The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Bahaya Bersukan Waktu Malam

20 March 2024

2 minute read

Bahaya Bersukan Waktu Malam

Kini, bersukan pada waktu malam seakan telah menjadi trend yang diamalkan oleh kebanyakan daripada kita.

Berlari, bermain badminton dan bola sepak antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kita pada sebelah malam.

Malah, ada yang melakukan aktiviti itu pada waktu larut malam.

Namun begitu, ada dakwaan yang mengatakan bersukan pada waktu malam sebenarnya berbahaya.

Ini kerana, malam adalah waktu untuk tubuh berehat setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti.

Ketua Perkhidmatan Perubatan, Pakar Perunding Perubatan Dalaman & Pakar Kardiologi Intervensi di Hospital Columbia Asia – Klang, Dr. Shahrul Zuraidi Idris berkata, jika tidak dikawal dengan baik, sukan lasak, berat dan berintensiti tinggi pada waktu malam boleh membahayakan seseorang.

Menurutnya, jika sukan malam dilakukan 90 minit sebelum waktu tidur, badan akan merembeskan hormon adrenalin yang menyebabkan kadar degupan jantung menjadi laju.

“Ini akan meninggikan kadar pengaliran darah dalam otot-otot dan akhirnya mengganggu tidur yang cukup.”

“Selain itu, waktu tidur yang disyorkan untuk orang dewasa adalah sekitar tujuh hingga sembilan jam dan kekurangan tidur akan mengganggu rentak circadian.”

“Rentak circadian merujuk kepada kitaran semula jadi dalam tubuh manusia yang mengawal pelbagai proses biologi.”

“Misalnya, tidur dan bangun serta suhu badan dan hormon yang mengikuti kitaran sekitar 24 jam,” katanya.

Dr. Shahrul Zuraidi berkata, kesannya akan menyebabkan keadaan fizikal dan mental seseorang terganggu.

Kesan buruk boleh berlaku terutamanya apabila melibatkan sukan bola sepak berintensiti tinggi yang dimainkan pada lewat malam.

Bermain bola sepak sehingga lewat malam akan mengganggu waktu tidur serta rentak circadian seseorang.

Tabiat minum, makan dan merokok di kedai makan sehingga lewat malam setelah bersukan juga adalah antara perkara yang perlu dielakkan.

Mengulas lanjut, Dr. Shahrul Zuraidi memaklumkan, ada juga sukan yang boleh dilakukan pada sebelah mala

“Sukan berintensiti rendah ke sederhana boleh dilakukan pada waktu malam. Contohnya, yoga, senaman regangan badan, berjalan kaki, berbasikal atau berenang.”

“Angkat berat yang melibatkan beban ringan atau sederhana juga boleh dipraktikkan,” jelasnya.

Sementara itu, dia menjelaskan, setiap daripada kita harus menjadikan aktiviti bersukan sebagai satu amalan.

Ini kerana, ia mempunyai manfaat yang baik untuk tubuh badan seperti menurunkan tekanan darah serta merendahkan kadar kolesterol LDL.

“Selain itu, amalan ini dapat menurunkan berat badan dan indeks jisim badan.”

“Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung, angin ahmar dan pelbagai jenis sakit kanser,” katanya.

Dalam perubatan, seseorang itu digalakkan untuk melakukan senaman terutamanya aktiviti aerobik sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu. Bagaimanapun, Dr. Shahrul Zuraidi berkata, tiada waktu khusus untuk bersenam.

“Akan tetapi, aktiviti sukan lasak dan berintensiti tinggi sangatlah tidak digalakkan pada lewat malam terutamanya sekitar 90 minit sebelum waktu tidur,” terangnya.

Artikel ini disiarkan oleh Kosmo Online, 23 Februari 2024.

Was this article helpful?

20 March 2024

2 minute read

Bahaya Bersukan Waktu Malam

Dr. Shahrul Zuraidi Bin Idris

Internal Medicine And Cardiology

Learn more about Internal Medicine And Cardiology in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips