25 July 2019
•2 minute read
Lega… Buasir Boleh Dirawat Hanya Guna Laser
Hemmorhoid atau lebih dikenali sebagai BUASIR merupakan penyakit yang sering menjadi sasaran kepada golongan lelaki.
Ia berpunca daripada beberapa faktor, termasuk mengangkat barang berat yang memberi tekanan di bahagian pinggang ke bawah.
Menurut Pakar Bedah Hospital Columbia Asia, Dr Khairul Izan Mohd Ghani, terdapat faktor lain yang turut menjadi punca yang tidak disedari iaitu duduk terlalu lama di “tandas duduk” sambil bermain telefon bimbit, tidak kira lelaki atau wanita.
“Ini yang biasa dilakukan oleh ramai orang, iaitu duduk di tandas duduk dengan begitu lama, sambil bermain telefon bimbit, ini juga menjadi punca berlakunya buasir, ramai yang tidak tahu perkara ini.
“Jadi selepas ini perlu lebih berhati-hati,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, buasir kini mendapat peratusan lebih tinggi menyerang golongan lelaki iaitu 60 peratus sementara 40 peratus daripadanya adalah wanita.
Malah jika dahulu mereka yang berumur 60 tahun keatas lebih berisiko menghidap penyakit itu, namun kini penyakit tersebut menyerang golongan lelaki seawal usia 40 tahun.
Tambahnya, bagi golongan wanita, ia sering terjadi kepada mereka yang mengandung.
Menurut Khairul, rawatan buasir sebelum ini perlu melalui kaedah tradisional dan ia bergantung kepada tahap keseriusan buasir itu berlaku.
Namun dengan adanya rawatan laser yang mula diperkenalkan sejak 2011, pesakit tidak lagi perlu gusar dengan kesakitan yang perlu dihadapi.
“Kaedah yang paling popular digunakan dulu adalah ‘rubber band’ dan ‘stapler’ untuk tahap 1 hingga 3. Manakala ‘open technique’ untuk tahap 4 pula mengambil masa yang lama untuk sembuh sehinggakan anda terpaksa menggunakan kerusi roda selama 3 minggu.
“Kini, anda tidak perlu lagi melalui semua itu kerana jika anda menggunakan kaedah rawatan laser, selain kurang rasa sakit ia juga mampu menjimatkan masa ‘procedure’ iaitu sekitar 30 minit sahaja,” katanya.
Bagaimanapun menurut Khairul, kaedah laser hanya boleh dilakukan kepada pesakit yang menderita sehingga tahap 3 sahaja.
Jika tahap 4, ia perlu menggunakan kaedah asal iaitu “open technique”.
“Caranya kita akan guna laser dan forcep, saya akan tarik buasir guna forcep, kemudian ibaratnya kita akan ‘welding’ iaitu hanya masukkan laser ini, memang tak ada pendarahan yang banyak, pembedahan yang sangat terkawal,” katanya lagi.
Rawatan laser untuk buasir semakin popular sejak 3 tahun lalu kerana bukan semua hospital menggunakan keadah ini yang dikategorikan sebagai kaedah baru di Malaysia.
Jadi bagi pesakit buasir, anda tidak perlu lagi bimbang menanggung kesakitan secara berlarutan kerana kaedah laser mampu merawati tanpa sebarang kesan.
Frequently Ask Questions?
Buasir ialah pembengkakan saluran darah di bahagian dubur atau rektum bawah. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit, gatal, bengkak, rasa tidak selesa, atau pendarahan semasa membuang air besar.
Buasir berpunca daripada tekanan berlebihan pada bahagian dubur dan rektum. Punca biasa termasuk sembelit, kerap meneran, duduk terlalu lama di tandas, kurang serat, kurang minum air, mengangkat barang berat, kehamilan, berat badan berlebihan, dan kurang pergerakan.
Tanda-tanda buasir termasuk pendarahan semasa membuang air besar, sakit atau pedih di bahagian dubur, gatal, bengkak, benjolan berhampiran dubur, dan rasa tidak puas selepas membuang air besar.
Rawatan laser tidak semestinya sesuai untuk semua tahap buasir. Ia biasanya bergantung kepada tahap buasir, simptom pesakit, dan pemeriksaan doktor. Buasir yang lebih serius mungkin memerlukan rawatan lain seperti prosedur pembedahan atau kaedah rawatan berbeza.
Ya, buasir boleh dirawat dengan laser untuk kes tertentu. Rawatan laser menggunakan tenaga laser untuk mengecutkan atau merawat tisu buasir. Doktor akan menilai keadaan pesakit terlebih dahulu sebelum mencadangkan sama ada rawatan laser sesuai.
Prosedur rawatan laser buasir biasanya mengambil masa yang lebih singkat berbanding pembedahan tradisional, bergantung kepada keadaan pesakit dan tahap buasir. Tempoh sebenar prosedur perlu disahkan melalui pemeriksaan doktor.
Anda perlu berjumpa doktor jika mengalami pendarahan semasa membuang air besar, sakit yang berpanjangan, benjolan yang semakin besar, buasir berulang, atau simptom yang mengganggu aktiviti harian. Pemeriksaan doktor penting untuk mengenal pasti tahap buasir dan rawatan yang sesuai.
Risiko buasir boleh dikurangkan dengan mengambil makanan tinggi serat, minum air secukupnya, mengelakkan meneran terlalu kuat, tidak duduk terlalu lama di tandas, aktif bergerak, dan merawat sembelit lebih awal. Gaya hidup sihat boleh membantu mengurangkan tekanan pada bahagian dubur dan rektum.
Tidak. Pendarahan dari dubur boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan lain selain buasir. Oleh itu, pemeriksaan doktor adalah penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai.
Artikel ini disiarkan oleh Free Malaysia Today, 22 Julai 2019
Share:
Was this article helpful?
25 July 2019
•2 minute read
Lega… Buasir Boleh Dirawat Hanya Guna Laser
Learn more about General Surgery in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.
AIA Policyholders Self-pay Benefits
Pink October 2024
From
RM80
Columbia Asia 30th Anniversary Promotion “Senior Health”
From
RM688
Pink October 2025
From
RM80
HLA Policyholders Promo: Influenza Vaccination
RM65
Find Out More
