The Nearest Emergency Contact

Klang

Other emergency contacts

View now
Klang

Select Your Preferred Hospital

Skip to content

Lelaki Lebih Terdedah Kanser Kolon

22 September 2020

5 minute read

Lelaki Lebih Terdedah Kanser Kolon

Pakar masih mencari punca tercetusnya penyakit maut itu, namun pemakanan dikatakan menjadi faktor.

DUA minggu lalu, dunia hiburan anlarabangsa dikejutkan dengan pemergian pelakon yang terkenal dengan watak Black Panther, Chadwick Boseman di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Adiwira kulit hitam pertama di dunia yang berusia 43 tahun itu bukan mati di tangan musuhnya, Thanostetapi disebabkan kanser kolon atau kanser usus.

Boseman sebenarnya telah didiagnosis menghidap kanser itu pada tahap tiga beberapa tahun lalu, namun tiada siapa pun yang mengetahui penderitaannya itu sehinggalah selebriti yang sedang mencipta nama itu menghembuskan nafas terakhir.

Apabila berita kematiannya disahkan sebagai kanser kolon, carian mengenal penyakit itu dalam bahasa Melayu menerusi Google semakin popular.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser merupakan penyebab kedua tertinggi kematian di Malaysia. Kanser kolon telah disenaraikan sebagai kanser tertinggi dalam kalangan lelaki dan kedua tertinggi bagi kaum Hawa.

Sebenarnya, apakah itu kanser kolon? Bagi memperincikan lebih lanjut mengenainya, SinarPlus mendapatkan pandangan Perunding Kolorektaldan Pakar Bedah Umum, Pusat Pakar Perubatan Loh Guan Lye, Pulau Pinang, Dr R. Prabhu.

Ujar Dr Prabhu, kanser kolon sebenarnya dideritai lebih kurang 1,400 rakyat Malaysia pada setiap tahun.

“Sesiapa sahaja dalam kalangan orang dewasa boleh menghidapnya. Bagaimanapun, ia jarang bertaku pada mereka di bawah lingkungan umur 50 tahun.

“Fakta seterusnya, lelaki lebih terdedah kepada kanser ini berbanding wanita,” katanya sambil menambah, berdasarkan trend semasa, rata rata pesakit yang didiagnosis sudah berada pada tahap tiga dan empat.

Mengulas lanjut, Dr Prabhu berkata, punca kanser kolon masih tidak diketahui, namun penyakit itu sering dikaitkan dengan karsinogen (agen penyebab kanser) dalam diet ataupun pemakanan seharian seperti makanan yang diproses dan rendah serat.

Ketumbuhan kecil

Ujarnya, kanser usus selalunya bermula dengan satu ketumbuhan kecil bukan kanser (benigna) yang wujud pada dinding usus yang dikenali sebagai polip adenoma “Sesetengah polip boleh berkembang menjadi kanser kolon malignan dari masa ke masa jika ia tidak dikeluarkan semasa kolonoskopi (prosedur melihat lapisan dalam usus).

“Jika hal itu bertaku (tidak dikeluarkan), sel-sel yang telah berubah menjadi sel kanser usus besar akan ‘menceroboh’ dan merosakkan tisu sihat yang terdapat berhampiran tumor utama sekali gus menyebabkan timbulnya banyak komplikasi yang tidak diingini,” jelasnya.

Terang beliau, selepas tumor berkembang, sel-sel kanser boleh bergerak melalui sistem darah dan limfa sebelum merebak ke bahagian badan yang lain.

“la (sel kanser) juga boleh tumbuh di beberapa tempat, menyerang dan memusnahkan tisu sihat yang lain di seluruh badan.

“Satu satu rawatan kanser itu semakin rumit jika pengesanan dan rawatan pada peringkat awal tidak dilakukan,” ungkap Dr Prabhu.

Pakar itu menambah, selain pemakanan yang dipercayai menjadi faktor tercetus penyakit berkenaan, terdapat kajianyang menyatakan bahawa kanser usus terjadi disebabkan oleh ‘kesilapan’ usus membina DNA mereka sehingga terbentuknya kanser.

