- Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
- Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.
- Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
- Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
- Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.
- Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.
- Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
- Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.
- Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
- Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
- Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.
- Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.
- Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.
- Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.
- Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
- Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.
- Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
分享:
这篇文章对您有帮助吗?