2019 年 1 月 19 日
-2 分钟阅读
Doktor Terangkan 7 Risiko Kandungan Overdue
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
2019 年 1 月 19 日
-2 分钟阅读
Doktor Terangkan 7 Risiko Kandungan Overdue
文章和视频
了解更多关于妇产科的信息Columbia Asia
了解更多分享:
这篇文章对您有帮助吗?
2019 年 1 月 19 日
-2 分钟阅读
Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan. Kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian ekstra & perlu dirujuk ke hospital segera. 7 Risikonya ini boleh menyebabkan impak besar kepada bayi & ibu.
Usia kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin memang mendebarkan para ibu. Tentunya kerisauan akan bermain di fikiran, memikirkan tentang diri dan tertanya-tanya bagaimana keadaan bayi, mudaratkah situasinya?
Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau berkongsi info bahawa keadaan hamil overdue ini banyak berlaku.
Hanya kira-kira 5% sahaja ibu yang melahirkan tepat pada tarikh jangkaan. Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
“Sekiranya anda mencapai usia kehamilan 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi dan saiznya. Selain itu, bukaan serviks juga diperiksa untuk melihat sama ada ia sudah bersedia untuk proses kelahiran,” kata Dr Sharina.
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
Menurut Dr Sharina, kehamilan yang melepasi tempoh jangkaan bersalin atau overdue ini banyak terjadi kepada wanita hamil yang mempunyai ciri-ciri ini;
Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.
Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Selain membrane sweep, berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Artikel ini disiarkan oleh Majalah Pa&Ma, 19 Januari 2019
分享:
这篇文章对您有帮助吗?
2019 年 1 月 19 日
-2 分钟阅读
分享:
这篇文章对您有帮助吗?