The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Mengapa Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil

22 September 2020

4 minute read

Mengapa Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil

Bagi wanita yang pertama kali hamil mungkin tertanya-tanya mengapa perlu minum air gula. Apatah lagi dalam masa sama, anda juga dikehendaki berpuasa. Bermula jam 10 malam hingga keesokan hari (pada tarikh temujanji) hingga setelah selesai ujian darah diambil kali kedua, barulah ibu-ibu dibenarkan makan dan minum.

Dan jika sepanjang tempoh ini (selepas minum air gula dan sebelum darah diambil untuk kali kedua) ada dalam kalangan ibu-ibu muntah, ia perlu diambil sekali lagi. Ada yang gusar? Baca dengan teliti huraian dan penjelasan Dr Norintan Zainal Abidin, Konsultan Obstetrik & Ginekologi Hospital Columbia Asia, Seremban.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang boleh berlaku sebelum hamil dan juga boleh berlaku sewaktu hamil. Oleh kerana kencing manis membahayakan wanita yang hamil dan bayi dalam kandungan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan memo supaya ibu hamil yang berisiko untuk melakukan ujian saringan Gestational Diabetes Mellitus (GDM) pada 24 hingga 28 minggu kehamilan dengan ujian modified OGTT (mOGTT).

mOGTT inilah yang dikenali sebagai ujian Minum Air Gula! Bagi pesakit-pesakit diabetes yang belum hamil, mereka perlulah menghadiri pre-pregnancy counselling (PPC) sebelum hamil supaya mereka mampu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik sebelum dan sewaktu kehamilan.

Memanglah tidak sedap minum air gula untuk ujian mOGTT ini kerana ia dibuat daripada 75g serbuk glukos yang dilarutkan dalam segelas air. Rasanya amat manis, malah perlu dihabiskan sehingga habis dalam masa 20 minit. Apabila masuk ke dalam tekak, rasa payau dan mual mula terasa. Kadang-kala menyebabkan pesakit muntah dan ini menyebabkan ujian mOGTT terbatal. Pesakit sering mengeluh kerana mereka akan dipanggil untuk datang semula bagi ujian yang sama dalam satu atau dua minggu kemudian.

Tahukah anda, penat lelah pesakit serta kakitangan kesihatan dalam menjayakan ujian minum air gula ini ada sebabnya. Di antaranya ialah:

  1. Jumlah kes kencing manis ( Type 2 Diabetes Mellitus) di Malaysia meningkat dari 11 % (2006) hingga 15% (2011). Bagi wanita hamil pula, satu kajian menunjukkan kes gestational diabetes dalam wanita hamil juga meningkat sama hingga ke 27.9% (2017, Selangor)

  2. Kencing manis sewaktu hamil atau “Gestational diabetes” membawa risiko kepada ibu dan bayi.

  3. Sebanyak 17 hingga 63% wanita yang mengalami “gestational diabetes” akan terus berisiko untuk mengidap penyakit kencing manis selepas bayi dilahirkan.

Wanita Yang Berisiko

  1. Wanita yang mempunyai BMI melebihi 27 kg/m2.

  2. Wanita yang pernah mengalami gestattional diabetes.

  3. Wanita yang mempunyai ibu, bapa, adik-beradik yang juga pesakit kencing manis.

  4. Wanita yang pernah melahirkan bayi 4kg atau lebih.

  5. Sejarah perbidanan, keguguran, kelahiran yang bermasalah.

  6. Pemeriksaan air kencing didapati mempunyai glukos (sebanyak 2 kali).

  7. Masalah kandungan seperti darah tinggi, air tuban bayi yang berlebihan dan penggunaan steroids ketika hamil.


Bagi wanita yang berisiko, staf klinik kesihatan dan hospital akan menasihati untuk menjalani ujian minum air gula secepat mungkin. Manakala bagi wanita berusia 25 tahun ke atas, tidak mempunyai risiko, akan disarankan menjalini ujian saringan mOGTT tadi ketika bayi berusia di anatara 24 ke 28 minggu. Bagi wanita berusia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko, anda bernasib baik kerana tidak perlu minum air gula.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan huraian lebih terperinci, ibu-ibu boleh bertanya dan merujuk doktor di klinik kesihatan semasa melakukan pemeriksaan.

Artikel ini disiarkan oleh Sinar Harian, 13 September 2020

Was this article helpful?

22 September 2020

4 minute read

Mengapa Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil

Dr. Norintan Binti Zainal Shah

Obstetrics And Gynecology

Learn more about Obstetrics And Gynecology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips