medan ini adalah untuk tujuan pengesahan dan harus dibiarkan tidak berubah.

Ikuti kami untuk Tips Kesihatan terkini