Skip to content

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Meningggal Dunia Akibat Covid-19? Ini Jawapannya

27 May 2020

•

5 minute read

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Meningggal Dunia Akibat Covid-19? Ini Jawapannya

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat melaporkan, dari jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital, 90 peratus menghidapi sekurang kurangnya satu penyakit kronik.

Di antaranya adalah darah tinggi, obesiti, diabetes mellitus, penyakit paru-paru dan penyakit jantung.

Menurut Pakar Perubatan Dalaman Hospital Columbia Asia, Puchong Dr Muhammad Shahruddin diabetes mellitus menyumbang hampir 30 peratus dalam statistik ini.

Pesakit diabetes lebih berisiko tinggi berdepan dengan kematian akibat Covid-19.

“Sebahagian besar dari pesakit Covid-19 yang mengalami simptom teruk, komplikasi atau maut, dikesan menghidapi penyakit kencing manis. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap and kesan jangkitan Covid-19 adalah jumlah virus, replikasi virus di paru paru dan juga reaksi imuniti terhadap virus.

“Lapan puluh peratus dari pesakit yang dijangkiti Covid-19 akan sembuh kerana sistem imun mereka bertindak balas secara normal. Namun dalam sesetengah pesakit, sistem imuniti bertindak secara melampau atau berlebihan menyebabkan keadaan pesakit boleh merosot,” jelasnya kepada mStar.

Teori saintis

Salah satu teori saintis mengapa pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi adalah kerana sistem imuniti yang terjejas atau tidak normal.

“Ini menyebabkan perbezaan dalam respon imun kepada jangkitan Covid-19. Masalah ini juga dilihat dalam pesakit diabetes yang dijangkiti kuman lain seperti influenza dan bakteria.

“Selain dari tindak balas imun yang tidak sempurna atau normal itu, pesakit diabetes yang dijangkiti Covid-19 juga boleh mendapat komplikasi dari penyakit diabetes itu sendiri seperti kandungan glukosa terlalu tinggi atau rendah (hipoglisemia) serta komplikasi ketoasidosis kencing manis

Warga emas yang mengalami diabetes berisiko tinggi dengan kematian sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Oleh itu, pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis perlu menjaga kesihatan dengan baik terutamanya dalam memastikan stok ubat mencukupi dan mengambil rawatan yang diberikan doktor untuk memastikan kandungan gula dalam badan terkawal,” jelasnya.

Di samping itu juga perlu mengawal pengambilan makanan terutamanya yang mengandungi kadar gula atau karbohidrat yang tinggi. Selain itu, praktikkan juga penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan. Ini adalah sangat penting untuk mengelak dari terkena jangkitan kerana mencegah lebih baik dari merawat.

Di Malaysia, rekod kematian sehingga 21 April adalah 92 orang dengan rekod positif keseluruhan 5,483 kes.

Artikel ini disiarkan oleh mStar, 22 April 2020.

Was this article helpful?

27 May 2020

•

5 minute read

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Meningggal Dunia Akibat Covid-19? Ini Jawapannya

Dr. Muhammad Bin Shahruddin

Internal Medicine

Learn more about Internal Medicine in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips

The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital