2022 年 5 月 17 日
-3 分钟阅读
Berpada-pada Makan di Rumah Terbuka Aidilfitri
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
2022 年 5 月 17 日
-3 分钟阅读
Berpada-pada Makan di Rumah Terbuka Aidilfitri
文章和视频
了解有关饮食咨询的更多信息Columbia Asia
了解更多分享:
这篇文章对您有帮助吗?
2022 年 5 月 17 日
-3 分钟阅读
KUNJUNG-MENGUNJUNG ke rumah sanak-saudara, teman atau menghadiri rumah terbuka pada Aidilfitri ini perkara wajib lazim dilakukan, dan pastinya akan dihidangkan dengan aneka juadah.
Justeru, dalam keterujaan menyambut raya, sama ada tuan rumah atau tetamu perlu merancang jenis juadah yang diambil dengan kuantiti dan menu sihat bagi mengelak pelbagai masalah kesihatan.
Menurut Pakar Diet Columbia Asia Hospital – Setapak, Siti Sarah Mohd Juzup, sebagai tuan rumah, perancangan menu perlu dilakukan dengan teliti supaya tetamu dapat menikmati hidangan juadah yang seimbang.
Sebagai tetamu pula, pemilihan makanan perlu diambil secara bijak dan teratur agar tidak melebihi keperluan diet seharian.
Ketika hari raya, perlu merancang berapa rumah terbuka yang ingin kunjungi dalam sehari. Dengan ini, kita dapat merancang berapa kalori yang terkumpul melalui hidangan di setiap rumah dikunjungi.
“Sekiranya berkunjung ke rumah terbuka pada waktu tengah hari, kita sepatutnya menikmati hidangan juadah mengikut kalori untuk makan tengah hari.
“Di rumah terbuka yang berikutnya, pastikan kuantiti makanan diambil kurang daripada rumah pertama dan begitulah seterusnya,” katanya.
Beliau berkata, sebagai tuan rumah seharusnya menyediakan hidangan seimbang kepada tetamu, iaitu berasaskan lima kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan lemak.
Sediakan minuman rendah kalori seperti minuman air kosong. Pastikan air kosong sentiasa dihidangkan supaya tetamu boleh membuat pilihan.
Tuan rumah boleh juga mengasingkan susu dan gula untuk minuman seperti teh atau kopi.
Elakkan hidang minuman berkarbonat dan minuman manis.
Sebagai tetamu, pilihlah makanan rendah kalori seperti buah-buahan sebelum mengambil makanan yang lain.
Hadkan juga pengambilan makanan berlemak atau bersantan dan hanya ambil kuantiti sedikit sekiranya tiada pilihan seperti satu atau dua sudu makan.
Hadkan pengambilan makanan manis yang dihidangkan seperti dodol, wajik dan kek.
Kawal pengambilan makanan dengan menggunakan pinggan yang kecil. Cara ini mengelakkan pengambilan makanan yang banyak.
Selain itu, makanan perlu diambil dengan kuantiti yang sedikit. Sebagai contoh untuk hidangan satu rumah, makan sebiji ketupat bersama seketul sahaja rendang ayam dan satu sudu makan kuah serta sayur.
“Bagi kuih raya pula, cukup sekadar satu atau dua biji kuih di setiap rumah dikunjungi. Pemilihan kuih raya perlu yang rendah kalori dan rendah gula.
“Elakkan pengambilan makanan secara berulang-ulang. Jangan lupa, makan secara perlahan supaya menikmati makanan yang diambil.
Perkara utama mesti diingat ketika ke rumah terbuka ialah elakkan kekenyangan terlampau supaya kalori diet seharian tidak lari daripada jumlah biasa,” katanya.
Pemilihan jenis air minuman perlu dititikberatkan. Meminum air kosong boleh mengurangkan kalori seharian, selain elak minuman berkarbonat atau minuman manis.
Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian Online, 8 Mei 2022.
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
2022 年 5 月 17 日
-3 分钟阅读
分享:
这篇文章对您有帮助吗?