Langkau ke kandungan

Buah Pinggang Boleh Rosak

04 November 2020

•

Minit 6 dibaca

Buah Pinggang Boleh Rosak

Oleh

Angkara tamak, segelintir pengusaha kilang makanan tergamak menjalankan operasi dalam premis kotor.

Lebih menjijikkan, ada yang menggunakan air daripada tandas untuk mencuci serta memproses makanan.

Di sebalik bungkusan makanan yang bersih dijual di pasaran, ada yang sebenarnya dihasilkan oleh kilang kotor selain pengendali makanan tidak diberi suntikan tifoid. Bagaimanakah hak pengguna?

Ikuti wawancara bersama Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia, Dr. Malar Santhi dan wartawan Nor Asyikin Mat Hayin bagi mengupas isu ini.

Jenis-jenis kuman dalam makanan tercemar dan risiko pada manusia. Klasiflkasikan jenis dan mudaratnya?

Penggunaan air paip tandas dalam memproses makanan bukan sahaja mendedahkan kepada risiko jangkitan, malah boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain.

Ini kerana makanan boleh rosak disebabkan tindak balas pelbagai jenis kuman seperti bakteria E Coli, Shigella, Salmonella, Clostridium Perfringes, Staphyloccocus dan banyak lagi.

Kesan daripada kuman, bakteria dan virus ini boleh menyebabkan demam serta cirit-birit iaitu gejala keracunan makanan.

Keracunan makanan yang teruk boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang seterusnya mengakibatkan kematian.

Apa yang agak membimbangkan ialah risiko komplikasi kesihatan seperti jangkitan kulat sama ada pada kulit dan paru-paru.

Ini kerana, pili air dan sistem paip tandas lebih mudah ditumbuhi kulat berbanding paip di kawasan lain.

Air tandas atau seewage water biasanya tinggi kandungan campuran bahan kimia seperti ammonia dan nitrogen.

Selain itu, air paip dari tandas juga berkemungkinan mengandungi bahan logam berat yang boleh mengancam kesihatan.

Pekerja pula warga asing tanpa suntikan vaksin kepialu (tifoid). Bagaimana tanpa suntikan ini boleh memudaratkan orang ramai?

Suntikan vaksin tifoid bertujuan mengelakkan pengendali makanan daripada menjadi pembawa jangkitan tifoid, sekali gus mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan atau minuman.

Oleh itu, semua pengendali makanan sama ada tempatan atau warga asing diwajibkan mengambil suntikan vaksin berkenaan.

Secara tidak langsung, pengendali atau pengusaha makanan yang mengambil suntikan ini boleh dianggap sebagai golongan yang mementingkan kebersihan dan kualiti makanan.

Bagi pengendali makanan yang tidak mengambil suntikan itu. kita bukan sahaja bimbang tahap kebersihan dan status jangkitan tifoidnya.

Kita juga khuatir dengan tahap kesihatan keseluruhannya termasuk kesihatan mental, kebersihan badan dan sebagainya.

Sumber air tandas untuk hasilkan roti dan mi. Penduduk sekitar Kuala Lumpur makan roti serta mi tandas. Kesan kesihatan jangka pendek dan juga tidak memperbaharui lesen kesihatan?

Kesan jangka pendek boleh dialami ramai penduduk di kawasan sekitar kilang roti dan mi terbabit.

Antara gejala yang mereka hidap ialah ketidakselesaan perut, masalah pencernaan, alahan cirit-birit, muntah dan demam.

Sekiranya jangkitan ini menjadi kritikal, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kerosakan buah pinggang dan kegagalan organ dalaman yang lain.

Ini secara tidak langsung meningkatkan kos perubatan dalam tempoh jangka panjang.

Umum mengetahui bahawa roti adalah makanan disukai ramai daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa.

Sekiranya pengguna terbeli roti yang dihasilkan kilang roti kotor, maka kesihatan mereka bakal terancam.

Pengendali makanan yang tidak mengambil suntikan vaksin tifoid boleh menjangkiti pengguna dan menjadi pembawa penyakit demam kepialu.

Individu yang dijangkiti kuman tifoid boleh menjangkiti orang lain melalui najisnya sekiranya tidak mencuci tangan dengan betul selepas membuang air besar.

Apabila mereka mengendalikan makanan tanpa memakai sarung tangan, kuman ini boleh ‘berpindah’ pada makanan.

Keracunan makanan yang teruk boleh mengakibatkan kematian

Bagaimana mahu memastikan bekalan makanan dari kilang baik untuk kesihatan pengguna?

Pihak berkuasa perlu lebih agresif dan tegas dalam melaksanakan pemantauan berkala secara kerap. Ini kerana kita tidak boleh mengharapkan semua pengusaha dan peniaga bersikap jujur terhadap pengguna.

Di samping itu, perlu ada pemantauan secara mengejut di premis kilang atau kedai.

Pihak berkuasa perlu menetapkan peraturan ketat untuk pengeluaran dan memperbaharui lesen perniagaan bagi pengusaha serta peniaga.

Maksudnya, jika pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, maka lesen premis perniagaan tidak layak dikeluarkan.

Pemborong, peruncit dan sebagainya juga wajar dikenakan tindakan supaya tidak menyalahkan pengeluar sahaja, Pemborong dan peruncit perlu bertanggungjawab memastikan produk dijual di premis mereka berlesen serta betul.

Pandangan Dr, bagaimana dengan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penyediaan makanan bersih dan berkualiti. Contoh, ada yang merokok sambil memasak burger?

Kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penyediaan makanan bersih dan berkualiti pada tahap sederhana serta perlu diperkasakan lagi.

‘Budaya’ merokok sambil memasak burger juga sudah menjadi perkara biasa yang sukar diubah.

Namun, saya berpendapat, kita jangan berputus asa dan terus mendidik masyarakat.

Sementara itu. pihak berkuasa perlu tegas dan mengenakan syarat yang ketat sebelum lesen perniagaan dikeluarkan.

Pada masa yang sama, meletakkan syarat wajib, contoh, individu perlu mengambil kursus mengendalikan makanan terlebih dahulu sebelum lesen perniagaan diluluskan.

Program sebegini boleh dianjurkan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ulasan mengenai industri makanan Malaysia berkualiti atau sebaliknya. Bagaimana mahu memastikan kelestariannya?

Pendapat peribadi saya ialah, kualiti industri makanan di Malaysia agak baik dan permintaan juga tinggi.

Malah Malaysia yang digelar syurga makanan turut menjadi destinasi kunjungan pelancong luar.

Saya pernah pergi ke beberapa lokasi ‘makanan tepi jalan’ di Malaysia dan mendapati ramai peniaga mengikut peraturan ditetapkan, seperti memakai topi, menggunakan sarung tangan dan sebagainya.

Cuma disebabkan ada satu atau dua pengusaha yang tidak mengikut peraturan (premis kotor), menyebabkan pengusaha lain mendapat tempiasnya.

Hakikatnya, peniaga tidak beretika sebegini wujud hampir dalam semua industri dan juga wujud hampir di semua negara.

Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro, 27 September 2020.

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

04 November 2020

•

Minit 6 dibaca

Buah Pinggang Boleh Rosak

Oleh

Ketahui lebih lanjut tentang dalam Columbia Asia

Ketahui lebih lanjut

Perlukan bantuan lanjut?

Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.

Hubungi Kami

Tanya pakar

Lorem ipsum dolor duduk amet, consectetuer dipiscing elit.

Tanya Sekarang

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

Langgan buletin kami untuk lebih banyak Petua Penjagaan Kesihatan.

Medan ini adalah untuk tujuan pengesahan dan harus dibiarkan tidak berubah.

Ikuti kami untuk Tips Kesihatan terkini

Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda