最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院

跳至内容

Kurang Bersenam Punca Mudah Terjatuh Dan Cedera?Ambil Tahu Hal Ini!

2023 年 8 月 18 日

-

2 分钟阅读

KurangBersenam Punca Mudah TerjatuhDan Cedera?Ambil Tahu Hal Ini!

Tahukah anda banyak kepentingan dan manfaat jika aktif bersenam. Salah satunya mengelak daripada mengalami masalah kerapuhan tulang.

Situasi ini jika tidak dikawal boleh menjadi punca mudah terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.

Majalah Keluarga mendapatkan kupasan mengenai permasalah ini menerusi perkongsian tip yang di kongsi oleh Dr Sharizan Mohamed Yusoff, Pakar Ortopedik Wanita di Columbia Asia Hospital – Setapak.

“Sebenarnya badan kita mempunyai sistem muskuloskeletal yang merupakan bahagian badan yang berfungsi bagi menyokong berat dan membantu pergerakan badan manusia.”

“Sistem ini terdiri daripada tulang, sendi, otot, ligamen, tendon dan rawan. Sistem ini disokong oleh sejumlah 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot yang membantu pergerakan tubuh yang stabil dan kuat ketika melakukan aktiviti.”

“Terdapat beberapa masalah yang sinonim dihadapi oleh manusia berkaitan sistem muskuloskeletal ini iaitu osteoarthritis, sarkopenia dan ostroporisis.”

“Osteoarthritis merupakan jenis arthritis (sakit sendi) yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).”

“Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.”

“Sarkopenia adalah satu situasi atau keadaan yang terjadi apabila manusia kehilangan jisim badan, kekuatan serta fungsi otot.”

“Pengurangan jisim badan dan fungsi otot ini terjadi kerana terdapatnya proses penghancuran (catabolisme) dan pembentukan (anabolisme) di dalam sel otot.”

“PENYAKIT SARKOPENIA DAPAT MEMPENGARUHI SISTEM MUSKULOSKELETAL TUBUH SEHINGGA BERISIKO TINGGI MENYEBABKAN PENDERITANYA MUDAH TERJATUH DAN CEDERA.”

“Ostroporisis pula adalah penyakit berkaitan tulang yang akan berlaku apabila kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.”

“Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.”

Siapa berisiko?

Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah sistem musculoskeletal ini boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut.

  1. Individu tidak mengamalkan pemakanan yang sihat yang boleh menyebabkan pengurangan nutrisi.
  2. Individu yang tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal terutama mereka yang bekerja di pejabat dan kurang melakukan pergerakan.
  3. Individu yang mengalami masalah penghadaman seperti radang usus yang boleh menganggu penyerapan nutrien.
  4. Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, kekurangan imun badan dan ketidakseimbangan hormon.

Apa tindakan anda?

Konsep pemakanan sihat (healthy plate) atau Suku Suku Separuh amat sesuai dan berkesan untuk diamalkan.

Anda hanya perlu membahagikan pinggan anda kepada suku pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti, suku pinggan ikan atau ayam, itik, daging mahupun telur serta separuh pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran.

AMALKAN JUGA AKTIVITI SENAMAN RINGAN BAGI YANG LEBIH BERUSIA TERUTAMA BAGI MEREKA YANG BERKERJA DI PEJABAT DENGAN KERAP MELAKUKAN PERGERAKAN SEPERTI BERJALAN, MENAIKI TANGGA, TAI-CHI ATAUPUN YOGA.

Bagi orang muda, senaman yang lebih agresif agak sesuai atas faktor usia dan kekuatan yang boleh memberikan kesan yang lebih cepat dan baik antaranya latihan di gimnasium, muay-thai, berlari anak (jogging) atau mendaki bukit (jungle tracking).

Keluarga: Semoga kita kekal menjaga kesihatan diri termasuk menjaga pemakanan dan kerap bersenam supaya dapat melakukan rutin harian dengan sempurna.

Artikel ini disiarkan oleh Keluarga, 27 Jun 2023.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2023 年 8 月 18 日

-

2 分钟阅读

Kurang Bersenam Punca Mudah Terjatuh Dan Cedera? Ambil Tahu Hal Ini!

Dr. Sharizan Mohamed Yusoff

Orthopedic

了解更多有关骨科的信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

该字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士