31 October 2025
•3 minute read
Elak Berada Di Tempat Sesak Ketika Musim Influenza
Doktor, boleh jelaskan apakah simptom awal influenza pada kanak-kanak yang sering terlepas pandang oleh ibu bapa?
Simptom awal influenza termasuk demam suhu tinggi, biasanya demam melebihi 38.5C; batuk, sakit tekak dan selsema. Kanak kanak juga akan mengalami sakit kepala, sakit otot dan keletihan yang melampau. Simptom ini akan menyebabkan sesetengah kanak kanak kurang selera makan, yang memberi risiko dehidrasi.
Ramai ibu bapa menganggap influenza sama seperti selesema biasa. Bagaimana cara paling mudah untuk membezakannya?
Influenza dan selsema biasa sering disalah anggap sebagai penyakit yang sama kerana kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir serupa. Influenza biasanya menyerang secara tiba-tiba dan menyebabkan demam tinggi, sakit kepala, sakit otot, keletihan yang teruk dan kurang selera makan.
Gejala selsema biasa pula lebih ringan dan bermula secara perlahan-lahan, dengan hidung tersumbat, bersin, sakit tekak and batuk ringan. Demam yang berlaku biasanya demam suhu rendah.
Apakah risiko atau komplikasi yang mungkin berlaku sekiranya kanak-kanak tidak mendapatkan rawatan awal bagi jangkitan influenza?
Influenza boleh menyebabkan demam tinggi, lantas, kanak-kanak berisiko mendapat sawan demam, terutama kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Selain itu, influenza juga boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), radang dalam jantung dan otak yang boleh mengancam nyawa.Â
Kebanyakan kanak-kanak akan pulih sepenuhnya bila dijangkiti Influenza. Walaupun begitu, sesetengah kanak-kanak boleh mengalami komplikasi, terutama mereka yang tidak menerima vaksin influenza, tidak dirawat awal atau kanak-kanak yang menpunyai daya tahan tubuh yang rendah.
Vaksin influenza sering disarankan setiap tahun. Mengapa penting bagi kanak-kanak untuk menerima vaksin ini secara berkala?
Dengan pemberian vaksin, risiko kanak-kanak dijangkiti Influenza dapat dikurangkan. Hal ini amat penting terutama bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik, penyakit jantung dan dilahirkan pramatang. Vaksin Influenza dapat mencegah komplikasi penyakit yang berbahaya ini, dan melindungi masyarakat daripada wabak penyakit ini.
Pada peringkat umur berapakah kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan vaksin influenza, dan adakah dosnya berbeza mengikut usia?
Kanak-kanak yang berusia 6 bulan ke atas boleh menerima vaksin influenza. Untuk kanak-kanak yang berusia 9 tahun ke bawah, 2 dos vaksin influenza diperlukan pada kali pertama menerima vaksin ini.Â
Seterusnya, vaksin ini perlu diambil setiap tahun kerana virus Influenza sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, vaksin baharu dikeluarkan setiap tahun untuk memastikan perlindungan yang lebih baik.
Dengan persekitaran sekolah yang mudah menyebarkan virus, apakah langkah pencegahan praktikal yang boleh diambil oleh ibu bapa dan guru?
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapat vaksin Influenza setiap tahun untuk melindungi kanak kanak daripada jangkitan yang serius. Ibu bapa juga perlu mengajar anak anak mengamalkan kebersihan diri seperti memakai pelitup muka di tempat awam, kerap mencuci tangan dan menutup mulut ketika batuk.
Bagi kanak kanak yang tidak sihat, dinasihati jangan hantar ke sekolah untuk mengelakkan penyakit ini merebak. Guru sekolah perlu memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik. Kanak kanak perlu diingati jangan berkongsi alat tulis, makanan dan minuman di sekolah.
Sekiranya anak dijangkiti influenza, apakah bentuk rawatan awal yang boleh dilakukan di rumah sebelum mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital?
Kanak-kanak yang mengalami demam perlu dibagi ubat demam seawal mungkin untuk mengelakkan demam suhu tinggi yang boleh menyebabkan sawan demam. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka berehat secukupnya dan minum air yang banyak supaya badan tidak mengalami dehidrasi.Â
Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak berjumpa doktor lebih awal, dan menerima ubat anti-viral untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan komplikasi serius. Kanak kanak yang mempunyai penyakit Influenza perlu diasingkan dari orang lain, untuk mengelakkan penularan virus ini.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma atau sistem imun yang lemah — adakah mereka lebih berisiko, dan apakah langkah tambahan yang perlu diambil oleh ibu bapa?
Kanak kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, penyakit jantung, bayi pramatang, atau sistem imun yang lemah, lebih mudah dijangkiti penyakit Influenza dan berisiko tinggi mengalami komplikasi yang serius. Golongan ini sangat digalakkan mendapat vaksin Influenza setiap tahun untuk melindungi mereka daripada penyakit ini.Â
Pada musim penyakit Influenza, kanak-kanak dalam golongan ini perlu mengelakkan diri dari berada di tempat sesak atau berdekatan dengan individu yang sakit. Pelitup muka sangat digalakkan apabila mereka pergi ke sekolah atau keluar ke tempat awam.
This article first appeared in Kosmo, 31 October 2025.
Share:
Was this article helpful?
31 October 2025
•3 minute read
Elak Berada Di Tempat Sesak Ketika Musim Influenza
Learn more about Pediatrics in Columbia Asia
Learn MoreShare:
Was this article helpful?
Health Packages
Elevate your health with tailored health packages at Columbia Asia Hospital. Take charge of your health journey today.
Pink October 2024
From
RM80
AIA Policyholders Self-pay Benefits
HLA Policyholders Promo: Influenza Vaccination
RM65
Find Out MorePink October 2025
From
RM80

