28 Ogos 2019
•Minit 3 dibaca
Nak Mengandung Anak Pertama Mudah Tapi Anak Kedua Bertahun Cuba Susah Pula Nak Lekat
Kesukaran Untuk Anak Kedua Atau Seterusnya Sering Dihadapi Sesetengah Pasangan. Anak Pertama Berupaya Hamil Dengan Mudah, Tetapi Bila Anak Kedua, Ketiga Atau Seterusnya, Mama Jadi Sukar Untuk Hamil. Kenapa Ye?
Ada yang mengadu kitaran haid tidak menentu walhal sebelum ini tiada masalah. Ada kala tiada haid, haid yang singkat dan ada waktunya haid keluar berketul-ketul. persoalannya adakah masalah kitaran haid ini yang menjadi punca sukar untuk mendapatkan cahaya mata?
“Secondary Infertility” Atau Masalah Kesuburan Sekunder
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Seremban, keadaan ini sebagai “secondary infertility” atau masalah kesuburan sekunder. Ia berlaku apabila seseorang wanita mendapati dirinya sukar untuk hamil semula setelah mengalami satu atau lebih kehamilan atau keguguran.
Bagi mengesan punca, pasangan suami isteri perlu hadir sendiri ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan yang melibatkan ujian asas sebelum memberi ubat subur kepada pasangan yang bermasalah.
“Saya ingin menekankan bahawa haid yang tidak teratur bukan bermakna seseorang wanita itu tidak menghasilkan telur atau benih.
“Tetapi haid yang tidak teratur mungkin bererti telur atau benih yang dihasilkan adalah secara rambang sehingga menyebabkan pasangan sukar untuk menentukan bilakah waktu subur untuk mengadakan hubungan intim bersama suami,” kata Dr Norintan.
Sebanyak 33% Pasangan Lulus Ujian Kesuburan Tetapi Masih Belum Hamil Dikenali Sebagai Unexplained Infertility.
Gunakan Kit Ovulasi
Wanita yang menghadapi masalah untuk mengira atau menentukan hari subur bolehlah menentukan waktu subur menggunakan kit ovulasi yang asli untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat!
Jika kit menunjukkan anda tidak mempunyai ovulasi (waktu subur), doktor boleh melakukan pemeriksaan imbasan atau “transvaginal ultrasound” untuk memeriksa keadaan ovari dan memantau pengeluaran telur (dominant follicle). Pemeriksaan mungkin kerap jika doktor ingin memastikan telur tadi berkembang dan seterusnya matang.
Perlu Jalani Pemeriksaan Darah
Kegagalan untuk menghasilkan sebiji dominant follicle memerlukan pemeriksaan darah yang dikenali sebagai hormonal assay untuk memastikan pesakit sebegini tidak mengalami masalah-masalah seperti;
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Hyper atau hypo-thyroidism
- Hyperprolactinemia.
Doktor Akan Juga Memastikan Wanita Terbabit Tidak Menghidap Kencing Manis. Jika Ada, Ia Wajib Dirawat Dan Distabilkan Sebelum Cuba Untuk Hamil.
Fibroid, Cyst & Polyp Penghalang Hamil
Selain itu, masalah fibroid dan ovarian cyst selalunya menjadi penghalang kehamilan. Lebih-lebih lagi jika ovarian cyst tadi merupakan endometrioma atau endometriosis kerana ianya menurunkan kadar kesuburan kepada 20 hingga 30%!
Manakala endometrial polyp pula menyebabkan dinding rahim tidak sesuai untuk kehamilan. Ujian hysterosalphingogram (HSG) untuk memeriksa salur Fallopian.
Jika kedua -dua salur Fallopian didapati tersumbat, pesakit akan dirujuk ke Unit IVF di Hospital yang mempunyai Unit Infertiliti. Namun sekiranya kedua-dua atau salah satu salur Fallopian normal tersumbat, ujian air maninya akan dilakukan kepada suami.
Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 24 Ogos 2019
Berkongsi:
Adakah artikel ini membantu?
28 Ogos 2019
•Minit 3 dibaca
Nak Mengandung Anak Pertama Mudah Tapi Anak Kedua Bertahun Cuba Susah Pula Nak Lekat
Artikel dan Video
Ketahui lebih lanjut tentang Obstetrik Dan Ginekologi dalam Columbia Asia
Ketahui lebih lanjutPerlukan bantuan lanjut?
Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.
Hubungi KamiBerkongsi:
Adakah artikel ini membantu?
Pakej Kesihatan
Meningkatkan kesihatan anda dengan pakej kesihatan yang disesuaikan di Columbia Asia Hospital. Jaga perjalanan kesihatan anda hari ini.