跳至内容

风险提示

2019 年 8 月 28 日

-

4 分钟阅读

Risiko Hamil Kembar Berbilang

Beranak kembar menjadi idaman sesetengah pasangan yang menjalani rawatan kesuburan in vitro (IVF). Antara rayuan yang dikemukakan kepada doktor, “Oh, saya inginkan anak kembar!”, “Saya harap saya mendapat anak kembar!” ataupun “Doktor, saya ingin mengandung anak kembar!”

Alangkah seronoknya bila ahli keluarga bertambah dua atau lebih sekali gus, tetapi tahukah anda bahawa memiliki bayi kembar berbilang boleh membahayakan kesihatan ibu dan kandungannya?

Pakar reproduktif kerap diminta untuk menanam lebih daripada dua embrio dalam rahim ibu sewaktu prosedur IVF. Cara ini akan meningkatkan peluang kehamilan, tetapi ia juga akan meningkatkan kejadian kembar tiga, empat atau lebih!

Ketika ini, satu antara empat kehamilan menerusi IVF menghasilkan kelahiran kembar. Ini bermakna, selepas prosedur IVF/ICSI, peluang seorang wanita mendapat kembar adalah lebih 20 kali berbanding hamil secara biasa.

Risiko Ketika Hamil

Saiz rahim manusia bukan saja muat untuk menampung seorang bayi, bahkan juga dua orang bayi, tetapi semakin ramai, semakin sempit. Mengandung bayi kembar berbilang meningkatkan risiko komplikasi kelahiran, malah boleh membahayakan nyawa ibu serta anak-anak.

Antara risiko mengandung kembar berbilang adalah:

  1. Keguguran awal atau lewat sewaktu hamil
  2. Ibu mendapat diabetes gestasi
  3. Kematian bayi/bayi-bayi dalam kandungan disebabkan diabetes gestasi
  4. Hipertensi disebabkan kehamilan

Risiko kematian bayi dalam bulan pertama selepas kelahiran adalah lima kali ganda berbanding kelahiran biasa. Antara sebab kematian ialah bayi tidak cukup bulan, bayi bersaiz kecil, berat badan terlalu rendah dan kecacatan termasuk palsi serebum terutamanya dalam kalangan bayi tidak cukup bulan.

Memudaratkan Ibu

Separuh daripada jumlah ibu yang mengandung anak kembar melahirkan sebelum masuk minggu ke-37. Berat badan bayi amat rendah lantas meningkatkan risiko menghidap penyakit serius atau kematian. Ada juga yang melahirkan sebelum minggu ke-35 yang mana bayi-bayi akan memerlukan penjagaan neonatal.

Keadaan ini boleh menyebabkan ibu berisiko:

  1. Mendapat anemia atau haemoglobin rendah sewaktu mengandung. Hemoglobin merupakan alat pengangkutan untuk oksigen dalam badan. Oksigen yang rendah akan menjejaskan pertumbuhan bayi-bayi dalam Rahim.
  2. Ibu mengalami pendarahan sewaktu melahirkan atau sebelum melahirkan.
  3. Ibu mengalami gangguan emosi. Proses IVF menyebabkan emosi terganggu. Jika berjaya hamil, tetapi bayi tidak cukup bulan dan meninggal, dikhuatiri ibu akan menghadapi kemurungan.
  4. Pemulihan selepas melahirkan bayi kembar berbilang adalah lemah dan perlahan menyebabkan kemurungan selepas bersalin.

Melahirkan bayi kembar berbilang kemungkinan memerlukan intervensi sewaktu proses melahirkan bayi disebabkan komplikasi yang membahayakan nyawa ibu dan juga bayi-bayi.

Bersalin melalui pembedahan Caesarian adalah perkara biasa untuk ibu kepada anak-anak kembar, malah ramai yang sengaja memilih pembedahan Caesarean kerana enggan melalui sakit bersalin cara biasa.

Pembedahan Caesarian juga perlu untuk ibu yang mengalami previa plasenta (plasenta yang rendah dalam rahim), malposisi bayi yang boleh menyebabkan kelahiran songsang serta diabetes gestasi atau hipertensi disebabkan kehamilan.

Saringan anomali kromosom seperti Sindrom Down adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh pakar obstetrik sekiranya ada bayi Sindrom Down dalam kalangan bayi normal kandungan berbilang.

Kembar berbilang yang seiras berkongsi satu plasenta, ada 10 peratus risiko sindrom transfusi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serious. Sindrom ini mengakibatkan seorang bayi mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dari tali pusat, manakala seorang lagi kurang mendapat bekalan oksigen. Kekurangan oksigen ini disebabkan kurangnya darah yang dibekalkan untuk bayi terbabit. Masaalah ini tidak timbul dalam kes kembar tidak seiras.

Ibu-ibu yang mengandung kembar lebih daripada dua, harus dipantau dan diperiksa oleh doktor dari saat hamil hingga saat kelahiran. Sekiranya terpaksa, doktor harus membuat keputusan sama ada untuk menggugurkan seorang bayi, tetapi ini amat tinggi risikonya dan boleh menyebabkan kesemua bayi-bayi berada dalam bahaya.

Memahami risiko kembar berbilang amat penting sebelum anda menjalani rawatan IVF. Semoga rencana ini membantu anda dalam membuat keputusan mengenai bilangan embrio yang ingin ditanam di dalam rahim.

Artikel ini disiarkan oleh Hijab & Heels, 20 Ogos 2019

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2019 年 8 月 28 日

-

4 分钟阅读

Risiko Hamil Kembar Berbilang

Dr. Mohd Suhaimi Hassan

Obstetrics And Gynecology And Reproductive Medicine

了解有关妇产科和生殖医学科的更多信息Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

此字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士

最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院