跳至内容

米多斯大唐穆达拉特

2020 年 7 月 17 日

-

3 分钟阅读

Mitos Datang Mudarat

JIKA di Amerika Syarikat, The American Academy of Pediatrics (AAP) sudah memulakan kempen pengharaman walker bayi kerana menjadi punca lebih 9,000 kemalangan dalam kalangan bayi sejak 2018.

Ibu bapa di Malaysia perlu lebih prihatin termasuk melihat implikasi peralatan itu terhadap anak mereka. Tidak mustahil, tragedi membabitkan walker bayi mungkin boleh berulang seperti mana kejadian bayi lapan bulan digilis treler di Soi Suksawat, Thailand tahun lalu apabila menggelongsor ke jalan raya daripada kediamannya.

Menurut Pengurus Fisioterapi Hospital Columbia Asia – Setapak, Zubaidah Yusop, pandangan masyarakat mengenai penggunaan ‘walker’ bayi untuk membantu anak mereka cepat berjalan hanyalah mitos.

Katanya berbanding manfaat, peralatan itu lebih banyak mendatangkan mudarat terutama kepada perkembangan sensori-motor atau pergerakan anak mereka.

“Ramai ibu bapa akan bertindak membeli apabila anak mereka di peringkat permulaan berjalan. Kebiasaannya ia dibeli pada umur seawal enam bulan dan ke atas.

“Andaian mereka mungkin kelebihan dimiliki alat bantuan itu yang mempunyai empat roda dilihat memberi kemudahan untuk melakukan kerja harian.

“Apabila bayi duduk dan bergerak di dalam walker bayi, ibu tidak perlu berpenat mengejar bayi yang sedang aktif bergerak di dalam rumah.

“Selain ada beranggapan alat itu memberi bantuan untuk bayi itu sendiri melatih diri berjalan lebih awal dan ibu bapa pula berfikiran tidak perlu perhatian yang berterusan jika anak berada di dalam walker bayi,” katanya.

Hakikatnya implikasi penggunaan adalah bertentangan yang mana bukan sahaja ada isu keselamatan di sebalik penggunaan alat itu malah ia boleh menjejaskan tumbesaran bayi.

“Kalau pada usia seawal enam bulan digunakan, boleh diketahui kadangkala tempat duduk walker bayi terlalu tinggi dan menyebabkan kaki mereka tergantung. Jadi biasanya bayi hanya menggunakan hujung jari dan keadaan itu menyebabkan pengurangan penggunaan kaki.

“Ia sama seperti otot bahagian itu dimanjakan kerana kurangnya latihan sekali gus menyebabkan kelemahan otot ketika proses peringkat berjalan,” katanya.

Tambah Zubaidah lagi koordinasi kaki dan mata terganggu apabila alat berkenaan menghalang penglihatan bayi dengan kedudukan kaki ketika bergerak.

Lebih rumit apabila bayi itu berada pada ruang lebih berisiko seperti dapur, tangga dan luar rumah kerana mereka tidak dapat kawal arah atau pergerakan roda walker bayi yang laju.

“Ini lagi satu kesilapan sering dilakukan ibu bapa apabila meletakkan bayi mereka dalam alat berkenaan. Mereka perlu faham perhatian perlu diberikan sebagaimana bayi di luar.

“Ada seribu satu kejadian boleh berlaku termasuklah jatuh akibat bayi sedang panjat keluar, walker terbalik, jatuh tangga dan ‘ligat’ mencapai objek berbahaya.

“Bayi adalah peringkat umur yang mana sifat ingin tahu tinggi dan mereka akan capai apa sahaja tanpa tahu kesan sama ada objek itu bahaya atau tidak. Jadi pemerhatian ibu bapa adalah setiap masa apabila mereka ini sedang bermain,” katanya.

Kebimbangan Zubaidah pastinya kecederaan seperti patah tulang, hentakan kepala dan lain-lain yang mungkin berlaku dan boleh memberi komplikasi buruk termasuk kecederaan kekal dan lebih buruk kemalangan nyawa. Berbanding melatih anak cepat berjalan dengan peralatan terbabit, Zubaidah turut berkongsi tip atau peranan ibu bapa dalam membantu anak ketika fasa ini:

Latihan peringkat awal

Biar bayi duduk tanpa bantuan alat dan pastikan kaki bayi menyentuh lantai. Pastikan posisi badan betul dengan kekuatan tulang belakang menyokong ketika duduk selain pergerakan pinggang yang kuat. Galakkan bayi bangun mengambil mainan dan duduk semula. Bayi akan membentuk kekuatan lutut dan paha untuk bangun dan duduk.

 

Letakkan barang mainan di jarak berbeza di atas lantai untuk bayi cuba capai untuk meningkatkan pergerakan otot dan keseimbangan kaki. Beban ketika berjalan bukan sahaja untuk menambah kekuatan kaki malah punggung, badan dan bahu.

Cari minat anak

Tunjukkan objek yang menarik minat bayi kerana itu membantu pergerakan kepala dan leher tatkala berdiri dan berjalan. Cari alat mainan dapat membantu mereka belajar berdiri dan bergerak seperti walker yang guna daya tolakan menggunakan kedua-dua tangan.

Selain itu alat yang mengeluarkan bunyi dan sentuhan akan merangsang keseronokan aktiviti ini. Pastikan alat bantuan yang digunakan stabil dan tidak terlalu ringan untuk mengelakkan kemalangan.

Rangsangan dari tapak kaki

Biarkan bayi berjalan tanpa stokin dan kasut di dalam rumah. Tapak kaki akan dapat memberi pengalaman kepada bayi mengenai tekstur permukaan lantai.

Daya refleks ini akan memberi kestabilan dan koordinasi pada anak itu. Bayi juga boleh belajar membezakan permukaan lembut, kasar atau licin ketika melatih diri.

Bantu anak berjalan

Ibu bapa memainkan peranan penting ketika memberi bantuan latihan berjalan. Pastikan mengikut pergerakan dari belakang atau sebelah sambil memegang tangan atau bahagian lengan atas untuk membantu keseimbangan badan.

Bantu bayi untuk berdiri dan dan mula berjalan sehingga bayi tidak memerlukan lagi bantuan dan mencapai keseimbangan sepenuhnya. Setiap bayi berjalan mempunyai tempoh tersendiri dan biasanya selewat umur 18 bulan.

Tiada istilah lambat atau cepat apabila tahap proses tumbesaran masih berlaku. Ibu bapa digalakkan berbincang dengan doktor atau pakar kanak-kanak jika tidak pasti dengan perkembangan anak mereka.

Artikel ini disiarkan oleh Majalah Keluarga, Mei – Jun 2020.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2020 年 7 月 17 日

-

3 分钟阅读

Mitos Datang Mudarat

Dr. Muhammad Syamil Bin Mohamad Salmi

Ophthalmology

了解更多 眼科在Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院