Talian Kecemasan Terdekat

Klang

Kenalan kecemasan lain

Lihat sekarang
Klang

Pilih Hospital Pilihan Anda

Langkau ke kandungan

Berpada-pada Makan di Rumah Terbuka Aidilfitri

17 Mei 2022

•

Minit 3 dibaca

Berpada-pada Makan di Rumah Terbuka Aidilfitri

KUNJUNG-MENGUNJUNG ke rumah sanak-saudara, teman atau menghadiri rumah terbuka pada Aidilfitri ini perkara wajib lazim dilakukan, dan pastinya akan dihidangkan dengan aneka juadah.

Justeru, dalam keterujaan menyambut raya, sama ada tuan rumah atau tetamu perlu merancang jenis juadah yang diambil dengan kuantiti dan menu sihat bagi mengelak pelbagai masalah kesihatan.

Menurut Pakar Diet Columbia Asia Hospital – Setapak, Siti Sarah Mohd Juzup, sebagai tuan rumah, perancangan menu perlu dilakukan dengan teliti supaya tetamu dapat menikmati hidangan juadah yang seimbang.

Sebagai tetamu pula, pemilihan makanan perlu diambil secara bijak dan teratur agar tidak melebihi keperluan diet seharian.

Ketika hari raya, perlu merancang berapa rumah terbuka yang ingin kunjungi dalam sehari. Dengan ini, kita dapat merancang berapa kalori yang terkumpul melalui hidangan di setiap rumah dikunjungi.

"Sekiranya berkunjung ke rumah terbuka pada waktu tengah hari, kita sepatutnya menikmati hidangan juadah mengikut kalori untuk makan tengah hari.

"Di rumah terbuka yang berikutnya, pastikan kuantiti makanan diambil kurang daripada rumah pertama dan begitulah seterusnya," katanya.

Tuan rumah perlu prihatin

Beliau berkata, sebagai tuan rumah seharusnya menyediakan hidangan seimbang kepada tetamu, iaitu berasaskan lima kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan lemak.

Sediakan minuman rendah kalori seperti minuman air kosong. Pastikan air kosong sentiasa dihidangkan supaya tetamu boleh membuat pilihan.

Tuan rumah juga boleh mengasingkan susu dan gula untuk minuman seperti the atau kopi.

Elakkan hidang minuman berkarbonat dan minuman manis.

Tetamu bijak buat pilihan menu

Sebagai tetamu, pilihlah makanan rendah kalori seperti buah-buahan sebelum mengambil makanan yang lain.

Hadkan juga pengambilan makanan berlemak atau bersantan dan hanya ambil kuantiti sedikit sekiranya tiada pilihan seperti satu atau dua sudu makan.

Hadkan pengambilan makanan manis yang dihidangkan seperti dodol, wajik dan kek.

Kuantiti berpada-pada

Kawal pengambilan makanan dengan menggunakan pinggan yang kecil. Cara ini mengelakkan pengambilan makanan yang banyak.

Selain itu, makanan perlu diambil dengan kuantiti yang sedikit. Sebagai contoh untuk hidangan satu rumah, makan sebiji ketupat bersama seketul sahaja rendang ayam dan satu sudu makan kuah serta sayur.

"Bagi kuih raya pula, cukup sekadar satu atau dua biji kuih di setiap rumah dikunjungi. Pemilihan kuih raya perlu yang rendah kalori dan rendah gula.

"Elakkan pengambilan makanan secara berulang-ulang. Jangan lupa, makan secara perlahan supaya menikmati makanan yang diambil.

Perkara utama mesti diingat ketika ke rumah terbuka ialah elakkan kekenyangan terlampau supaya kalori diet seharian tidak lari daripada jumlah biasa," katanya.

Pemilihan jenis air minuman perlu dititikberatkan. Meminum air kosong boleh mengurangkan kalori seharian, selain elak minuman berkarbonat atau minuman manis.

Tip untuk elakkan makan berlebihan di rumah terbuka:

  • Amalkan konsep suku suku separuh semasa mengunjungi rumah terbuka.
  • Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat untuk merasa kenyang lebih lama.
  • Berhenti makan sebelum kenyang
  • Kunyah makanan secara perlahan supaya dapat menikmati juadah sepenuhnya
  • Amalkan waktu makan teratur meskipun jemputan rumah terbuka tidak mengikut waktu
  • Banyak minum air kosong elak ambil makanan berlebihan

Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian Online, 8 Mei 2022.

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

17 Mei 2022

•

Minit 3 dibaca

Berpada-pada Makan di Rumah Terbuka Aidilfitri

Siti Sarah Binti Mohd Juzup

Perundingan Pemakanan

Ketahui lebih lanjut tentang Perundingan Pemakanan di Columbia Asia

Ketahui lebih lanjut

Perlukan bantuan lanjut?

Bercakap secara langsung atau hubungi Columbia Asia hospital berhampiran anda.

Hubungi Kami

Tanya pakar

Lorem ipsum dolor duduk amet, consectetuer dipiscing elit.

Tanya Sekarang

Berkongsi:

Adakah artikel ini membantu?

Langgan buletin kami untuk lebih banyak Petua Penjagaan Kesihatan.

Medan ini adalah untuk tujuan pengesahan dan harus dibiarkan tidak berubah.

Ikuti kami untuk Tips Kesihatan terkini