The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Kenali Jenis Makanan Bayi

01 July 2022

•

3 minute read

Kenali Jenis Makanan Bayi

FASA yang cukup kritikal ialah dua tahun pertama bagi perkembangan nutrisi kanak-kanak kerana tempoh itu memberi kesan kepada tumbesaran otak serta fizikal lain si kecil anda.

Detik yang paling mengujakan untuk tempoh dua tahun terbabit ialah saat anak atau bayi diperkenalkan dengan makanan pejal pertama.

Menurut Pakar Dietetik Hospital Columbia Asia Klang, Teen May Yen, pendedahan dan kaedah ibu bapa dalam memperkenalkan makanan pertama untuk anak boleh memberi kesan kepada kehidupan pada fasa seterusnya.

“Sejak hari pertama iaitu usia bayi enam bulan sehinggalah ke usia dua tahun, jenis dan pilihan makanan diperkenalkan kepada anak dalam tempoh itu sangat penting.

“Makanan bersesuaian terutama dari sumber bahan yang segar dan sihat seperti protein, karbohidrat, serat dan juga lemak baik sangat penting untuk pertumbuhan mereka.

“Pilihan yang baik ialah kombinasi pelbagai jenis variasi makanan dalam diet bayi sehinggalah usia mereka dua tahun sangat penting.

“Kepelbagaian jenis makanan baik dan sihat diberikan pada kanak-kanak membantu membentuk tabiat baik terutama menangani isu seperti memilih makanan (picky eater) dan juga berkait dengan berat badan,” katanya.

Tambah pakar itu, kesediaan bayi untuk menerima makanan pejal boleh dilihat pada keadaan atau gerakan bayi itu sendiri.

“Memang garis had umur disarankan pakar adalah enam bulan dan ibu bapa boleh lihat pola perlakuan anak mereka yang menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk makan.

“Pertama, keadaan bayi dari bahagian kepala dan leher sudah stabil yang mana menunjukkan pergerakan seperti mengangkat kepala atau sudah pun dalam posisi duduk.

“Selain itu ada juga pergerakan mulut atau mengeluarkan air liur apabila melihat orang dewasa makan. Ini antara gerakan yang biasa dilihat pada bayi berusia sekitar enam bulan dan ke atas jika mereka bersedia untuk makan,” katanya.

Kata May Yen, sebaik melihat reaksi itu ditunjukkan bayi mereka, ibu bapa perlu persiapkan makanan dalam tekstur yang sesuai dengan tahap atau perkembangan anak itu.

“Bagi makanan pejal yang pertama memang bermula dengan tekstur puri kerana usus bayi masih lembut selain masih belum tumbuh gigi.

“Bentuk puri membantu peralihan lebih baik dari susu iaitu diperoleh dalam bentuk cecair kepada makanan.

“Sebaiknya perkenalkan dengan satu menu dalam tempoh seminggu secara konsisten sebelum beralih kepada menu lain.

“Ini penting bagi mengenal pasti masalah alahan selain kecenderungan anak sama ada suka atau tidak makanan terbabit.

“Jika anak masih tidak suka, masih perlu ibu bapa terus memperkenalkan makanan yang tidak disukai bagi melatih untuk tidak bersikap memilih makanan.

“Kaedahnya dengan banyakkan bahagian makanan disukai dan diselit dengan bahagian tidak disukai sedikit. Lama-kelamaan anak boleh biasakan diri untuk makan apa juga jenis makanan,” katanya.

May Yen tidak menafikan bayi berkemungkinan tidak menyukai hidangan sayur atau buah tertentu kerana tekstur dan rasa.

“Memang terdapat kajian mengatakan kanak-kanak tidak makan sayur kerana tekstur dan rasanya pahit.

“Tetapi jika didedahkan secara perlahan-lahan, tunas rasa bayi yang baru rasa sayur atau sumber lain termasuklah buah-buahan boleh menerima dengan baik,” katanya.

Kata May Yen, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting kerana sumber serat tinggi mencegah masalah sembelit dalam kalangan bayi serta kanak-kanak.

Dalam pada itu pakar dietetik itu juga tidak lupa menitipkan tip penting, termasuklah sikap ibu bapa dalam proses memperkenalkan makanan pejal terhadap anak mereka.

“Cuma dalam proses memperkenalkan makanan pejal ini ibu bapa perlu ada inisiatif dan konsisten.

“Maksudnya jika tiba satu tempoh yang ibu bapa sibuk dan mereka tidak sempat menyediakan makanan pejal untuk bayi, mereka hanya membekalkan susu kepada anak.

“Sebenarnya ini adalah salah dan ibu bapa tetap perlu menyediakan makanan pejal pada tempoh berkenaan. Andai tidak sempat menyediakan sendiri, gunakan produk makanan bayi sedia ada dalam pasaran.

“Selain itu, seiring dengan pemberian makanan pejal, jumlah susu diambil juga berkurangan. Sebaiknya patuhi jadual pemeriksaan anak bersama doktor sepanjang dua tahun supaya perkembangan anak termasuklah berat badan dapat dipantau dengan baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro, 17 Jun 2022.

Was this article helpful?

01 July 2022

•

3 minute read

Kenali Jenis Makanan Bayi

Teen May Yen

Dietary Consultation

Learn more about Dietary Consultation in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips