最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院

跳至内容

Kesan AF Awal, Cegah Strok

2019 年 8 月 05 日

-

2 分钟阅读

Kesan AF Awal, Cegah Strok

Seringkali apabila berjumpa doktor terutama dalam kalangan mereka yang berusia 40 tahun ke atas soalan yang sering ditanya adakah mereka mempunyai risiko diserang penyakit jantung. Namun amat jarang yang bertanya sama ada mereka mempunyai risiko menghidap penyakit fibrilasi atrium (AF).

Penyakit AF mempunyai kaitan dengan serangan strok atau angin ahmar dan berlaku apabila ruang atas jantung menjadi bengkak hingga menyebabkan litar elektrik di kawasan itu terganggu atau menjadi tidak teratur.

Menurut Pakar Kardiologi Hospital Columbia Asia, Dr. Ng Yau Piow, pesakit yang menghidap AF boleh mengalami strok atau angin ahmar kerana wujudnya darah beku di bahagian atas jantung ekoran denyutan nadi yang tidak teratur.

“Darah beku ini boleh mengalir ke otak dan menyebabkan strok. Penghidap AF, malah orang ramai lazimnya tidak sedar mereka menghidap AF kerana tanda-tandanya tidak ketara,” ujar beliau.

Justeru, pengesanan AF menjadi lebih penting atas keperluan mendapatkan cara dan rawatan yang efektif bagi mencegah strok.

Faktor umur adalah salah satu faktor utama menyebabkan seseorang itu menghidap AF. Semakin berusia, risikonya lebih tinggi dan lazimnya ia mempunyai hubung kait dengan penyakit lain antaranya darah tinggi, kencing manis, penyakit obesiti, masalah injap jantung dan tiroid.

“Biasanya pesakit jarang merungut tentang masalah denyutan nadi yang tidak teratur ini cuma mereka akan kata penat, sesak nafas atau jantung berdegup laju,” katanya.

Pengesanan awal penyakit AF amat mudah dilakukan iaitu pesakit hanya perlu menjalani pemeriksaan elektrokardiogram (ECG).

“Untuk mengesan penyakit berkaitan jantung, doktor akan melakukan pelbagai pemeriksaan dan ujian terhadap pesakit selain angiogram. Ini mengambil masa yang lama tetapi jika seseorang itu melakukan pemeriksaan ECG terlebih dahulu kita akan dapat mengenal pasti siapa penghidap AF dan dengan rawatan yang efektif ia dapat mengelaknya daripada diserang strok,” katanya lagi.

Menurut Dr. Yau Piow, pengesanan AF lebih awal amat penting untuk mengelak atau mencegah pesakit daripada strok iaitu dengan cara pengambilan ubat cair darah. Bagaimanapun pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor sama ada ubat itu sesuai untuk diberi kepada mereka atau sebaliknya.

Antara ubat yang diberi doktor untuk mencegah strok dalam kalangan pesakit AF dikenali sebagai Novel Oral Anticoagulation (NOAC), ubat antipembekuan atau antipenggumpalan. Tujuannya adalah untuk mencegah pembentukan darah beku daripada berlaku.

Antara NOAC yang ada di pasaran ialah Dabigatran, Rivaroxaban atau Apixaban yang lebih mudah diambil berbanding warfarin yang sebelum ini merupakan ubat pencair darah untuk pencegahan strok.

Beliau berkata, pengambilan warfarin memerlukan pesakit kerap hadir ke hospital setiap dua minggu atau sebulan untuk memastikan sama ada darah terlalu pekat atau cair .

“Selalunya orang ramai peka terhadap serangan jantung sebab mereka tahu penyakit ini boleh membawa kematian secara tiba-tiba tetapi mereka tidak fikir bahawa strok juga memberi impak yang besar terhadap diri pesakit dan keluarga sedangkan kita boleh halang strok dengan pengambilan ubat ini,” ujar beliau.

Kata Dr. Yau Piow, penyakit AF adalah sejenis penyakit gaya hidup justeru untuk mengurangkan risiko orang ramai dinasihatkan mengamal cara hidup sihat, mengurangkan berat badan selain kerap melakukan pemeriksaan darah dan paru-paru.

Artikel ini disiarkan oleh Utusan Malaysia, 4 Ogos 2019.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2019 年 8 月 05 日

-

2 分钟阅读

Kesan AF Awal, Cegah Strok

Dr. Ng Yau Piow

Cardiology

了解更多 心脏科在Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士