The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Kaedah Puasa Penghidap Barah

28 May 2020

4 minute read

Kaedah Puasa Penghidap Barah

Pesakit barah memerlukan pola pemakanan seimbang yang di lengkapi nutrien mencukupi, tinggi kalori dan protein. Ia penting untuk menyembuhkan tisu yang rosak selepas menjalani rawatan dan meningkatkan sistem ketahanan badan pesakit. Pesakit barah yang berpuasa pada Ramadan perlu mengekalkan amalan ini bagi mengelakkan masalah kekurangan nutrisi penting yang akan meningkatkan risiko kekurangan zat makanan iaitu malnutrisi. Pusat Rawatan Kanser Amerika Syarikat melaporkan, hampir 65 hingga 70 peratus pesakit barah mengalami malnutrisi. Barah berkaitan malnutrisi akan menyebabkan pesakit berasa letih. lemah dan gagal mencapai matlamat rawatan yang diberikan.

Pakar Dietitian Columbia Asia Hospital – Cheras, Nor Alifah Mokhtar berkata, ada beberapa jenis makanan yang boleh diambil pesakit barah ketika berpuasa. Menurutnya, pesakit dinasihati tidak meninggalkan sahur kerana ia dapat membantu memberikan tenaga sepanjang berpuasa. Waktu bersahur paling digalakkan ialah 30 minit sebelum imsak.

“Mereka perlu mengutamakan pengambilan karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti nasi beras perang, oat dan roti atau biskut mil penuh. Ini kerana makanan itu lebih mengenyangkan dan dapat membekalkan tenaga bagi tempoh yang lebih lama serta mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa,” katanya.

Nor Alifah berkata, pesakit barah memerlukan sumber protein yang tinggi dan mereka hendaklah memastikan mengambil sumber itu dalam setiap hidangan.

“Protein amat penting untuk membaiki tisu yang rosak dan memberi kekuatan bagi meningkatkan sistem ketahanan badan dalam melawan jangkitan kuman. Protein turut melambatkan proses pencernaan kerana strukturnya lebih kompleks. Contoh makanan tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur, kekacang, susu dan produk tenusu,” katanya.

Beliau berkata, pesakit disarankan memulakan berbuka dengan makan tiga butir kurma dan minum segelas air kosong.

“Kurma mengandungi gula ringkas fruktosa yang memberikan tenaga segera dan mengembalikan kecergasan badan dengan cepat. Kurma juga kaya dengan sumber mineral seperti potassium, fosforus, kalsium, sodium dan zat besi. Selain itu. makanan ini mengandungi serat yang membantu proses penghadaman,” katanya.

Jelasnya, pesakit boleh mengembalikan tenaga sepanjang berpuasa dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

“Caranya ialah mengamalkan pinggan sihat iaitu Suku Suku Separuh. la merangkumi suku pinggan untuk bijirin (nasi, mi dan roti), suku pinggan bagi protein (ikan, ayam, telur dan tofu) dan separuh pinggan adalah buah-buahan serta sayur-sayuran. Selain memilih sajian berasaskan bijiran penuh, pesakit harus memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam menu harian. Ia (buah-buahan dan sayur-sayuran) membekalkan vitamin, mineral serta serat. Pastikan setiap hidangan mengandungi sekurang-kurangnya satu sajian berkenaan,” katanya.

Najis yang berdarah juga boleh jadi disebabkan radang usus. – Gambar hiasan

Nor Alifah berkata, minuman manis seperti kordial boleh diganti dengan jus buah-buahan segar tanpa gula.Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai hidangan moreh berbanding kuih atau manisan yang tinggi kalori.

Menurutnya, pesakit barah perlu mengutamakan pengambilan air masak yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi meningkatkan kandungan air dalam badan.

“Selain itu, pengambilan cecair juga dapat ditingkatkan dalam bentuk minuman, sup, bubur, puding dan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tembikai, timun serta tomato. Untuk moreh pula, pesakit dinasihati mengelak daripada mengambil makanan berat seperti nasi dan mi goreng kerana badan tidak memerlukan tenaga yang banyak pada waktu malam. Cukup sekadar menikmati snek ringkas seperti sandwich, biskut, roti dan kuih muih, tetapi kuantiti snek yang diambil tetap perlu dikawal.” katanya.

Beliau berkata, ada dua kategori pesakit barah yang tidak digalakkan berpuasa iaitu pesakit yang sedang menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi.

Katanya, ini kerana mereka berisiko mengalami kesan sampingan yang boleh mempengaruhi pengambilan makanan sekali gus menyebabkan masalah nutrisi.

“Kesan sampingan yang selalu dialami pesakit semasa dan selepas menerima rawatan (radioterapi dan kemoterapi) ialah hilang selera makan, loya, muntah, perubahan deria rasa, bau, sakit mulut, tekak serta cirit birit. Kesan sampingan ini akan mempengaruhi proses penghadaman dan penyerapan nutrien daripada makanan yang diambil. Kekurangan nutrien akan meningkatkan risiko malnutrisi,” katanya.

Nor Alifah berkata, seterusnya ialah pesakit yang mempunyai barah masih aktif atau merebak ke bahagian organ badan lain juga tidak disarankan berpuasa.

“Bagi pesakit barah, pengambilan makanan yang optimum adalah penting untuk meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit berkenaan dan meningkatkan tindak balas dan penerimaan pesakit terhadap rawatan diberikan,” katanya.

Photo credit: Freepik.com

Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro, 17 Mei 2020

Was this article helpful?

28 May 2020

4 minute read

Kaedah Puasa Penghidap Barah

Dr. Siti Fareeda Binti Ahmad Nor @ Anuar

General Surgery

Learn more about General Surgery in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips