最近的紧急联系人

巴生

其他紧急联系人

立即查看
巴生

选择您的首选医院

跳至内容

"'Derita'之谜 "之谜

2022 年 4 月 21 日

-

3 分钟阅读

"'Derita'之谜 "之谜

作者:张冠龙博士

“MAKAN apa untuk berbuka hari ini?” Satu soalan yang biasa kita dengar daripada kawan-kawan dan keluarga.

Lebih dua minggu berpuasa, namun masih ada yang tetap lepas geram sewaktu berbuka. Hati-hati dengan pilihan kita supaya kesihatan tidak terjejas lebih-lebih lagi jika ada antara mereka mempunyai penyakit gastrik.

Sama ada membeli makanan dari bazar Ramadan atau masak sendiri, pastikan pilih hidangan yang boleh mengisi keperluan tubuh dengan diet yang sihat dan bernutrisi.

Katakan tidak kepada makanan yang kurang nutrisi seperti kuih-muih manis, lauk bersantan atau bergoreng.

Memang sangat mencabar, namun bubur chacha, sirap selasih, kuih kria dan pelbagai makanan yang popular di bulan puasa memang sedap tetapi tinggi kandungan gula, lemak dan berminyak.

Jika mahu menjaga diet sebelum Ramadan ini, kemungkinan agak sukar untuk meneruskan rutin pemakanan sihat lebih-lebih lagi apabila kita lapar. Mungkin terlintas di fikiran, “Tidak mengapa. Saya kan puasa sepanjang hari. Bulan ini, bagi peluang saya menikmati hidangan apa sahaja!” Sayangnya kalau rutin diet sihat dimusnahkan akibat menurut hawa nafsu.

Yang penting, semua individu wajar mengubah cara pemakanan sepanjang Ramadan untuk memastikan lebih sihat dan bertenaga.

Protein, serat tingkatkan tenaga

Pakar Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman dari Columbia Asia Hospital – Puchong, Dr Cheong Kuan Loong berkongsi penerangan jenis makanan yang elok dan sebaliknya untuk berbuka dan bersahur.

“Protein pilihan yang bagus untuk membuat berasa kenyang lebih lama di waktu siang. Makanan seperti badam, walnut dan kekacang sangat bagus kerana tinggi kandungan protein dan serat,” katanya.

Banyak cara untuk menghidangkan makanan sihat di waktu sahur. Cubalah resipi minuman protein dan tinggi serat seperti kisar badam bersama oat dan susu.

Menu itu mudah dan mengenyangkan. Oat boleh mengurangkan kolesterol dan tahap gula dalam darah.

Oat juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih perlahan, justeru kita akan berasa kenyang dan bertenaga dengan lebih lama.

Salah satu makanan sangat baik dan tinggi kandungan karbohidrat, potasium dan magnesium, ialah kurma yang sesuai untuk berbuka dan bersahur.

Kandungan kalsium dan vitamin yang tinggi menjadikan ia sumber vitamin sangat baik. Ia menjadikan anda berasa kenyang pada tahap hidrasi yang sihat.

“Pastikan ada kurma kerana ia kaya dengan nutrisi, membekalkan tenaga selepas sehari suntuk berpuasa.

“Sayur-sayuran berhidrasi pula boleh memindahkan air daripada sayur ke kulit kita. Ia menyejukkan dan mengelakkan sembelit apabila berpuasa, contohnya timun dan salad,” katanya.

Minum air suam sangat penting untuk mengelak hidrasi. Air mengimbangi kandungan elektrolit dalam badan, iaitu garam yang penting untuk kesihatan seperti sodium, potasium dan kalsium.

Dehidrasi dan rasa kekeliruan adalah tanda bahawa tahap elektrolit tidak seimbang.

Bijak pilih menu

Dr Kuan Loong menjelaskan, makanan yang terlalu masin boleh menyebabkan seseorang berasa lebih dahaga.

Air berkarbonat pula boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur dan fikiran yang tidak tenang. Ia juga menyebabkan dehidrasi yang akan menyebabkan dahaga sepanjang hari.

Tambahan lagi, minuman berkenaan boleh menyebabkan individu kehilangan mineral sihat di dalam badan.

Karbohidrat terproses hanya mengenyangkan selama tiga atau empat jam sahaja. Tambahan lagi, ia kurang nutrisi.

Contohnya donut, pastri dan aiskrim.

Minuman caffein seperti kopi, menjadi satu minuman wajib untuk mereka yang kaki kopi tetapi tahukah anda caffein semasa perut kosong boleh meninggikan kandungan asid gastrik di dalam perut?

Jika anda mahu sangat untuk minum kopi, pastikan tunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas berbuka puasa.

Makanan penyebab gastrik

“Satu lagi katakan ‘tidak’ ialah makan terlampau banyak karbohidrat terproses. Karbohidrat terproses mengandungi banyak asid contohnya burger, sosej dan makanan dalam tin.

“Tidak ramai yang tahu tetapi tomato juga mengandungi banyak asid. Ini akan menyebabkan gastrik lebih teruk,” kata Dr Kuan Loong.

Hidangan pedas dan dalam tin atau yang diproses terutama makanan berasaskan tomato mempunyai banyak bahan asing termasuk bahan pengawet yang akan menambah masalah gastrik.

Elakkan juga makanan dan minuman buah-buahan sitrus seperti lemon, limau nipis, limau gedang dan oren, di awal waktu berbuka.

Panduan lain perlu diikuti

Merokok dikaitkan dengan radang di bahagian lapisan perut. Jadi bulan puasa ini waktu yang sangat baik dan sesuai untuk berhenti merokok atau mengurangkan merokok.

Merokok boleh melambatkan penyembuhan ulser perut dan menyumbang kepada keberangkalian ulser gastrik.

Beliau juga menasihatkan pengambilan ubat-ubatan juga perlu diberi perhatian seperti elakkan ubat yang boleh menyebabkan radang dalam lapisan perut.

Pastikan makan ubat mengikut preskripsi doktor ketika sahur atau buka bagi mereka yang menghidapi penyakit tertentu.

Pilih makanan dipanggang di dalam oven, kurangkan makanan bergoreng atau yang banyak lemak. Makan dengan kuantiti yang sederhana.

Ramadan juga ada pembahagian porsi makanan suku, suku, separuh, selain jangan melewatkan buka puasa.

Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian Online, 18 April 2022.

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

2022 年 4 月 21 日

-

3 分钟阅读

Pilih Sajian Tepat Elak 'Derita' Ketika Berpuasa

作者:张冠龙博士

Dr. Cheong Kuan Loong

Internal Medicine And Gastroenterology,hepatology

了解有关内科 和肠胃内科,肝胆内科 的更多信息,请访问 Columbia Asia

了解更多

需要进一步帮助?

请直接咨询或联系Columbia Asia 附近的医院。

联系我们

专家问答

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer dipiscing elit.

立即询问

分享:

这篇文章对您有帮助吗?

订阅我们的时事通讯,获取更多保健小贴士

该字段用于验证,应保持不变。

关注我们,获取最新健康小贴士