跳至内容

宠物、动物和秸秆如何帮助人们健康成长

2024 年 8 月 9 日

-

3 分钟阅读

Petanda, Kesan dan Rawatan Strok untuk Kembali Pulih

Dalam artikel sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Rawatan Lanjutan Columbia Asia (CAECH), Dr. Elaijah Sasitharan Rajehgopal sudah menjelaskan bahawa strok tidak mengenal usia atau latar belakang. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

Elaijah Sasitharan yang lebih mesra dikenali sebagai Sashi berkata, terdapat dua jenis strok yang biasa berlaku kepada kebanyakan pesakit. 

Pertama, strok iskemia. Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah di mana-mana bahagian otak tersumbat akibat darah beku. 

Kedua, strok hemoragik yang berlaku apabila salur darah di bahagian otak pecah. Apabila pengaliran darah terganggu, oksigen tidak dapat dihantar ke otak. 

Berikut, Sashi kongsikan tanda-tanda awal strok agar orang ramai boleh ambil perhatian.

Tanda-tanda Awal Strok

  • Hilang keupayaan untuk melihat dengan jelas pada satu atau kedua-dua belah mata secara tiba-tiba.
  • Kesukaran untuk berjalan, hilang keseimbangan
  • Kaki, tangan atau muka terasa kebas atau lemah secara mendadak
  • Sukar untuk bercakap atau memahami percakapan orang lain
  • Sakit kepala yang teruk dan muntah

Jika anda atau orang sekeliling mengalami salah satu daripada tanda-tanda ini, dapatkan bantuan perubatan segera. Jangan anggap ia perkara biasa kerana anda tidak tahu keadaan kesihatan diri sendiri.

Kesan Jangka Masa Panjang Selepas Diserang Strok

Menurut Sashi, strok boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang yang ketara, bergantung kepada bahagian otak yang terlibat dan tahap keparahan. 

Antara kesan jangka masa panjang pesakit strok ialah:

  1. Kehilangan fungsi motor
    Kelumpuhan atau hilang kawalan pada bahagian badan tertentu seperti tangan atau kaki yang menyukarkan aktiviti harian seperti berjalan.

  2. Tidak mampu melakukan aktiviti harian
  3. Kebanyakan pesakit strok memerlukan bantuan untuk melakukan aktiviti harian seperti makan, mandi, pakai baju dan sebagainya.

  4. Afasia
  5. Afasia merujuk kepada ketidakmampuan untuk bercakap dan memahami percakapan orang lain.

  6. Masalah kognitif
  7. Ada pesakit yang mempunyai masalah dengan ingatan, menumpukan perhatian atau pemikiran abstrak.

  8. Gangguan emosi
  9. Strok boleh menyebabkan perubahan emosi seperti kebimbangan, kemurungan, mudah tersinggung atau agresif. Ini boleh menjadi cabaran dalam pemulihan jangka masa panjang.

  10. Masalah kesihatan lain
  11. Strok boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan masalah neurologikal lain. Selain itu, pesakit juga akan ada risiko yang lebih tinggi untuk diserang strok kedua dan seterusnya.

Rawatan dan Peluang untuk Pulih Sepenuhnya

Kata Sashi, di CAECH, terapi fizikal yang diberikan kepada pesakit disesuaikan secara khusus untuk setiap pesakit.

Tetapi perkara paling utama ialah kekerapan terapi dan mencabar keupayaan pesakit secara berperingkat supaya keadaan kesihatan mereka meningkat. 

Antara terapi yang pesakit perlu lakukan ialah terapi pekerjaan (occupational therapy). Terapi ini bertujuan untuk meningkatkan atau mengembalikan kemampuan pesakit untuk melakukan aktiviti harian asas seperti makan, pakai baju, gosok gigi dan sebagainya.

Sebagai seorang doktor yang sudah berkhidmat selama 13 tahun di hospital itu, dia sudah merawat ratusan atau mungkin ribuan pesakit strok.

Menurutnya, untuk pesakit strok pulih sepenuhnya bergantung kepada tahap keparahan dan peratusan bahagian otak yang terjejas akibat strok.

“Ramai pesakit memperoleh semula sebahagian atau keseluruhan keupayaan mereka untuk menjaga diri sendiri.

“Selain bergantung kepada keadaan mereka selepas strok, rawatan dan pemulihan selepas itu juga memainkan peranan yang besar,” jelasnya.

Ketika saya melawat hospital itu untuk menemu bual Sashi, saya melihatnya sebagai sebuah hospital yang sederhana. 

Tidak semegah hospital lain tetapi ada makna yang mendalam di sebalik kelangsungan operasinya. 

Skala hospital itu kecil, maka pesakitnya pun tak ramai. Bagi saya, itu bukan satu kekurangan tetapi kelebihan. 

Hal ini kerana setiap doktor, jururawat dan pembantu kesihatan lain dapat memberi tumpuan yang lebih kepada setiap pesakit. 

Berdasarkan pemerhatian, cara Sashi dan tenaga kerja hospital lain merawat dan melayan pesakit sudah seperti keluarga. 

Dalam ruang yang sederhana dan intim, mereka menjadi akrab dan boleh bergurau senda sesama sendiri.

Apa yang Sashi dan seluruh tenaga kerja hospital itu lakukan bukan sekadar memberi rawatan, malah berkongsi rasa bahagia dan kasih sayang.

Segala yang diperlukan oleh pesakit untuk kembali sembuh ada di sini: rawatan, sokongan dan kasih sayang.

Jelas Sashi, ada pesakit yang sudah berada di bawah jagaan mereka selama 13 hingga 16 tahun. Lama bukan?

Pesakit-pesakitnya juga terdiri daripada pelbagai latar belakang. Namun, semuanya dilayan secara sama rata dan mereka merawat setiap pesakit sehabis baik.

Sashi juga berkongsi bahawa pesakitnya bukan sahaja dirawat di hospital, malah di kediaman mereka sendiri. Ada beberapa pesakitnya tinggal di luar kawasan Selangor. 

Sampai masa rutin pemeriksaan, Sashi dan pasukannya akan menuju ke rumah pesakit, tanpa mengira di mana mereka berada.

Saya menemu bual Sashi pada hari Rabu. Keesokan harinya, dia perlu ke Negeri Sembilan untuk merawat pesakitnya.

Saya kira komitmen dan rasa tanggungjawab yang ada pada diri Sashi sebagai seorang doktor sudah menjadi sebab kukuh mengapa dia sesuai berada dalam kolum ini: Ikon Kesihatan Relevan.

Dedikasinya yang tidak berbelah bahagi terhadap kesejahteraan pesakit dan usahanya yang berterusan dalam memperjuangkan kesihatan masyarakat menjadikannya bukan sahaja seorang doktor yang cemerlang, malah seorang insan yang luar biasa. – RELEVAN

Artikel ini disiarkan oleh Relevan, 9 Ogos 2024.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2024 年 8 月 9 日

-

3 分钟阅读

Petanda, Kesan dan Rawatan Strok untuk Kembali Pulih

Dr. Elaijah Sasitharan A/l Rajehgopal

General Practice / Extended Care

了解有关全科 / 康复保健护理 哥伦比亚亚洲的更多信息

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院