“Namun, ada juga kebarangkalian kanser yang terbentuk pada dinding usus adalah disebabkan jangkitan daripada tumor yang lain (metastasis). Oleh itu, sangat mustahak untuk seseorang merawat kanser yang ada, sebelum ia merebak ke bahagian lain di dalam tubuh badan,” katanya.

Saringan

  1. Ujian darah okultik fecal imunologi

    Ujian ini memerlukan sampel najis yang diuji untuk mengesan kehadiran darah. Ini kerana pendarahan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Andai terdapat darah, pesakit perlu menjalani ujian kolonoskopi. Jika ujian tersebut negatif, ia perlu diulang setiap dua tahun.

  2. Kolonoskopi

    Kaedah ini merupakan piawai standard untuk mendiagnosis kanser kolon dan rektum. Tiub fiber optik khas yang disambungkan dengan sistem kamera video digunakan untuk melihat ke dalam usus dan seterusnya mengambil sampel jika terdapat bahagian yang disyaki mengalami kanser atau penyakit lain. Sampel akan dihantar ke makmal untuk menjalani pengesahan jenis penyakit yang dialami.

  3. Ujian darah

    Ujian darah dilakukan untuk melihat kandungan hemoglobin darah kerana kebiasaannya kanser kolon akan mengakibatkan pendarahan dalam usus. Ujian pengesanan tumor antigen karsinoembrio (CEA) juga boleh dijalankan. Namun demikian, tahap CEA dalam darah biasanya digunakan untuk memantau pesakit yang telah disahkan menghidap kanser kolon dan rektum.


Dr Zulkarnain menambah, sekiranya kanser kolon didapati telah merebak ke bahagian lain badan, pakar perubatan mungkin akan membuat ujian pengimejan tomografi berkomputer (CTScan).

“Ujian itu antara lain menentukan keadaan kanser tersebut sebelum sebarang pembedahan dilaksanakan,” kata beliau.

LANGKAH-LANGKAH yang boleh diambil untuk mencegah kanser kolon:

  • Membuat pemeriksaan kanser kolon dengan doktor jika mempunyai keluarga yang pernah menghidap kanser tersebut.
  • Pada usia 45 tahun, pastikan kekerapan pemeriksaan dilakukan berdasarkan keputusan pemeriksaan pertama.
  • Sekiranya tiada ahli keluarga yang pernah menghidap kanser berkenaan, lakukan pemeriksaan pertama pada usia 50 tahun. Kekerapan pemeriksaan selanjutnya adalah berdasarkan keputusan pemeriksaan pertama.
  • Kerap bersenam untuk mengekalkan berat badan dan menjaga kesihatan tubuh.
  • Makan makanan yang menjamin kesihatan usus seperti sayur sayuran, buah buahaa bijiria daging dan ayam tanpa lemak serta produk tenusu rendah lemak.
  • Kurangkan atau berhenti menghisap rokok sepenuhnya.

Apakah yang berlaku jika wanita mengandung itu mempunyai risiko diabetes?

Tidak dinafikan , diabetes di kalangan wanita mengandung juga mempunyai implikasi kepada ibu dan anak dalam kandungan. Komplikasi seperti risiko keguguran, obesiti, kelahiran pramatang dan jangkitan pada sistem urinari boleh berlaku. Bayi dalam kandungan juga terdedah kepada risiko macrosomia ( large for gestational age), hypoglycemia.

Artikel ini disiarkan oleh Sinar Harian, 13 September 2020

Was this article helpful?

22 September 2020

5 minute read

Lelaki Lebih Terdedah Kanser Kolon

Dr. Zulkarnain Hasan

General Surgery

Learn more about General Surgery in Columbia Asia

Learn More

Need further assistance?

Speak directly or contact Columbia Asia hospitals near you.

Contact Us

Ask the expert

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

Ask Now

Was this article helpful?

Subscribe to our newsletter for more Health Care Tips.

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Follow us for latest Health Tips